Wanita Islam Di Larang Memakai Seluar Panjang Dan Jeans Ketat

Posted by etomyam on 28-10-2009 | 1,344 views so far | Posted in Melayu, Muslim, Nasional

20

Mungkin sebagai salah satu dari usaha untuk memerangi isu kecelaruan identiti yang dihadapai oleh sebahagian besar umat Islam hari ini khususnya dalam adab dan etika berpakaian, ada pihak berkuasa disesetengah negara menggubal peraturan dan undang-undang tertentu. Sebagai contoh pihak berkuasa Acheh, Indonesia telah menetapkan undang-undang supaya wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jeans.

Petikan daripada siaran akhbar Kosmo hari ini: “BANDA ACEH – Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil. “Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat,” kata ketua daerah itu, Ramli Mansur….”.

tudung dan seksi

(Imej sekadar hiasan, kredit kepada mykakis.net)

Secara peribadi saya berpendapat pemakaian seluar panjang di kalangan wanita khususnya kaum muslimah lebih praktikal lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkerjaya. Selagi pemakaian seluar panjang tersebut tidak menampilkan bentuk badan yang menghairahkan dan boleh membawa perlakuan tidak elok. Bagi saya sekiranya seluar panjang yang dipakai longgar dan selesa serta memenuhi syarat asas aurat wanita, makanya tidak menjadi satu halangan kepada wanita untuk memakainya.

… dan yang salah dan tidak betul adalah apabila memakai seluar yang macam tergantung di bawah pusat sehingga menampakkan tempat-tempat yang sepatutnya haram di lihat oleh bukan muhrim, itu yang tidak dibenarkan dalam Islam. Begitupun cuba kita lihat disekeliling kita bagaimana tren pemakaian seluar jeans di kalangan wanita muslim, contohnya seperti imej di atas, mungkin anda mempunyai lebih banyak pendedahan dan pengalaman dalam isu ini.

Walau apapun saya beranggapan pihak berkuasa Acheh sudah menjalankan kajian secara komprehensif dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum meluluskan penggunaan undang-undang baru tersebut, mereka mungkin mempunyai rasional dan justifikasi mereka sendiri dalam hal ini.

dan bagaimana gamaknya reaksi kita sekiranya tiba-tiba undang-undang sedemikian dilaksanakan dalam negara kita?…

 
 
 

Comments so far...(20)

  1. #1

    bagus wat rules mcm tu…kurang maksiat..termasuk maksiat mata..;p

    • #2

      tu lah pasal…kekadang mende dah tersaji depan mata…..iman yg nipis huru hara jugak hehehe..

  2. #3

    selalunya fesyen sekarang ni. kain yang menutup tubuh tu,semata-mata ikut syarat je. janji x nampak kulit dikira menutup aurat. tapi dari segi ‘kesendatan’ tu, sampai mengurangkan pahala pulak. hehehehe
    goldemas had an interesting article on ..jenis-jenis emas public gold dalam bentuk video

    • #4

      heheh…laa ni secara peribadinya saya menganggap pemakaian tudung lebih kepada ikut tren n budaya, bukan patuhi syariat sebenar..

  3. #5

    untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

    harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

    harga terkini rm 118-119 setiap gram

  4. #7

    Di tempat saye belajar pun terdapat ramai wanita yang pakai tudung tapi berseluar ketat.. Serupa mcm x yah pakai tudung..

    [img]http://www.oneadney.com/file/media/muslim_tomboy.jpg[/img]

    http://www.oneadney.com/wanita-bertudung-dan-x-bertudung-pilihan-di-tangan-mu/

    • #8

      sama sahaja dimana-mana, tudung dianggap tren semasa dan bukannya hukum syariat

  5. #9

    aku rasa budak skg pakai tudung ikut tren zaman saja.kalau tak pakai nampak jahil sangat.Tudung kat kepala tak nampak rambut tapi bila pakai seluar ketat nampak seluar dalam ni……apa kata nabil “lu fikirlah sendiri”……..

    • #10

      ha ah..betul sangat tu…semua main ikut fesyen aje….tapi ada jugak yg memang ikut syariat..

  6. #11

    salam….

    kalau ianya dianggap trend, amatlah menyedihkan sekali tetapi bersyukurlah jika ianya tidak terjadi dikalangan orang-orang yang kita sayang atau pun saudara kita sendiri
    sdura had an interesting article on ..

    • #12

      doa merupakan senjata utama memohon perlindungan dari segala kecelakaan

  7. #13

    seksi sungguh picture tu…esshhh malu lak tgk picture tu…
    kita had an interesting article on ..Kelantan Ke Final Piala Malaysia 2009

    • #14

      …semakin seksi semakin seksa pulak yang menengoknya..betul ke bro?

  8. #15

    aku pung berpendapat sama, pemakaian seluar lebih praktikal utk wanita berkejaya hari ini…senang nak bergerak dan lebih selesa…yg silapnye cara pemilihan seluar dan pemakaiannye yg tak betul…mungkin saiz xbetul kot…tuh yg asyik terlondeh jer…

    • #16

      tu lah bujoe…seluar kakak kot..tu yg londeh tu

  9. #17

    baru2 ni sy ade cntc dgn member dr acheh n tny jg ttg ni…dia kata mmg di acheh skrg da byk berubah,,,n hukuman kpd penzina pun dikenakan mengikut hukum islam..rejam, sesuai la acheh dgn gelaran "serambi makkah"

    • #18

      ….manusia bila dah kena bala baru ingat hukum Allah….bila dah senang lupa balik….

  10. #19

    ani memang dok suke tengok org puang pakai seluor sbb die kate mcm org laki. die minat org laki kang

Write a comment