Wanita Menangis 64 kali Setahun?
Posted by etomyam on 06-11-2009 | 1,183 views so far | Posted in Akademik, Global
9
Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of Ophthalmology dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.
Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.
Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:
Hormon
Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.
Manipulasi
Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.
Emosi Keikhlasan
Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.
Kemarahan
Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.
Memori
Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.
Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:
1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;
2. Menangis kerana rasa takut;
3. Menangis kerana cinta;
4. Menangis kerana gembira;
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;
6. Menangis kerana terlalu sedih;
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
….Bila kali terakhir kita menangis, dan apakah penyebabnya…













November 6, 2009
salam en jaz…info yg sgt menarik…coz sy mmg mudah menitiskan air mata…hehe…walaupun mudah menangis…semangat n kesabaran wanita sungguh tinggi berbanding lelaki…betul kan?
lelaki n wanita sebenarnya punya emosi serupa..juz ego yg ada membatasi tangisan…n lelaki kalau nangis susah nak dipujuk…;p
en jaz mcmane pulak?
November 6, 2009
salam pn. izzan, itulah kehebatan wanita, kehebatan yang tidak terduga oleh lelaki, cuma lelaki yg jahil sahaja tak dapat mengerti…..errr saya menangis? hehehe adelah time-time tertentu….
November 6, 2009
Herm, saya ada baca buku pasal tangisan ni. Kalau tak silap saya, air mata yang dapat memadamkan api neraka tu adalah sebab menangis kerana Allah.
Fatin Pauzi had an interesting article on ..WanitaeMall.com – Memenuhi Keperluan Seksual Anda
November 7, 2009
tepat sekali….bukan menangis kerana heo atau heroin pujaan mati dalam filem huhuhu
November 6, 2009
Hmm.. 30-64 kali setahun?
Kadang kadang terasa pelik bila tengok jenis jenis kajian yg saintis lakukan. Walau apa pun, setuju sangat dengan faktor faktor kat atas tu.
November 7, 2009
banyak benda yg boleh dikaji, dah khojenya researcher hehe
November 7, 2009
Assalamualaikum Jazmanie. Salam perkenalan buat Jaz. Kali pertama baca artikel dalam blog ni berkenaan sesuatu yang sangat menarik. Memang wanita lebih mudah menangis berbanding lelaki. Banyak sebab sebenarnya. Allah jadikan wanita lebih sensitif daripada lelaki. Adakah itu satu kelemahan? Bukan. Sensitif menjadikan kehidupan lelaki lebih bermakna. Tangisan wanita mampu menyedarkan lelaki yang ego. Tangisan wanita mampu melembutkan hati lelaki yang sedang marah. Tangisan wanita juga memberikan kebahagiaan pada seorang lelaki. Jika tangisan dilihat dari sudut hanya air mata yang keluar, itu semua tidak memberikan nilai, tetapi bila dilhat pada sudut pengorbanan yang membuatkan air mata itu jatuh maka barulah dapat dinilai.
November 8, 2009
Salam,
Fakta yang menarik!
memang bagus la kajian-kajian unik macam ni
Mantra had an interesting article on ..Kuasai Bahasa Inggeris & Blog Niche
November 12, 2009
Saya seorg diantara mereka yg senang menangis apabila dimarah atau disakiti sebagai outlet sbb saya suka mendiamkan diri dan tk suka cari gaduh. Kalau tengok cerite sedih pun nangis jadi saya cuma suka cerite kelakar yg menghiburkan. Baru2 ini suami adik saya meninggal dunia secara mengejut setelah coma for almost 2 weeks. Tiap2 kali teringat kan nasib adik meleleh air mata. Mungkin saya terlalu lemah.