Wanita Puas Seks Hidup Sihat
Posted by etomyam on 01-10-2009 | 1,443 views so far | Posted in Melayu, Nasional
12
Perbincangan secara sihat mengenai seks masih lagi boleh dikatakan agak terhad di dalam negara ini. Rata-rata masyarakat kita masih lagi menganggap seks sebagai sesuatu yang ‘taboo’ dan perbincangan secara terbuka mengenai perkara tersebut sebagai tidak elok dan banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan tersebut benar atau tidak kerana sama ada sudah ada atau belum kajian khusus dilaksanakan terhadap isu berkenaan dapat di sahkan.
Tertarik dengan petikan artikel daripada Kosmo Online hari ini mengenai satu kajian mengenai kesan positif aktiviti seks terhadap kaum wanita dan bagaimana seks yang sihat dapat membantu wanita menjalani hidup yang sihat.
SYDNEY – Kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik Australia menunjukkan wanita yang puas menikmati kehidupan seks didapati memiliki tahap kesihatan yang lebih baik, lapor sebuah akhbar semalam.Pendedahan itu dibuat berdasarkan kajian Program Kesihatan Wanita Australia yang menganalisis kehidupan seksual terhadap hampir 300 orang wanita berusia dari 20 hingga 65 tahun.
Mereka mendapati wanita yang kerap mencapai puncak syahwat kurang cenderung untuk jatuh sakit dan lebih bertenaga berbanding mereka yang tidak melakukan seks.Golongan yang kerap melakukan seks didapati memiliki penampilan psikologi yang lebih baik daripada mereka yang mengadakan hubungan kelamin kurang dua kali sebulan.
Ketua penyelidik itu, Dr. Sonia Davison berkata, wanita yang kurang berpuas hati dengan persetubuhan mempunyai tahap kesihatan yang rendah dan kurang bertenaga.”Ini menunjukkan kepentingan kepuasan seks sebagai antara bahagian penting penjagaan kesihatan kerana wanita kurang selesa bercakap mengenai isu itu dengan doktor,” katanya. – Agensi”
Mengapa ‘entry’ kali ini berkaitan dengan seks? sejujurnya ‘entry’ ini sebagai sebahagian daripada respons terhadap beberapa artikel yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama negara kebelakangan ini yang mendedahkan bagaimana terdapat isteri yang cuba mendapatkan kepuasan seks dengan pihak lain, di luar pengatahuan suami. Sebagai contohnya kes Isteri menawarkan khidmat seks kepada Mat bangla dengan kadar RM50 dan seorang isteri ditangkap khalwat bersama pemuda bangsa lain di bilik hotel…dan anda semua juga turut mempunyai pelbagai cerita yang boleh dikongsi dengan pembaca lain.
Walaupun perkara sebenar hanya diketahui oleh mereka yang terlibat namun hakikatnya mengapa terdapatnya kes-kes sedemikian, kalau kaum lelaki, memang sudah diketahui umum, sifat sebahagian besar lelaki yang tidak pernah puas dengan apa yang ada, bagaimana pula dengan wanita?. Dan saya turut teringat satu program affiliate yang saya ketahui yan menyediakan sebuah ebook khas mengenai Panduan Dan Teknik Pancutkan Isteri. Hmm, sudah ada pun pihak yang cuba memberikan bantuan kepada mereka yang mempunyai isu dalam perhubungan seks.
Dan dalam konteks masyarakat Muslim, sudah pastinya aktiviti seks yang dibenarkan adalah seks bersama pasangan yang halal dari segi hukum agama, buka di luar perkahwinan mahupun seks sesama jenis ataupun luar tabii.














October 2, 2009
smoga e-book 2 mampu mmbantu kurangkn kes isteri2 yg xpuas itu..huhu..makin mnular plak kes2 cm ni skrg..lelaki pon kenalah ambik tau jugak psl isteri2 dorg..perbaiki mn2 kelemahan yg ada..slalu berbincang tanpa mnganggap ia ssuatu yg mmalukan..(mmbebel plak sy nih..kalah org dh kawen..ahaha)
dahlia had an interesting article on ..BBQ rayer..Lata tembakah..
October 2, 2009
banyak faktor yang mempengaruhi kepuasan seksual masa kini, faktor pemakanan dan kesihatan fizikal juga memberi sumbangan terhadap prestasi seks seseorang.
…setuju dengan pendapat dahlia, apa-apa pun komunikasi dan interaksi secara terbuka dan jujur diantara pasangan merupakan perkara penting dalam hubungan suami-isteri….
October 2, 2009
jate pun x puah jugak ko?…..
October 2, 2009
Mungkin silapnya adalah cara pemikiran orang lelaki Melayu atau Islam. Bagi mereka, lelaki mempunyai kuasa ditaktor. Yang mereka tahu, perempuan perlu melayani mereka dan perempuan perlu hormati mereka.
Dalam konspep ‘give and take’, mereka hanya ‘take’ tanpa ‘give’. Saya yakin, tak semua lelaki macam tu. Masih wujud yang profesional dan rasional.
Jika isteri tak dapat puaskan mereka, mereka menyalahkan isteri dan cari lain. Tapi, mereka tak fikir, adakah mereka melayani isteri mereka dengan bagus?
Sepatutnya mereka kena tahu, perempuan ni sebenarnya extreme dalah segala hal. Tapi, mereka perlu ada pemangkin. Contohnya, jika pasal dendam, jaga2 dengan dendam seorang perempuan. Jika pasal cinta, cinta perempuan lebih mendalam. Pasal stamina, walaupun bekerja siang hari, perempuan masih mampu jalankan tanggungjawab kepada keluarga pada malam hari.
So, actually, perempuan ni sangat extreme dalam segala hal. Tapi, pastikan kene cara untuk terkena titik xtreme mereka.
Sebagaimana lelaki boroi lambang hidup mereka yang bahagia, wanita sihat lambang kehidupan seks mereka bahagia.
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri
October 2, 2009
Persoalannya, apa benchmark kepuasan hubungan kelamin bagi seorg wanita melayu Islam? Secara general kita tahu sifat wanita2 kita adalah (dikatakan) pemalu dlm hal2 sebegini, dan mungkin tak ramai yg sanggup bersemuka dgn suami masing2 untuk meluahkan masalah mereka dlm hal tersebut. Kalau ada pun, mungkin sangat sedikit yg berbuat demikian.
Sifat pendendam boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak mengira lelaki mahupun wanita. Walau apapun, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Hanya kerana tidak berpuas hati terhadap layanan suami, maka ia boleh menjadi alasan utk mencari lelaki lain secara senyap2 di belakangnya. Mana letaknya kemampuan seorang wanita melahirkan perasaan melalui kata2 sehingga suami tidak memahami kehendaknya? Atau sememangnya wanita tersebut memang berniat untuk melakukannya secara rela?
Katakanlah lelaki bersalah kerana marah terhadap isterinya kerana curang. Tapi, mengapa sesetengah golongan isteri dalam masyarakat kita sanggup memaki hamun suami yang disyaki mempunyai hubungan dengan perempuan lain? Oleh itu, benarkah fakta bahawa wanita2 kita sangat menghormati lelaki? Ataupun itu cuma persepsi yg terbit akibat rasa percaya kita pada sifat lemah lembut wanita melayu secara umum? Atau itu saja caranya wanita2 kita meluahkan cinta mereka yg dikatakan sangat “mendalam?”
Pada kebanyakan masa, wanita lebih cenderung dilihat berperilaku baik dalam masyarakat kerana kebolehan mereka menzahirkan kata-kata dan perasaan mereka dengan baik di hadapan khalayak, dan kebolehan untuk mempertahankan kesalahan melalui cara yang sama. Lelaki tidak mempunyai keistimewaan itu, kerana itu pada kebanyakan masa mereka hanya mendiamkan diri bila wanita mula menyalahkan mereka.
Siapa kata hanya lelaki boroi yg merasa bahagia? Wanita pun sama, apabila mereka mengandungkan cahaya mata? Kalau melihat sudut perbezaan boleh menyebabkan bertelagah, justeru tidak ada salahnya sekali sekala melihat dari sudut persamaan yang ada untuk mengimbangi kedua2nya
October 3, 2009
1) Sebab itulah komunikasi tu penting. And memang saya akui, kebanyakkan wanita melayu ni macam tu. So, mungkin komunikasi dua hala tu penting.
2) Tu la silapnya seorang isteri. Lupe jaminan syurga bawah telapak kaki suami. Lupa juga komunikasi dua hala tu penting.
3) Fakta wanita kita benar2 menghormati lelaki? Semua ni subjektif. Fakta tersebut tak boleh ditetapkan sebab ia terlalu subjektif.
Fatin Pauzi had an interesting article on ..Indahnya Kemesraan Suami Isteri
October 2, 2009
lelaki, mcmn?
November 4, 2009
demo x puah ko peh…hehee
October 4, 2009
penyebab utama mengapa perkara ini berlaku…didikan agama yang kurang melekat
kita had an interesting article on ..Pelaburan Emas Fizikal atau Saham Emas
October 4, 2009
mungkin benar bro….ye lah macamana didikan ilmu agama nak lekat kalau makanan yang jadi sumber darah dan daging dikhuatiri sumber halal atau haramnya…betul ke?
November 4, 2009
salam..nice topic hehe…kepuasan seks bg sy terletak pd tahap syahwat individu. Kalau yg menganggap seks adalah yg terpenting dlm hidup dia..semestinya dia nak layanan yg terbaik dr pasangan..n pasangan kena alert la kan. Cth terdekat adalah sy sendiri…xpe ek terus terang…hubby mmg admit yg dia punya syahwat yg agak tinggi..so bila sy da sedia maklum kena la memperlengkapkan diri kan3…heeee.
Ade jg yg blh bergaduh sbb x puas seks ni…n ade jg yg x kisah kalau x menikmati kepuasan seks yg sebenar…ada sorang member sy ni..dah kawin 5 tahun n ada sorang anak. Tp dia x pernah dpt rasa nikmat seks yg sebenar…yg mana zakar suami x masuk sepenuhnya ke dalam faraj si isteri…hmmm n sy tanya jg..suami tak kisah ker…then member ni kata suami dia x kisah n bagi dia seks x la penting dlm hidup dia..member sy pun sama gak..x kisah. Agaknya masing2 x punya syahwat yg membara2 spt org lain…sampaikan member ni x tau mcmane keadaan klimax bg perempuan. Tp da ada anak…ada la tu cara yg kita ketahui…n baru2 ni sy tanya lg ttg masalah diorg ni..still x masuk2!! hebatnyer diorg mampu bertahan mcm tu…:)
November 5, 2009
memang benar terdapat pertelingkahan dalam rumah tangga bermula dari ketidakpuasan dalam hubungan suami isteri, sebabnya masih ramai yg mengganggap berbicara mengenai seks sesuatu yang tidak elok hatta di antara suami-isteri.
sudahnya tiada komunikasi tapi masalah tetap berlaku, tu yang dilepaskan geram kpd perkara lain…btw hebat jugak kawan izzan ek…5 tahun boleh kontrol…