Warung Kopi : Permulaan Perniagaan Yang Baik
July 18th, 2009 | 12:24 am | Melayu, Nasional | 1,272 views | 3 responses
Setiap kali pulang ke kampung saya sering berulang alik dari Kota Bharu-Pasir Puteh kerana menyelesaikan pelbagai urusan dan saya amat amat tertarik dengan sebuah warung kopi yang terletak di tepi jalan dan sentiasa menjadi tumpuan kenderaan yang lalu lalang. Setiap kali saya lalu jalan tersebut saya dapati banyak kenderaan berhenti dan mengunjungi warung atau gerai berkenaan menyebabkan saya juga tertarik untuk mencuba apakah keistimewaan gerai tersebut.
Satu pagi saya mengambil kesempatan untuk bersarapan di warung berkenaan bersama pelanggan yang ramai. Cukup mudah dan senang sekali perniagaan yang dijalankan olej seorang pakcik yang saya agak umurnya dalam lingkungan lewat 50-an. Gerainya hanya menyediakan air dengan telur separuh masak sahaja, manakala makanan-makanan lain disediakan oleh pembekal lain yang merupakan penduduk di kawasan sekitar kampung tersebut.
Operasi perniagaan warung pakcik ini sangat ringkas, pelanggan datang mengelilingi gerainya yang berbentuk empat segi, ‘order’ minum dan pilih pelbagai jenis makanan sama ada nasi atau kuih muih yang tersusun rapi dan kemas di sekiling gerainya. Cepat dan sunnguh ringkas. Saya juga sempat bertanya kepada anak pak cik tersebut bagaimana cara untuk meletakkan nasi atau kuih muih di situ.
Anak pak cik berkenaan menerangkan caranya cukup mudah, sesiapa sahaja boleh meletakkan makanan mereka di situ dan tetapkan harga, gerainya akan mengambil untung sebanyak 30 hingga 50 sen ke atas setiap bungkus nasi yang di makan oleh pelanggan manakala bagi kuih muih gerai tersebut mengambil untung sebanyak 10 sen untuk setiap kuih yang di makan.
Saya perhatikan disekeliling gerai tersebut dan kebanyakan nasi diletakkan tanda harga RM1.50 tidak kira apa jenis lauk, ada daging ayam bakar, ayam goreng, daging gorang, gulai dan bakar, ikan, nasi lemak dan sebagainya. Cukup banyak pilihan begitu juga dengan kuih muih yang ada menyebabkan selera pelanggan naik dan ingin mencuba makanan yang ada di situ.
Bagi saya konsep perniagaan yang dijalankan oleh Pak cik tersebut amat mudah dan menguntungkan, gerainya hanya mengeluarkan modal untuk air dan telur separuh masak sahaja manakala produk lain diserahkan kepada pembekal. Di samping berniaga untuk diri sendiri pak cik berkenaan juga telah membuka peluang perniagaan dan pendapatan kepada penduduk setempat untuk bersama-sama menambah pendapatan.
Mungkin juga suatu masa nanti saya akan cuba konsep perniagaan sebegini, cuma yang paling penting bagi saya adalah lokasi dan tempat yang paling mudah untuk pemandu letak kenderaan.














said on July 18th, 2009 at 8:46 am
Mmg menarik.. konsep yang baik.
Tapi yang lebih penting, entri ini telah membuat saya lapar. Dapat nasi tumpang best jugak ni..
said on July 18th, 2009 at 9:34 am
@KI : ..hehehe..adakah anda sedang berada di KB semasa membaca entry ini? …rasanya Nasi Tumpang tu kegemaran SUB awak tu hehehe
said on July 31st, 2010 at 7:26 am
memang bijak kalau guna konsep begini,risiko cukup rendah – untung dah pasti
artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan