Watak Hagemaru Pengaruhi Kelakuan Anak-Anak Tanpa Sedar?
August 27th, 2009 | 1:50 pm | Nasional | 4,575 views | 8 responses
Mungkin ramai para ibu bapa yang sedar akan kewujudan siri kartun Hagemaru yang ketika ini disiarkan oleh siaran 611 Ceria Astro, atau mungkin jugak di kalangan ibu bapa yang turut sama menonton kartun genre lucu itu bersama-sama anak-anak. Hagemaru Si Botak Kecil atau popular sebagai Hagemaru, merupakan sebuah manga yang diterbitkan pada 1985-86 di Jepun. Manga ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru di samping idea-idea yang dipaparkan mengenai penjimatan wang itu dikarang oleh Shinbo Nomura.
Manga ini mendapat sambutan yang hangat di seluruh pelusuk Jepun. Dengan popularitinya, sebuah anime telah diterbitkan oleh studio animasi Shin’ei Doga pada 1988. Siri televisyen yang mengandungi 59 episod itu turut mendapat sambutan yang hangat, dan atas popularitinya sebuah permainan turut dicipta bagi warna Game Boy. Sejak daripada itu, Tsurupika Hagemaru disiarkan di seluruh dunia terutamanya di India melalui Pogo TV. Tsurupika Hagemaru meraih pengiktirafan Anugerah Manga Shogakukan pada 1988 bagi kategori manga kanak-kanak.
Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan Tsuruko. Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah ’0′ dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.
Memang tidak dinafikan siri kartun ini cukup menghiburkan dan membuatkan penonton ketawa, namun pada pandangan penulis setelah sekian lama mengikuti siri kartun ini bersama anak-anak, secara sedar atau tidak watak kedekut, pentingkan diri sendiri, tidak bersopan, bercakap bohong dan sebagainya yang dmainkan oleh Hagemaru telah mempengaruhi jiwa anak-anak yang masih kecil. Penulis juga pernah beberapa kali terserempak dengan kelakuan anak sendiri yang memang mengikut kelakuan Hagemaru.
Dan isteri penulis cukup terkejut dalam dua atau tiga hari yang lepas apabila sedang meleteri anak sulung tiba-tiba dengan selambanya kanak-kanak berusia 5 tahun ini menjawab, kalau abang nakal, kenapa ibu lahirkan anak mami yang nakal ini?. Tergaman isteri penulis mendengar reaksi spontan anak sebegitu. Sudah pasti kanak-kanak ini mendapat idea setelah menonton siaran kartun, namun tidak dapat dipastikan kartun mana.
Memang tidak dapt dinafikan, pengaruh siaran kartun walaupun pada asalnya untuk tujuan berhibur namun sekiranya tidak dipantau oleh ibu bapa akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembesaran anak-anak.




















said on August 29th, 2009 at 10:42 pm
Hmm…sebenarnya kalo nak ikut kartun yg kurang bagus..banyak. Shin Chan lagi teruk dari hegemaru, Nobita yg tak reti nak berusaha..harapkan pertolongan Doraemon aje..
Uish..banyak ler. Jadi…kalo mak bapak pun suka tgk kartun tu..titip2 kan laa juga nasihat masa part2 yg tak elok dicontohi tu.
ALoNa´s had nice article on blog ..Kala Hujan….
said on August 29th, 2009 at 11:33 pm
itulah yang sedang dilakukan sekarang, terpaksa menerangkan semula apa yang baik n apa yang tidak baik…
said on August 31st, 2009 at 11:51 am
Ha ha.. ni cerita pasal family kedekut tu!!! Memang teruk dan tak senonoh perangai mereka tapi ramai yg suka tgk. Saya stop channel Cartoon Netwok & Disney utk elak anak-anak saya dari tonton pengaruh buruk dari kartun di sana tetapi Ceria tayangkan pula cerita-cerita mcm ni. Rosak.. rosak. Apa boleh buat nilai komersialnya tinggi.. Ibu bapa siaplah monitor anak-anak.
Ismail N had an interesting article on blog ..Ramadhan
said on August 31st, 2009 at 11:08 pm
ha ah Bro, tepat sekali…boleh tahan jugak tahap kekedekutan family tu, contoh yg tidak baik, curi barang sekolah untuk buat perhiasan di rumah, buli kawan-kawan sekolah dan buli cikgu dan macam2 lagilah…jenuh nak explain balik kat anak2…
said on September 1st, 2009 at 7:43 am
Alamak ! Tak pernah tengok cerita ni. Anak2 pun tak tengok kot. Cuma suka citer upin dan ipin je… hehe…
Tie had an interesting article on ..17th Wedding Annivesary
said on September 1st, 2009 at 7:01 pm
elok kalau tak tengok cerita ni….lucu tapi banyak mesej tidak baik yang mudah diikut oleh bebudak…upin n ipin okay, orang kita yang buat…heheh
said on September 29th, 2009 at 6:05 pm
hakhakaahha…
lawak…lawak..
said on December 15th, 2009 at 10:48 pm
pe r,,kat skool owg pnggil ak hagemaru,
muhahaah,,
ppe po citer ni kartun plg bez r!!1