11 Tanda Kebahagiaan Dan 11 Tanda Kecelakaan

February 14th, 2010 | 8:46 pm | Melayu, Muslim | 866 views | 8 responses

Setiap makhluk yang hidup pasti mempunyai tujuan dan tugas serta peranan masing-masing dalam menghabiskan jangka haya mereka yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq, Bilakah tarikh sebenar berakhirnya tugasan tersebut hanya Al-Khaliq jugalah yang mengetahui, dan kerana kasihnya Allah S.W.T kepada manusia, di berikan kepada mereka petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang boleh memberikan manafaat bersama kepada semua, termasuklah kepada diri sendiri dan ahli keluarga serta saudara-mara dan rakan taulan. Petikan daripada Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran, himpunan oleh Wan Jamal Haji Wan Mat Saman dan susunan oleh Farah Natasha Jasmin.

(Gambar ketenangan di tengah Laut China Selatan, kredit kepada kawan lama Mat Chot)

Sebelas tanda-tanda mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu:

1.    Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat;
2.    Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran;
3.    Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu;
4.    Sentiasa memelihara solat lima waktu;
5.    Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak;
6.    Bersahabat dengan orang yang baik-baik;
7.    Bersikap tawaduk, tidak sombong;
8.    Dermawan lagi pemurah;
9.    Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t;
10.  Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan
11.   Banyak mengingati mati.

Manakala sebelas tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap sebeperti berikut:

1.    Rakus dalam mengumpul harta;
2.    Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia;
3.    Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang;
4.    Meremehkan solat lima waktu;
5.    Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa;
6.    Buruk budi pekerti;
7.    Berlaku bongkak dan sombong;
8.    Tidak memberi manfaat kepada manusia;
9.    Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman;
10.   Kikir; dan
11.    Tidak ingat mati.

Sumber dari  Tambiihul Ghaafilin

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    astagaaa… ntah bila la saya nak cukupkan 11 ciri yang baik tu…T__T
    ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~

    • 2

      semoga kiat semua berjaya ek…hehe

  2. 3

    cantiknya gambar laut tu….. :)

    kdg2 rasa takut bila ingat pasal kematian…

    • 4

      kalau ada gambar flight lagi syok kan….heheh, nape ek?

  3. 5

    soalan en jaz…’napa ek?’…tu refer pd knp sy takut pd kematian yea?

    yea…kdg2 sy takut andai nyawa sy dipulangkan awal…coz anak2 sy masih kecil…n masih byk jasa mak abah yg belum sempat sy balas…n dgn bekalan yg masih terumbang ambing……

    en jaz…boleh ker sy fikir n rasa mcm tu? kalau salah…sy kena betulkan minda sy nie…TQ

    • 6

      Dua-dua, kematian dan flight,

      kadang kala saya ada jugak terfikir gitu tapi itu takdir Allah dan sudah pasti perancangan Dia melebihi kudrat kita…pastinya ada terbaik untuk kita dan keluarga kita.

      tak salah berfikiran gitu, memang elok untuk muhasabah diri, cuma jangan jadikan ia menghantui segala perbuatan dan tindakan kita lalu melemahkan kita untuk merancang masa depan…saya punya pandangan jer…hehe

  4. 7

    kalau flight tu….hehehe….sy rasa mcm tenang jer tgk flight yg sayup mata memandang…tp kalau tgk dekat2 rasa x biasa jer…(maybe sbb sy ni romantik….hahaha)

Trackbacks and Pingbacks

  1. uberVU - social comments

Leave a Reply