Jenis-jenis Blog Dan Hubungannya Dengan Pembelajaran Dewasa
February 24th, 2010 | 12:01 am | Admin, Akademik, Blogging | 1,074 views | 45 responses
Blog, blogger dan blogging merupakan satu fenomena biasa di zaman ini. Setiap individu yang mempunyai akses kepada kemudahan internet sudah pasti mempunyai pendedahan terhadap blog sama sebagai blogger ataupun menjadi pembaca kepada blog-blog tertentu. Walau apa pun jenis dan bentuk blog, sama ada blog politik. ekonomi, peribadi hinggalah blog berunsurkan pornografi, ianya tetap menyediakan satu platform untuk proses pembelajaran kepada pelawat dan pembacanya. Sama ada pembelajaran dalam bentuk positif atau negatif, terpulang kepada penilaian individu itu sendiri.
Sebagai golongan dewasa, pembelajaran adalah satu proses bersambungan dalam hidup yang bukan sahaja tertumpu kepada sistem pembelajaran formal di sekolah mahupun institusi pendidikan semata-mata, malahan akan terus berlansung sama ada di rancang atau tidak oleh individu dewasa terlibat. Siapa pulak yang dikatakan dewasa? satu soalan yang mempunyai pelbagaijawapan mengikut persepektif masing-masing. Setakat ini berdasarkan pengetahuan saya tidak ada satu ‘cut-off point’ yang tetap untuk menetapkan status dewasa seseorang individu.
Merujuk kepada kenyataan pembelajaran sebagai proses asas kepada kelakuan manusia, Artikel kali ini saya cuba untuk menghubungkan jenis-jenis blog yang ada di alam cyber ini kepada lima orientasi teori pembelajaran tradisional iaitu Behaviorist, Humanist, Cognitivist, Social Cognitive dan Constructivist.
Behaviorist
Behaviorist fokus kepada perubahan terhadap kelakuan individu. Tujuan utama pembelajaran adalah untuk menghasilkan satu perubahan berdasarkan konsep hadiah atau pulangan (reward).
Dalam dunia blog pula, terdapat blog-blog yang menganjurkan pelbagai jenis pertandingan dan peraduan kepada pelawat dan menyediakan ganjaran dan hadiah kepada pemenang. Juga blog-blog yang menyediakan tip, kaedah dan sebagainya. Secara tidak lansung bagi saya blog ini telah menggalakkan proses pembelajaran dengan menggunakan pendekatan Behaviorist. Anda biasa jumpa kan blog-blog macam ni.
Humanist
Humanist pula menekankan bagaimana seseorang dewasa belajar untuk mencapai sesuatu yang dihajati dan lebih kepada aspek pembangunan diri yang membawa kepada ‘Self-Actualization’.
Terdapat banyak blog-blog berbentuk ilmiah, keagamaan, motivasi dan sebagainya yang menyediakan ruang kepada pembaca mereka meningkatkan pembelajaran pembangunan diri dan pembentukan insaniah. Sudah pastinya anda sudah banyak melawat blog-blog sebegini.
Cognitivist
Cognitivist berkaitan penggunaan keupayaan kognitif yang melibatkan pemprosesan informasi dan maklumat. Tujuan utama kaedah ini adalah untuk membangunkan kapasiti dan kemahiran untuk belajar dengan lebih baik.
Dalam dunia blog juga anda sudah pasti pernah melawat blog yang menyediakan kuiz menguji minda dan tahap pemikiran pelawat-pelawat mereka. Blog-blog seperti ini membantu pelawatnya mengasah kekuatan kognitif mereka dengan pelbagai kuiz, pertanyaan dan persoalan.
Social Cognitive
Seterusnya Social Cognitive yang fokus kepada proses interaksi dan pemerhatian kepada sesuatu situasi di dalam persekitaran sosial. Maksudnya wujudnya aktiviti pembelajaran melalui proses interaksi di antara individu dengan persekitarannya. Dalam dunia blog perkara ini juga jelas dilihat di mana terdapat blog-blog yang gemar membicarakan sesuatu topik, isu dan sebagainya dalam bentuk perbincangan yang lebih ilmiah dan berinformasi yang mana pada kesudahannya memberikan manafaat kepada pelawat dan pembaca.
Sudah tentu anda semua pernah jumpa blog-blog macam ni kan. Kalau nak dapat informasi terkini, tak kiralah dalam bentuk gossip ke, cetusan pendapat ke, yang pastinya pelawat dapat belajar sesuatu daripada interaksi sosial tersebut.
Constructivist
Constructivist pula berkaitan pembentukan satu bentuk atau perspektif pemikiran yang terhasil daripada proses interaksi sama ada secara individu mahupun lingkaran sosial. Maksudnya bagaimana seseorang individu dewasa membentuk pemahaman dan perspektif mereka hasil dari pengalaman yang di lalui sama ada melalui pembacaan, diskusi dan interkasi.
Dalam dunia blog pula, blog-blog berkaitan politik, agama, kepimpinan, perniagaan, pengurusan dan seumpama dengannya menyediakan ruang pembelajaran kepada pembaca dan pelawat untuk membentuk pemikiran dan perspektif mereka setelah membaca atau berinterkasi di dalam blog berkenaan. Dan sudah tentu mengikut acuan dan pandangan mereka. Contoh blog macam ni juga rasanya amat mudah dan banyak ditemui oleh di dalam dunia blog hari ini.
Saya sengaja tidak meletakkan contoh-contoh blog bagi setiap teori di atas bagi mengelakkan ‘bias’ dan salah interpretasi dari mana-mana pihak. dan saya juga beranggapan pembaca sudah cukup dewasa untuk menilai sendiri contoh-contoh blog berdasarkan teori di atas.
Jadinya apa implikasi benda ni semua kepada kita dan blog kita? pandangan saya memahami konsep kaedah pembelajaran melalui dunia blog berdasarkan pendekatan tradisional di atas dapat membantu pemilik blog menyediakan ‘content’ atau isi kandungan yang menarik.
Pada masa yang sama pemilik blog boleh menentukan apa objektif dan tujuan blog masing-masing diwujudkan, bukan setakat catatan peribadi malahan mampu memberikan manafaat kepada pelawat dan pembaca sama ada secara sedar (rakan-rakan blogger) ataupun tidak sedar (kes pelawat tersalah landing). Selain daripada menjana sedikit pendapatan melalui iklan yang disiarkan.
Pendekatan yang mana paling sesuai untuk sediakan ‘content’ blog kita? seeloknya intergrasikan kesemua 5 teori diatas.
Artikel di atas adalah berdasarkan pandangan peribadi dan pemahaman serta pendekatan saya untuk cuba mengaitkan hubungan blog dengan proses pembelajaran golongan dewasa.
Sumber rujukan dan bacaan lanjut: Merriam, Sharan B., Caffarella, Rosemary S. and Baumgartner, Lisa M. (2007). p.p 294-297. Learning In Adulthood. A Comprehensive Guide. Third Edition, San francisco, California. A Wiley Imprint .



















said on February 24th, 2010 at 12:07 am
wah, aku the first two n the first one.
http://www.fitridzulkifli.blogspot.com
said on February 24th, 2010 at 12:30 pm
boleh nilai sendiri content blog kan…
said on February 24th, 2010 at 1:31 am
suka lawat blog pasal tutorial blog dan suka baca blog pasal personal life dan info..
annfrendly had an interesting article on ..Facebook dan mata duitan
said on February 24th, 2010 at 12:31 pm
satu pendekatan pembelajaran yg menarik…
said on February 24th, 2010 at 1:59 am
hurmmm.. humanist kot blog saya.. ehehheeh..
saya harap dapat tingkatkan ke social cognitive..
said on February 24th, 2010 at 12:32 pm
baguih gak tu…seeoloknya kalau kita boleh campurkan semuanya…ngehehe
said on February 24th, 2010 at 3:17 am
aku rasa blog aku kategori separa pornografi kot. haha
sigg had an interesting article on ...dalam maksudnya ni
said on February 24th, 2010 at 12:32 pm
hahaha..terpulang pada penilaian masing-masing
said on February 24th, 2010 at 3:30 am
Wah tak sangka bro. ada banyak jenis blogger nie.. erm saya mungkin dalam kategori Humanist.. agak2 jela… hehe
zik had an interesting article on ..Program Earth Hour.
said on February 24th, 2010 at 12:33 pm
bagus tu bro….self actualization tew..ngehehe
said on February 24th, 2010 at 4:41 am
Terimakasih…satu perkongsian yang menarik.. Selama ni redah aje nak tulis apa kat blog. Lepas ni kena fikir kelima-lima categories sebelum menulis..hehehe..
said on February 24th, 2010 at 12:34 pm
bedal semua pun tak per…semuanya memberi ruang pembelajaran kepada pelawat kan…cuma pendekatan yang berbeza..hehehe
said on February 24th, 2010 at 9:28 am
disebabkan sy bekerja di rumah..sy telah terjerumus dlm dunia blog..suka suki nak ada blog sendiri tp tak tau kategori apa..hehe..
btw…i think blog en jaz ada kesemua kategori tu kan…congrats!!
said on February 24th, 2010 at 12:35 pm
ada kategori tu cuma tak perasan jer kot…ngehehe
said on February 24th, 2010 at 7:01 pm
mmg ada..tp sy malas nak aktifkan otak kanan…hehe…anyway good info en jaz
said on February 24th, 2010 at 7:48 pm
hehehe…
said on February 24th, 2010 at 12:07 pm
Tak tahun blog saya kategori mana.. Rojak kot
said on February 24th, 2010 at 12:36 pm
lagi elok tu sahabat…pelbagai pendekatan..
said on February 24th, 2010 at 12:44 pm
tengah berusaha nak apply ciri2 blog mentioned in ur entry…huhu
ReD had an interesting article on ..~ ENTRY INI ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG CUKUP AKAL, BALIGH DAN INGIN MENJAGA KESIHATAN DALAMAN ~
said on February 24th, 2010 at 12:46 pm
tak per tak ikut mende ni pong…ni cuma utk kita nak setkan kita punya content jer…hehehe
said on February 24th, 2010 at 2:28 pm
wa, sangat informatif dan berguna.
manusia ni lain-lain pendapat dan kecenderungan
itulah kelebihan berblog dan menjenguk blog orang, macam-macam info/ilmu boleh dapat
blog saya masih belum ada sebarang pengkhususan lagi.kelima-lima tu pun boleh apply.
said on February 24th, 2010 at 6:20 pm
betul tu bro..blog boleh digunakan untuk kebaikan kalau betul laluannya…saya pun lebih suka guna teori semua tu…ngehehe
said on February 24th, 2010 at 3:44 pm
freestyler blog…private blog..just for fun n memories..:)heheheh
said on February 24th, 2010 at 6:22 pm
hah demo oregedebe….ku pernah nampak nama demo di FB….hahahah
said on February 24th, 2010 at 4:46 pm
Nampak seperti anda seorang pendidik. Betul ke?
amirulfaiz had an interesting article on ..Permulaan yang mendebarkan
said on February 24th, 2010 at 6:24 pm
kurang tepat jangkaan anda..tidak semestinya pendidik terlibat dalam teori sebegini sedangkan semua profesion melibatkan proses pembelajaran…
said on February 25th, 2010 at 9:44 am
Hehe.. Yang pasti anda berjiwa pendidik.
amirulfaiz had an interesting article on ..Permulaan yang mendebarkan
said on February 25th, 2010 at 10:27 am
hahaha..jangan jiwa kacau sudah…..
said on February 24th, 2010 at 6:55 pm
teman rasa.. blog & gaya penulisn teman lebih kepada:
Social Cognitive – 49%
Behaviorist -20%
Humanist -10%
Constructivist- 20%
mana pergi 1% lagi hhuhuhu
framestone had an interesting article on ..Aku Tetap Terasa
said on February 24th, 2010 at 7:01 pm
steady bro dah dapat menilai isi dan bentuk penyampaian kandungan blog bro…lagi 1% tu simpan untuk imej dan gambar lah kot..hehehe
said on February 24th, 2010 at 7:03 pm
1% tu…rapu rapan jer….hehehe
said on February 24th, 2010 at 7:48 pm
hahaha..itu style bro framestone tu..
said on February 25th, 2010 at 2:19 pm
amboi Izzan.. lately dok perkena bro je nie he..23x
framestone had an interesting article on ..Aku Tetap Terasa
said on February 25th, 2010 at 2:18 pm
tanpa entry mu ini… xde la teman dapat categorykan ape yang teman blogkan…
framestone had an interesting article on ..Aku Tetap Terasa
said on March 2nd, 2010 at 3:23 am
fulamak bro…elok lah gitu
said on February 24th, 2010 at 7:09 pm
Wah..mmg educated info kali ini..dapat belar perkara baru lagi…thanks!
wanwma had an interesting article on ..Tan Sri Robert Kuok Hock Nien – Orang Kaya No.1 Malaysia
said on February 24th, 2010 at 7:49 pm
untuk dikongsi bersama kans…
said on February 24th, 2010 at 9:01 pm
Blog aku termasuk dlm kategori mana ekks??
said on February 24th, 2010 at 9:24 pm
hahaha..kalau sekali imbas demo punya lebih kepada self actualization (humanist) n jugak constructivist…pandangan kawe lah..
said on February 24th, 2010 at 9:37 pm
which one aku ye?umm..
said on February 24th, 2010 at 11:35 pm
bro yang tentukan dan nilai sendiri..hehehe
said on February 24th, 2010 at 10:34 pm
alamak content blog saya lebih kepasa personal dan pengalaman lah..huhu mungkin sebab tu la tak ade ramai orang nk tengok pun kan bro.
said on February 24th, 2010 at 11:36 pm
..tu pun boleh masuk dalam social learning..pelawat dapat belajar sesuatu dari bella punya pengalaman kan…
said on February 25th, 2010 at 2:26 pm
aku suke bace semua blog..sbb tu blog aku campur belaka…xde niche pon..hahaha..
ps:blog demo bez ni boh..hehe
said on March 2nd, 2010 at 3:23 am
ambo pun bedal semua je abe….blog demo lagi kelah..hahaha