Alamak, Adik Dah ‘Stim’ Ke Ni ?

January 19th, 2010 | 9:56 am | Melayu, Nasional | 1,412 views | 4 responses

Alamak, ni dah betul-betul stim ni, tengah hari buta dan di tengah laluan orang ramai pun adik tak kira, kalau adik dah stim. sape buleh halang adik? unifrom sekolah adik apa peduli, janji lepas ‘stim’ adik. Pastinya ramai yang ‘talak helan’ dengan perlakuan dan aktiviti adik kita dua orang ni, ape lah sangat dengan mende gitu, kat dalam internet tu lagi dasyat dan ‘cungkil mata’. Bukan takat gambar, video klip, cari jer nak dalam format apa, MP3, RM,WMV, 3GP etc. Semua ada, siap boleh download lagi, dan bukannya orang lain pun, semuanya anak bangsa Malaysia kita jer. huhuhu.

Harian KOSMO! 19 Januari 2010 menyiarkan ‘gambar curi’ aksi bersahaja adik-adik kita dalam uniform sekolah. memanglah gambar curi, kalau gambar betul kena minta izin dari model dan pelakonnya dahulu dan pastinya tak derlah aksi sebegini. Lokasinya dikatakan di Danau Point, Precint 16, Putrajaya. dan oleh kerana sekeping gambar boleh menceritakan 1000 cerita, apa yang boleh ditafsirkan dengan gambar ini adalah:

  1. Adik-adik ni mempunyai semangat juang yang kental dalam mencapai objektif perlakuan mereka, tanpa menghiraukan sebarang bentuk halangan dan bahaya. Buktinya jelas bila adik tak kisah bila ada orang lalu ditepi lokasi adik, ditengah hari pulak tu;
  2. Persoalan yang timbul bila tengok gambar adik adalah kat mana sekolah adik? tu special boipren/girlpren ke just kawan study adik? Mak bapak adik khoje kat mana? kenapa adik tak balik rumah lagi dik;
  3. Adakah adik hanya terlibat dalam aksi sebegini (yang berjaya dirakam gambarnya), atau mungkin ada lagi aktiviti ‘tambahan’ yang lebih memerlukan latihan dan latih tubi intensif? dan
  4. bermacam-macam lagi soalan, awak soal dan awak jawablah sendiri…..

Dan siapa pulak, selain dari adik berdua ni, yang sanggup dan berani mengambil tangungjawab sekiranya diletakkan sebagai salah satu punca atau faktor penyebab kepada berlakunya ‘end-product’ macam adik-adik ni?

Dan ada kaitan tak ‘posting’ di atas dengan lagu rasmi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(4)

  1. 1

    Dikk oh adik… jaga-jaga
    Hidup didunia… banyak noda juga dosa
    Harus berhati… jaga maruah peribadi
    Kelak dihormati… Insyaallah

    • 2

      susah bila dah ‘stim’….semua lupe bang hahaha

  2. 3

    ek.. ape dah… huuu~
    mcm2 skang
    diden had an interesting article on ..Tulisan aku yang teramat lawa.. T_T)v

  3. 4

    Bila berdua-duaan dengan bukan muhrim, syaitan jadi pihak ketiga, maka dalam keadaan sebegitu mereka tak nampak orang lain sisekeliling dah, mereka perasan hanya mereka berdua ada di situ, sebab tulah hal-hal begitu boleh terjadi…

    Lebih baik tekankan pelajaran agama dari sibuk nakkan pelajaran seks!
    artikel terkini dari ardzham: Baikpulih scanner dan kisah si bungsu

Leave a Reply