Antara Soalan Bodoh Dengan Soalan Buat-Buat Bodoh
February 17th, 2010 | 9:17 am | Melayu, Nasional | 1,074 views | 32 responses
Soalan dan jawapan merupakan elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu proses interaksi sama ada secara lisan mahupun bertulis. Walaupun banyak pihak menjelaskan bahawa tidak ada istilah ‘Soalan Bodoh’, yang ada hanyalah soalan yang mudah untuk di jawab, itu sebenarnya adalah untuk menggalakkan si penanya tadi supaya tidak terbantut niat untuk bertanya, supaya proses interaksi dapat diteruskan sehingga mencapai maksudnya.
Dalam masyarakat Asia termasuklah komuniti Melayu yang memang dipersetujui agak ‘introvert’ berbanding dengan komuniti di sebelah barat sana, faktor pembentukan budaya juga didapati menyumbang kepada perilaku sedemikian, di mana sejak dari kecil lagi bebudak dan kanak-kanak di tegah dari menyampuk bila orang tua bercakap, jangan menjawab bila di tegur, jangan cakap banyak dan sebagainya yang mana pada akhirnya ianya menjadi satu sikap dan perwatakan identiti sesetengah orang dewasa.
Pernah mengalami situasi ‘soalan bodoh’? Sama ada kita yang menyoal atau kita yang di soal sudah pastinya setiap orang pernah lalui dan biasanya pengalaman tersebut akan terlekat dalam memori dan boleh ingat sampai bila-bila.
Dan biasanya penanya soalan bodoh tidak perasan kebodohan soalan tersebut dalam sekelip mata, hanya selepas beberapa ketika barulah disedari. Pengalaman ‘soalan bodoh’ saya sendiri memang dapat ingat sampai sekarang, masa tu masih belajar dan diletakkan di hostel Abu Bakr College a.k.a Kolej YPM betul-betul di hadapan Jalan Maaruf, Bangsar stesen TV3 yang lama, masa tu TV3 tengah meletup dengan kedai Smartshop.
Jadinya saya yang cuba buat kerja ‘part-time’ sebagai operator telefon Smartshop pergilah dengar taklimat sebelum bertugas, sedang asyik pegawai Smartshop berikan taklimat boleh aja saya tanya dia secara tiba-tiba bagaimana saya nak tahu si pemanggil tu lelaki ke perempuan? selepas terdiam sejenak pegawai tu cakap…good question, kita boleh check melalui suara pemanggil, kalau tak sure baru tanya pemanggil tersebut.
Selepas beberapa minit kemudian baru saya terlintas..laaa, kan ke kalau bercakap telefon kita boleh cam suara pemanggil tu lelaki atau perempuan…apalah bodohnya soalan aku. Sampai sekarang saya ingat lagi peristiwa tu dan jugak muka pegawai Smartshop tu. huhuhu
Manakala ‘Soalan Buat-Buat Bodoh’ ni sebenarnya ‘leading question’ yang mempunyai maksud dan niat tertentu, mungkin niat baik mahupun yang buruk. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan berlakunya soalan buat-buat bodoh ni seperti:
- Nak suruh nampak aktif dalam sesuatu sessi atau situasi seperti mesyuarat, presentation, perbincangan, forum dan sebagainya;
- Nak suruh nampak individu yang akan menjawab tampak hebat dan berilmu…pun ada jugak jenis planned question ni;
- Nak raih simpati dan perhatian dari seseorang;
- Sebagai intro kepada soalan lain yang lebih susah; dan
- Nak mengelak daripada di soal, baik tanya dulu sebelum di tanya.
‘Soalan buat-buat bodoh’ ni yang sebenarnya agak merbahaya dan perlu berhati-hati kerana ada maksud dan objektif sebenar yang hendak di capai. Soalan buat-buat bodah ni juga mungkin bertukar menjadi ‘soalan maut’ sekiranya tidak dijawab dengan betul….



















said on February 17th, 2010 at 10:08 am
kekadang orang saja tanye soklan2 bodo just nak uji kita,
kegagalan menjawab soklan tu akan lead kepada statement “benda basic macam ni pun x tau ke?”
said on February 17th, 2010 at 5:39 pm
maknanya tu soalan bodoh untuk memperbodohkan orang lain..huit bahaya tu ek…
said on February 17th, 2010 at 11:40 am
salam..
sesetengah orang bila dia dah tahu sesuatu perkara tu seje nak soal lagi.hakikatnya orang macam ni menggambarkan yang dia sorang yang tidak fokus dalam sesuatu hal..
tapi awas jugak sebab ada sesetangah orang nak menduga kita dengan soalan bodoh ni..huuh
Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay
said on February 17th, 2010 at 5:40 pm
w’salam,
itulah pasal, mungkin suri juga banyak mengalami pengalaman sebegini kan, jawab salah tak jawab pun salah…
said on February 18th, 2010 at 10:46 am
kekadang naik menyampah juga bila ada orag berkeadaan bgni..sje tenyer..dan tanyer lagi.mungkin nk tarik perhatian orang disekeliling kot??..huuhu
said on February 18th, 2010 at 12:52 pm
perangai manusia ni pelik-pelik..sukar ditafsirkan hehehe
said on February 17th, 2010 at 12:01 pm
mcmana en jaz blh tertanya soalan tu? hehehe sure tgh ngantuk time tu..or fikiran sdg melayang2….;p
tp kan..mr zorro suka sgt ‘buat2 bodoh’ dan tanya ‘soalan buat2 bodoh’…sedangkan dia arif ttg topic yg diperkatakan…bila sy tanya kenapa buat mcm tu…jawapan dia…”nak tahu sejauh mana IQ org tu…n nak tau samada org tu jujur or tak..”
said on February 17th, 2010 at 5:41 pm
masa tu tengah khayal kot izzan hahaha, btw mr. Zorro saje ndak bergurau tu..tambahkan kemesraaan hehehe
said on February 17th, 2010 at 6:19 pm
mr zorro x boleh ‘buat2 bodoh’ dgn ahli falsampah nie…hehe, dia suka buat kat org lain,, anyway…time kasih la sudi khayalkan diriku ini….hehehe
**jgn jadi ‘bodoh sombong’
said on February 17th, 2010 at 6:22 pm
sory, typo error, bukan kt, sebaliknya kot..dah diperbetulkan ek…sorry hehehe
said on February 17th, 2010 at 1:56 pm
Sesiapa boleh melontarkan soalan kerana mediumnya luas tanpa keterikatan, tetapi jawapan perlu pada ketepatan dan terikat dengan pengetahuan.
hadjie had an interesting article on ..Mencari Nilai Pemuda Di Senja Zaman
said on February 17th, 2010 at 5:46 pm
tepat dan padat…steady
said on February 17th, 2010 at 2:15 pm
Hye Tuan Jezmani
ive been reading ur blog recently
cool…Full of ideas..
IDEAS. THINK . SHARE..
keep it up!
said on February 17th, 2010 at 5:46 pm
thanks…sharing is caring…hehehe
said on February 17th, 2010 at 2:26 pm
ahaa… setuju sangat2 reason no 5 tuh…ngeh3 ;p
biasa dah…haha
ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~
said on February 17th, 2010 at 5:47 pm
kita pun biasa buat jugak yg no 5 tu kan…menyelamatkan keadaan hahaha
said on February 17th, 2010 at 2:51 pm
kadang2 ada gak “soalan bodoh” yang sudah ada dah jawapan yang ditanya tu..tapi masih bertanya lagi..hmm.kena alert kalau nak tanya soalan ni..
mr.z had an interesting article on ..Makanan Eksotik, Mau Cuba?!
said on February 17th, 2010 at 5:48 pm
mungkin masa orang tanya si penanya tadi tak dengar kot….tu yang jadi gitu tu…huhuhu
said on February 17th, 2010 at 7:30 pm
oh dulu wat part time tue ek…. ok ada masa nnt teman wat entry pasal part time.. itu pun jika ada masa… skrg nie pun tgk blog teman cam hape je… mungkin dalam tempoh penjenamaan semula kot
tp zaman skrg nie mane leh cam die tue laki ke perempuan dari suara yang didengar dari telefon
ada mbe teman nie.. wat call sama Student Finance Department… die siap maki2 la orang situ… siap or g situ leh cakap.. “sorry kak.. nnt kami akan kenal pasti apa masalahnya”
tp time teu die dah gelak pecah dah.. coz die tue laki… tp mmg suke wat suara ala2 perempuan
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 17th, 2010 at 8:22 pm
tak per bro, blog bro ok jer, layout tak penting, content yang best baru penting bro…tu lah zaman sekarang ni kalau nak dengar suara belum tentu lagi jantinanya..dasat jugak member bro ek….hahaha
said on February 17th, 2010 at 8:48 pm
No komen… takut terkeluar soalan bodoh lak… Otak tgh berat lagi ni sbb tak cukup tido tengok bola pagi tadi…
Papa-Roq had an interesting article on ..Old Town White Coffee | Halal Atau Tidak?
said on February 17th, 2010 at 9:02 pm
hahah..tahniah atas kejayaan tumpaskan Milan…satu kejutan bro…
said on February 17th, 2010 at 11:14 pm
xde la.. tgk layout teman cam serabutmata memandang je huhu… nie pun tgh nk susun balik bagi menarik n seronok dibaca…
nak wat cam mne.. dah mbe pun jenis dua alam….
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 18th, 2010 at 12:21 am
oo patut le dua alam, memang susah nak cakap la kan…haha
said on February 18th, 2010 at 12:07 am
err..tumpang tanyer,
blog ini blog myjazmanie.com ke?
said on February 18th, 2010 at 12:22 am
ha ah, betul tu em syukran…kenapa?
said on February 22nd, 2010 at 12:45 am
heheh…kan mcm bodoh bunyi soalan sy tu..
said on February 22nd, 2010 at 1:09 am
hahaha..aku dah agak dah….hahaha
said on February 18th, 2010 at 12:41 am
Suka saya dengan topik ni.
Penjelasan pembukaan mengenai tiada soalan bodoh sebenarnya memang benar. I have always believe that there is no stupid question, because what ever is asked meant to be expecting an answer to it. Yang lebih merbahaya adalah bertanya soalan yang salah. When you ask the wrong question, then surely you are bound to get the wrong answer.
My work revolves around getting questions from people. Kadang-kadang bila dapat soalan, yang pada pendapat saya, seperti ‘stupid questions’ memang rasa ‘depressed’ to even try and give answer. But, even if we perceived the question as a ‘stupid’ Q, does it mean it does not deserve any answer? Mesti ada sebab kenapa soalan itu ditanya. To become an effective communicator, it is then essential to understand and give the best approach at addressing these kind of questions.
Saya rasa persoalan yang lebih menarik adalah berkaitan dengan sikap orang kita yang kurang ‘supportive’ dengan budaya bertanya soalan. It’s common to know a person who just ‘put people down’ when answering the so-called stupid questions. Lama2 orang pun jadi malu atau malas nak bertanya. Kalau dah begini budaya kita, kenapa perlu ada pepatah “Malu bertanya sesat jalan”?
It’s my 2cent’s worth of thoughts.
Makiko S had an interesting article on ..You want to form a football team, meh?
said on February 18th, 2010 at 12:54 pm
indeed, kalau diperhatikan dalam sesuatu majlis pun, soalan hanya dibuka 5 minit sebelum sesi berakhir dalam keadaan cepat-cepat..ada pulak yang boleh jawab..Oh i don’t answer that kind of question..peergh..
said on February 18th, 2010 at 2:01 pm
peh… susah nak cakap perkara ni… cuma bila ada soalan pastikan ada jawapan….
mancai had an interesting article on ..jadilah kreatif dan unik
said on February 18th, 2010 at 7:48 pm
jawapan perlu kreatif kan bro…hehehe