Apa Ada Pada Tahun Baru?

January 1st, 2010 | 11:10 pm | Admin, Nasional | 769 views | 20 responses

Nyanyi pun sudah, bunga api pun sudah, pekikan dan lolongan dah sudah dan ‘celebrate’ pun sudah. Pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan bagi menyambut kehadiran tahun baru masihi, bukan setakat negara bukan Islam, negara berlabelkan ‘Islam’ juga hebat menyambut kehadiran tarikh keramat setiap tahun ini, malahan lebih hebat dari sambutan maal hijrah/awal muharam yang biasanya hanya diraikan di masjid dan stadium (tu pun sebab pejabat wajibkan atau ada pemberian percuma sepasang baju melayu…buleh buat stok raya). Dan dek kerana hebatnya penangan sambutan tahun baru ini, khutbah Jumaat hari ni juga menyentuh mengenai sambutan tahun baru dari persepektif Islam, di samping membicarakan faktor masa dan bagaimana ruginya Insan yang tidak menghargai masa.

Jadinya apa yang ada pada tahun baru? selain dari membicarakan apa azam terkini dan bagaimana dengan azam yang sudah-sudah. Juga sorotan pelbagai peristiwa pahit dan manis sepanjang tahun terlibat. Dan secara peribadi merasa agak lucu bila setiap orang yang ditemui sibuk mengucapkan ‘happy new year’ kepada kita, jadinya kita pun balaslah juga tanda budi bahasa.

Apa yang pasti munculnya tahun baru bertambahlah usia (sesuatu yang amat sensitif bagi sesetengah wanita, walaupun pada situasi yang lain suka kalau orang panggil mereka kakak), maka bila bertambahnya usia maka kematangan dan pengalaman hidup juga semakin menimbun…semakin banyak GARAM beb!!!

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(20)

  1. 1

    ada rose still hehe

    • 2

      maintain steady rose

  2. 3

    bile byk dpt sms wishing hepi nu yr sy pun tpikir nape perlu wish? awal muharram bos sorang aje yg wish, itu pun i tak reply. kalau raye, taklah rasa pelik..anyhow, out of budi bahasa, this time i reply gaklah sms2 tuh

  3. 4

    actually dah bhari2 i pikir mende nih, thank god i'm not alone..

    • 5

      tu lah pasal….seronok sangat kot

  4. 6

    Umur mungkin juga isu yang sensitif bagi wanita.
    Tapi, bagi saya yang baru berumur 21 tahun ni, saya tak sabar
    nak sampai umur 25 dan ingin kekal 25. hihi.
    Fatin Pauzi had an interesting article on ..Tip Pengguna : Tip Membeli Kereta Terpakai

    • 7

      he he h, boleh jugak gitu pun

  5. 8

    Sebenarnya kalau mahu berazam atau berubah tak perlu tunggu tahun baru namun dari sudut psychology, tahun baru menandakan tamatnya satu perjalanan waktu. Atas sebab itu, ia membantu memberi suntikan semangat kerana seolah-olah kita akan mengharungi satu perjalanan baru dengan semangat yang baru. Salam dan Selamat Tahun Baru.
    Ismail N had an interesting article on ..Chinese Mathematics

    • 9

      Salam bro, semoga terus bersemangat sepanjang tahun

  6. 10

    Setuju dgn Norliza….kenapa tak kita ingati Tahun Hijrah yg sgt significant dgn umat Islam?…

  7. 11

    betul tu..azam tiap2 tahun ada yg br..cumer menjadi realiti atau terkubur sajer azam tu..tp yg pasti umur ttp akn meningkat..huhuhu..
    Sue had an interesting article on ..Bermulanya 2010

    • 12

      ada kaitan dengan hangat-hangat taik ayam tak?

  8. 13

    ada +ve n -ve nya…

    azam n ucapan adalah +ve…sbg motivasi diri n mungkin sbg ingatan utk diri…ucapan yg baik itu tiada salahnya..:))

    yg -ve adalah cara menyambut ketibaan thn baru ni…penuh disajikan dgn hiburan yg agak melalaikan…sibuk nk wat countdown…berkumpul di padang sampai tengah mlm yg menyebabkan maksiat berleluasa…

    • 14

      mungkin banyak pihak gemar memilih untuk meraikan sambutan berbanding rasional dan objektif sebenar tahun baru itu….manusia memang suka keseronokan…

  9. 15

    slmt tahun baru..bg sy tahun br bmaksud pningkatan umo je..haha..bila ada kjadian bgini sy akn sedar sdiri sy dh tua..then mula mrancang sumting yg lebih baik tok ms depan..
    dahlia had an interesting article on ..Masih bernapas…

    • 16

      bagus tu, perancangan perlu daripada awal…

  10. 17

    ye, cuma SESETENGAH wanita je yg sensitif bab umur. ada yg x kesah mcm saya contohnya. terima jelah hakikat bahawa mmg itulah usia kita. harap2 keperibadian dan kematangan pun patut bersesuaian dgn usia. elak dari dikata tua x sedar diri pulak.

    • 18

      heheh…betul tu, bukan takat pompuan, laki pun ada yg umur je tua perangai pun masih budak2…

  11. 19

    salam tahun baru jaz… lama x sembang… ;-)
    izan had an interesting article on ..???????? Mannequin ????????Turut dimuatkan di http://beautynthebeads.fotopages.com dan pelbagai aksi menarik lain di http://affiqizwan.blogspot.com & http://iansham.com/blog

    • 20

      salam Izan, lama menyepi

Leave a Reply