Apa Nak Dibuat Dengan Minolta SRT 101

May 19th, 2010 | 6:30 am | Admin, Fotografi, Global | 658 views | 30 responses

Pagi tadi sambil membantu ibu mengemas rumah dan barangan peribadi peninggalan Allahyarham ayah, ibu memberikan kepada saya sebuah kamera lama yang dibeli oleh Allahyarham ayah saya dahulu dan meminta saya bawa kamera tu ke kedai dan cuba baikinya, kalau masih boleh diguna ibu beri keizinan kepada saya untuk terus menggunakan kamera tersebut. Sekali tengok kamera tu memang nampak kukuh dan tahan lasak.

Bila di belek lama-lama rasa berkenan pulak dengan kamera tu, brand Minolta model SRT 101. Lepas Google dapatlah sedikit info berguna pasal kamera ni. Dah boleh masuk kategori barang antik kerana usianya sudah lebih 25 tahun. Berdasarkan pembacaan saya kamera Minolta jenis SR series ni mula di keluarkan sejak tahun 1959 lagi.

Manakala model SRT 101 ni mula diperkenalkan pada tahun 1966 sehingga tahun 1975 sebelum digantikan dengan model baru. Model SRT 101 merupakan kamera pertama yang menggunakan ‘matrix metering system’ yang  dipanggil ‘Contrast Light Compensator’. Fungsi utamanya membolehkan kamera tersebut mengurangkan ‘underexposure’ atau kawasan gelap di dalam imej dan pada masa yang sama mempunyai kapasiti untuk mencerahkan kawasan-kawasan tertentu di dalam imej.

Kapasiti berkenaan menjadikan Minolta SRT 101 muncul sebagai salah satu kamera paling popular di era tersebut. Di antara ciri dan spesifikasi kamera ni adalah:

  1. Produced – Minolta Camera Co., Ltd., Japan
  2. Film type – 135 (35mm), Picture size 24 x 36mm
  3. Lens – Minolta MC Rokkor-PF 1.7/55mm (7 elements in 5 groups)
  4. Filter size – 49mm screw-in, 52mm slip-on
  5. Shutter – cloth focal plane
  6. Shutter speeds – B-1/1000 (sync at 1/60)
  7. Viewfinder – SLR (fresnel, microprism spot, shutter speeds)
  8. Exposure meter – CdS w/ match needle, button-activated stop-down metering
  9. ASA settings – 6-6400 (!)
  10. Battery – originally 675 1.3v mercury (?) but accepts S76/SR44
  11. Accessory – shoe, PC X and FP Sync terminals, Fast wind lever, Mirror lockup, Aperture preview (push to close, again to open).

Ibu saya beritahu Allahyarham ayah saya beli kamera ni semasa umur saya setahun lagi, maknanya dalam tahun 1975 dia beli kamera ni, dan usianya memang dah nak sama dengan usia saya sekarang, memang barang antik betul ni.

Minolta SRT berupaya menjadikan imej atau gambar yang cukup fantastik, jurugambar terkenal W. Eugene Smith juga menggunakan kamera ni untuk hasilkan gambar popularnya Minamata photographs. Balik kepada asasnya, yang penting dalam fotografi ni adalah jurugambarnya, bukan kamera.

Zaman sekarang ni orang dok sibuk gunakan DSLR, dalam fikiran saya sekarang ni cadangnya nak cuba baiki dulu kamera ni, tengok setakat mana keupayaannya dulu. Mana tahu dapat hasilkan gambar yang berkualiti. Tak pun simpan lagi kamera ni, biar umurnya cecah 5o tahun, lagi klasik lagi tinggi nilainya kot :D

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(30)

  1. 1

    antik antik ..
    artikel terkini dari .::wanie::.: Jangan Potong Bang !

  2. 2

    arwah ayah pon ade tinggal satu kamera antik gak.ntah hape jenis.tapi da xdpt gune sbb lens ade probs.huhu

  3. 3

    Baik disimpan utk kenangan…aik pasal reader turun?

  4. 4

    kalau nak jual ni mesti harga meletup. antik gila ni.
    jual kat ebay US. tengok brapa orang sanggup bayar
    artikel terkini dari zahida: Selamat Hari Guru seMalaysia

  5. 5

    Kamera antik memang ramai cari.. tapi kene jual mahal la hehe
    artikel terkini dari Syafrizal: Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader

  6. 6

    wah..ini simpan ada rege ni..bape megapixel ek kamera ni? tapi plai film la plak..
    artikel terkini dari pawaka19: Kereta Polis Mewah Dalam Bencana

  7. 7

    mentua sy pun ada satu, hari tu dia tunjuk pada saya dan siap offer pada sy nak guna ke tak…

    tp sy tak pinjam pun.hohohoo
    artikel terkini dari mijie: Duit Hasil Blogging

  8. 8

    salam..
    bayk brul miss posting nie..huhu
    ada camera bgus sb dapat merakam saat2 yang indah bsma yg tsayng ;)

  9. 9

    salam minta jasa baik supaya simpan tuan, jangan jual..classic tu.
    artikel terkini dari Brother One: Tanah aku di Waqaf menjadi surau?

  10. 10

    nilai mesti tinggi tu, barang antik tu..
    susah nak cari dah sekarang ni.. :)
    artikel terkini dari Mr.Z: Haram Tetap Haram. Lesen Judi Bola Sepak Telah Diluluskan?!

  11. 11

    Aku rasa, guna kamera antik ni mesti boleh tangkap gambar hantu.. hehehehe…
    artikel terkini dari AirielKayz: Wallpaper: Ideas Wallpapers

  12. 12

    wah, ada brang2 antik ni baiki dan simpan je..kenangan tu..
    artikel terkini dari serol: Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar)

  13. 13

    woh..kagum melihatnya! cantik gambar yg di ambil..buat hati geram saja!

  14. 14

    Memang barang antik dah ni.. bagus juga buat kenang-kenangan..

  15. 15

    kat sini senior yg otai slr semua cuba alaih minat kepada kamera filem
    ahaa
    adakah camera filem ni satu gelombang baru?
    artikel terkini dari joegrimjow: review blogger (3) : blog bukan melayu yang best!

  16. 16

    Suka saya ada yg lebih antik dari saya!

  17. 17

    kalau tak mau bagi sini la..keke
    artikel terkini dari Azizuan: Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita

  18. 18

    bermula dengan lagu lama kemudian kisah modem lama terkini kamera antik !!! :)
    artikel terkini dari sangilapi: impian aku

  19. 19

    wah klasik betul ni… sendiri punya ke bro?

  20. 20

    Memang cukup antik..nanti kalau boleh repair..bro try la amik gambar dan share kat sini..hihi..
    artikel terkini dari hafizmd: Kenapa manusia makin ‘lupa’ dan ‘buta’

  21. 21

    wah ni ada yang sanggup nak ambik dengan harga 6 ribu ni……
    artikel terkini dari ishak: Cantik betul layout blog aduka taruna ni

  22. 22

    kagum~
    sentimental value sangat tinggi
    kat rumah ni dah takde kot barang antik lagi
    artikel terkini dari mokteh: Manusia Zaman Millennium Semakin Buas

  23. 23

    jual ni mau riban2 dpat..antik..:)

  24. 24

    mmg oldskool la
    susah nak jumpa tu

  25. 25

    dah rosak ke? kalao elok lg. rasa2 nk jual sila2 contact

  26. 26

    lagi lama lagi berharga….
    artikel terkini dari zik: Adab berzikir

  27. 27

    Memang kalsik,kene jaga elok-elok tu bro
    artikel terkini dari wazy: Maybank2u Atau Spam2U ?

  28. 28

    bro..menda neh nampak kat otai photographer ..mesti diorang angkat..antik neh ..
    artikel terkini dari marki: Bukti kejayaan MLM (Multi Level Markerting)

  29. 29

    jangan jual… saya la kamera ni… value tu ada..
    artikel terkini dari Amir: Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Apa Nak Dibuat Dengan Minolta SRT 101 -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini