April’s Review: 10 Blogger Paling Steady
May 1st, 2010 | 2:22 pm | Admin, Blogging | 978 views | 57 responses
Salam 1 Mei, pastinya semua sedang menikmati cuti hujung minggu dan cuti hari pekerja dengan selesa sekali. Sambil dok bersempoi dan bermalasan di rumah saya sudah selesai buat review secara ringkas mengenai prestasi blog myjazmanie.com ni bagi sepanjang bulan April. Bagi saya review secara bulanan ni penting untuk kita sebagai pemilik blog untuk buat ‘housekeeping’ dan kenalpasti di mana kekuatan dan juga kelemahan kita dalam bidang penulisan blog.

Blog entry
Sepanjang bulan April lepas, saya sudah menulis sebanyak 47 blog entry dalam 12 kategori yang blog ni ada. Jadinya secara purata 1.566 artikel sehari. Ringkasnya:
- Blog entry paling hangat adalah berkaitan konsert double trouble di SINI dengan hit sebanyak 4,535 dan telah di FB Share sebanyak 305 kali oleh pelawat; dan
- Blog entry paling tidak popular pulak adalah berkaitan sekitar majlis makan selepas habis exam di SINI dengan hit sebanyak 205 sahaja.
Berdasarkan perbandingan tu, dapat saya rumuskan bahawa untuk dapatkan hit yang menarik minat pelawat yang datangnya dari Search Engine, tajuk entry tu perlu tepat dan bersifat universal. Dalam konteks ini, populariti kumpulan search dan wings dalam Malaysia ni memang tidak boleh dinafikan lagi dan memberikan kelebihan apabila digunakan sebagai tajuk entry blog.
Manakala blog entry paling tidak popular pula adalah terlalu fokus kepada kumpulan sasar tertentu sahaja. Dalam kes ni entry yang saya buat tu adalah khusus untuk rakan-rakan sekuliah isteri saya dan tidak menarik kepada pelawat-pelawat lain.
Pelawat dan hits
Berdasarkan rekod Advanced Web Statistics 6.9 (Awstats) dalam cpanel yang saya gunakan, blog ini mencatat visits sebanyak 26,952, pageview sebanyak 109,270 dan hits sebanyak 1,157,252. Manakala rekod unique visitors pula dicatatkan sebanyak 14,245 berbanding 10,986 pada bulan Mac lepas. Manakala Statpress WP plugin pula menunjukkan sebanyak 1,17,312 spiders crawl dan feeds crawl sebanyak 5,821.
Blogger Paling Steady
Dengan menggunakan Top Commentator Plugin, kita dapat mengesan pelawat yang paling banyak meninggalkan komen di blog kita. Bagi bulan April 2010 tu, saya setkan maksimum 10 pengomen paling banyak di blog ini seperti dalam gambar disebelah. Semuanya Hensem dan cantik belaka kan
.
Mereka semua ni saya anggap sebagai blogger paling best dan paling steady yang sentiasa menghidup dan memeriahkan blog saya yang merapu dan rojak ni.
Mereka ni boleh dikatakan menjenguk blog ni setiap hari dan menyumbang kepada trafik blog ni. Terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen dan ketekunan korang semua. 8 jejaka tampan dan 2 wanita bergaya tersebut adalah Framestone, zik, Nadri, Suri, Azizuan, Mus, wanie, Amir, imran dan ishak memang paling steady dan baik hati.
Pada masa yang sama pelawat paling best blog ni adalah pn izzan aufa juga sentiasa memeriahkan suasana blog ni dengan komen-komennya yang berbagai-bagai.
Namun demikian, selain daripada 10 yang terbanyak beri komen kat atas ni, saya juga amat berterima kasih kepada anda dan kawan-kawan blogger yang lain yang turut melawat dan meninggalkan komen di blog ni, senarai lengkap semua blogger yang saya hormati dan kaguminya semuanya ada di Blogroll saya yang sentiasa dikemaskini setiap hari.
Saya sentiasa berpegang pada kata-kata, tanpa pelawat dan rakan blogger, apalah sangat dengan blog yang ada. Untuk bulan Mei saya setkan supaya top commentator jadi 15. Kalau boleh nak buat lagi banyak tapi pasal space di sidebar dah tak cukup…
Ranking
Salah satu benda yang perlu di review juga berkaitan dengan ranking Alexa dan Google PR. Google PR memang dah dikemaskini dan tak tahu bila pulak next updanya manakala Alexa Traffic rank sudah mencatatkan 211,916 setakat hari ni dengan kedudukan ke 700 Traffic Rank di Malaysia. Nak tengok sejauh mana benda ni boleh pergi dan apa kesannya.
Keseluruhan
Secara keseluruhan selepas masuk bulan ke 13 blog ni beroperasi sudah nampak peningkatannya, bergantung kepada ‘content’ dan apa yang dibincangkan dalam blog. Asasnya blog ini tidak meliputi skop yang popular seperti politik dan dunia artis, sebaliknya lebih kepada personal blog yang membicarakan hal berkaitan society dan humanity dalam perspektif yang tersendiri.
Saya juga sebenarnya ada mengesan beberapa blogger yang bukan setakat copy paste kandungan artikel dalam blog ni tanpa sebarang rujukan malahan siap dengan gambar-gambarnya sekali. Plugin Statpress yang saya gunakan dapat mengesan mereka-mereka ni. Nak kata budak-budak rasanya dari gaya blog semuanya sudah dewasa dan berkerjaya. Nak ditegur kasihan takut bantutkan semangat mereka untuk berblogging. Saya beranggapan mereka ni masih baru dan belum terdedah sepenuhnya dengan dunia blog secara sihat. Buat masa ni saya menggunakan pendekatan tunggu dan lihat serta berikan peluang untuk mereka sedar kesilapan yang mereka sudah lakukan.
Walau apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memeriahkan blog ni, majulah blog untuk negara
.














said on May 1st, 2010 at 2:36 pm
huhuhu…Azizuan tu member skolah aku…
artikel terkini dari Armyrule: Contest : Mencipta Cover Album MusixHeaven
said on May 1st, 2010 at 8:43 pm
wah..satu kapal lah tu
said on May 12th, 2010 at 4:11 am
keke..lambat sampai post ni..dok mendaki slow2..tenet lembab + bizi + macam2..list kat google reader tuh berderet..haha
P/S: susah2 ja ckp tampan..malu la..hahahha
artikel terkini dari Azizuan: Ukur Populariti Blog Dengan Popuri
said on May 1st, 2010 at 5:27 pm
content yang disediakan amat bagus..saya pun suka melawat blog ini..cuma kadang2 tak tau nak komen apa bila keadaan agak kelam kabut..
artikel terkini dari wanwma: Membina Syurga, Bukan Neraka (Sambungan Artikel Lebih Senang Untuk Berzina Dari Berkahwin?) #3
said on May 1st, 2010 at 8:47 pm
wow tima kasih…, meh la jenguk lagi
said on May 1st, 2010 at 5:59 pm
Payah nak cari info untuk dijadikan content dalam blog, pening kepala juga pikirkan!
Pojie selalu gak dtg sini sejak akhir² nih, cuma tiada butang follower untuk Pojie mengikuti update la..
Love,
PojiePooh Abdullah
artikel terkini dari PoJiePooH: Pojie demam…
said on May 1st, 2010 at 8:50 pm
tima kasih pojie jenguk kat blog ni.. dialu-alukan
said on May 1st, 2010 at 6:07 pm
tahniah2. hehehe
yg ptg dapat berkenal2 dalam blog ni
Latest: Kantoi Aku Meminati Seseorang - PART I, PART II
artikel terkini dari Luffy: KANTOI AKU MEMINATI SESEORANG (II)
said on May 1st, 2010 at 8:56 pm
betul tu…lebarkan networking dan kenalan
said on May 1st, 2010 at 8:01 pm
mmg betul2 steady
said on May 1st, 2010 at 8:58 pm
steady sokmo
said on May 1st, 2010 at 8:09 pm
waa..saye sudah xbizi di bulan mei..
maka saye akan menjadi blogger steady di bulan mei ini..hehe
said on May 1st, 2010 at 9:00 pm
molek tu..mungkin lepas ni boleh bagi cenderhati pulak kans
said on May 2nd, 2010 at 2:08 pm
waa..best tu dapat cenderahati iklan percuma pun best nih..hehe
said on May 1st, 2010 at 8:58 pm
wah..aahhaha,aku pun ada juga..hehehe,terima kasih..aku dah tiga hari tak dapat masuk blog ni..line slow + theme blog aku ada problem sedikit..sebab tangan aku gatal sangat ubah..theme tu heheh…
said on May 1st, 2010 at 9:12 pm
bro ishak kan memang steady…rasanya ada terbaca yg kabel tm kat bawah laut tu rosak, tuh yg line agak slow sikit sekarang, reroute la kot
said on May 1st, 2010 at 9:17 pm
yang penting original hehe..
google suka artikel yang original
dan ini menyebabkan blog kita dapat trafik dari search engine..
nak lagi best guna Google Keyword tool
artikel terkini dari Syafrizal: Paramaria Plus: Penyelesaian masalah haid wanita
said on May 2nd, 2010 at 1:03 am
betul tu bro, nak kena tackle search engine tu
said on May 1st, 2010 at 10:01 pm
antara blog yang rajin update dan sudi membalas komen pelawatnya serta membuat kunjungan balas sambil meninggalkan komen
artikel terkini dari sangilapi: bulan kelahiranku
said on May 2nd, 2010 at 1:04 am
networking bro..networking hehehe
said on May 1st, 2010 at 11:18 pm
Bulan April tu hampir setengah bulan saya tak aktif blogging..
kena menghadap kerja-kerja yg perlu diutamakan..
artikel terkini dari kulanz: Mari Bersama Perangi Rasuah
said on May 2nd, 2010 at 1:05 am
kerjaya dan karier perlu diutamakan dulu bro…saya tak per pasal full time student..hehehe
said on May 1st, 2010 at 11:33 pm
semoga terus succes. Content power dan steady.
said on May 2nd, 2010 at 1:05 am
sama-sama kita berjaya
said on May 2nd, 2010 at 12:15 am
yang 1st tu memang steady…heheh
artikel terkini dari ReD: ~ CUBAAN MELAYARI INTERNET MENGGUNAKAN CELCOM BROADBAND VIA HANDPHONE~
said on May 2nd, 2010 at 1:06 am
yg ist tu sejak dari tahun 2007 lagi hahaha
, memang betul2 steady
said on May 2nd, 2010 at 12:35 am
steady bro, semoga blog bro terus maju..majulah blogger Malaysia..
artikel terkini dari Mr.Z: Membeli Pakaian Berjenama Atau Biasa?
said on May 2nd, 2010 at 1:06 am
meh sama-sama maju hehehe
said on May 2nd, 2010 at 1:04 am
47 entry dalam sebulan? ko memang klas bro..tabik hormat la..
artikel terkini dari PisangPanas: Dapatkan Akaun Google Adsense Sepantas Kilat
said on May 2nd, 2010 at 7:23 am
time aku naik ‘stim’ nak buat entry..hahaha
said on May 2nd, 2010 at 1:34 am
terima kasih bro diatas credit …. mana yang termampu, insyallah akan selalu support bro,…. macam susah je nak dapat paling steady bulan nie..pesaingan dan makin hebat nie….
artikel terkini dari zik: Selamat hari buruh 2010!
said on May 2nd, 2010 at 7:24 am
sama-sama bro zik…bro zik memang steady
said on May 2nd, 2010 at 2:42 am
respek dengan gaya etomyam,relax walaupon ada orang melakukan plagarism..ini mmg xdpt dielakkan sebagai blogger berpengaruh..hope bro tomyam segera memberi amaran..
artikel terkini dari pawaka19: Al-Kisah sepasang kasut / selipar dan dot dot dot….
said on May 2nd, 2010 at 7:25 am
aku tak nak stress kan diri sendiri marahkan deme tu….selagi bandwidth aku tak tergugat hehehe
said on May 2nd, 2010 at 2:55 am
rajin bro jazmanie update artikel banyak2 dalam sbulan. saya tak mampu la nak buat cmtu. hehe..
artikel terkini dari Amir: Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan ke IPTA 2010
said on May 2nd, 2010 at 7:26 am
aku banyak masa free kat sini hahaha
said on May 2nd, 2010 at 8:19 am
uhu…macam laporan prestasi bulanan je nih…hahaha..
artikel terkini dari mizzura: Free Ticket : When In Rome !!
said on May 2nd, 2010 at 10:26 am
sebijik walau tak sama hahaha
said on May 2nd, 2010 at 9:24 am
alexa ranking bro baguih eh
huhuhuhu
artikel terkini dari .::wanie::.: Pukul 1 pagi.
said on May 2nd, 2010 at 10:27 am
kawan2 jugak yg tolong tu
said on May 2nd, 2010 at 11:13 am
ehhh nama sy ada??? ala…jgn la mention en jaz…malu….hehee
may Allah bless u n ur family..amiin
thanx..
said on May 2nd, 2010 at 12:55 pm
mesti mention..sesape yang baik hati dan menyumbang kepada blog ni patut dihargai
said on May 2nd, 2010 at 12:39 pm
ini antara blog yang aku suka lawat dan baca postnya… Cuma tak pandai nk komen apa… Great job bro..salute….suka dengan gaya penulisan bro…. santai tetapi berinformasi..
p/s: knp blog aku N/A kat Google PR ye? hu hu hu…
satu lg nk tnya..aku ni newbie WP, tak tau nk buat notify of followup comments tu…mcm ne ye?.. hehehe. jangan marah bro tomyam…bertnya je..
artikel terkini dari AirielKayz: Gambar: Bila Gorilla Lapar….Najis Pun Jadi
said on May 2nd, 2010 at 12:59 pm
wah..steady tu
mungkin belum di index lagi kot…dah sumbit url kat google kan?
yang notify email tu pakai plugin, kalau tak silap subscribe to comment kat sini http://wordpress.org/extend/plugins/subscribe-to-comments/
said on May 2nd, 2010 at 3:10 pm
blog bro ni da jd inspirasi bg aku..sentiasa berupdte dgn maklumat yg mnrik dan berguna..cuma line internet je meghlang utk bwalking dan komen entri kawan2..bace je yg mampu..tu pon klu lps..hehe
said on May 2nd, 2010 at 6:26 pm
wah..tima kasih bro…., bro azizan4444 memang banyak menyumbanh traik ke blog ni
said on May 2nd, 2010 at 7:17 pm
bro, ade brite baik, cube tengok entry esok ek
hehe
jgn terkezut
artikel terkini dari joegrimjow: ironman dan entry terakhir pasal buang bayi… mungkin?
said on May 2nd, 2010 at 9:26 pm
wow..pastinya menarik hahaha
said on May 2nd, 2010 at 10:53 pm
he..23x mati aku kalau disuruh wat perbentangan prestasi blog ku..
artikel terkini dari Bro Framestone: Hujung Minggu Bro di Ipoh
said on May 3rd, 2010 at 2:11 am
boleh goreng punya
said on May 3rd, 2010 at 12:54 am
Blog ni pun cool dan steady gak bro
artikel terkini dari wazy: Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010
said on May 3rd, 2010 at 2:12 am
sentiasa maitain dan steady:D hahaha
said on May 4th, 2010 at 3:13 am
wah…best gak dapat gelaran blogger steady tu…
best gak tgk pencapaian en etomyam
perjalanan mokteh ni masih jauh lagi nak sampai tahap tu
artikel terkini dari mokteh: Finally at Home: Home Sweet Home!
said on May 4th, 2010 at 8:27 am
blog saya yang buruk itupun ada juga orang copy paste…
nak buat macam manakan..kadang2 sy gi komen je artikel copy paste tu, hohohoho
said on May 4th, 2010 at 1:58 pm
updating yang tak dapat nak diikut sepenuh masa oleh aku… tapi tetap akan aku baca setiap yang tertinggal… respek la bro mana2 blog mesti di balas komen balik rasanya tak tertinggal oleh bro…
said on May 4th, 2010 at 5:04 pm
salam..hurm ada credit utk suri jugalah…heheh
suka singgah sini sbayk pelbagai perasa ilmu ada disini..
dari cerita pasal dunia berblog, luar dan dlm ngra pun ada di sini..
moga2 blog mr one aka trus maju lagi
artikel terkini dari suri: Sakit, Adakah Itu Hadiah Buat Kita??