Bagaimana Untuk ‘Dual Boot’ Windows XP Bersama Windows 7
Posted by etomyam on 06-02-2010 | 586 views so far | Posted in Admin, Blogging
14
Pada masa ini saya juga sedang menguji dan bermain-main dengan sistem operasi terbaru Microsoft iaitu windows 7 yang baru dilancarkan secara rasmi dalam beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini saya cuba menggunakan sistem operasi Windows Vista namun kecewa dengan sistemnya yang agak tidak ‘user friendly’ menyebabkan saya bertukar semula kepada Windows XP.
Setelah meneliti dan membaca beberapa review mengenai Windows 7 seperti di sini, sini dan sini, saya mengambil keputusan untuk mencuba sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini dan ternyata secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi Windows 7 berbanding dengan Windows Vista sebelum ini, boleh saya katakan di sini Windows 7 merupakan penambahbaikan terbaik oleh Microsoft dalam era ICT kini.
Dan sebenarnya kepada sesiapa yang masih lagi was-was ataupun takut untuk mencuba Windows 7, bagi saya ianya satu persepsi yang silap. Sepanjang lebih kurang 3 minggu saya bermain-main dengan aplikasi Windows 7 ternyata sistem operasi ini memang memuaskan hati.
Berbalik kepada tajuk asal entri kali ini adalah bagaimana anda sebenarnya boleh mencuba untuk ‘dual-boot’ windows XP anda yang lama bersama-sama dengan Windows 7 yang baru. Dual boot ini biasanya dilakukan oleh pengguna untuk mencuba terlebih dahulu kesesuaian sesuatu sistem operasi untuk kegunaan mereka. Saya berjaya ‘dual-boot’ laptop Dell 1420 inspiron dan juga desktop PC saya tanpa menghadapi sebarang masalah. Rujukan utama yang saya gunakan adalah di sini.
Sebagai permulaan, sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membuat ‘dual-boot’ PC atau laptop anda dengan Windows XP dan Windows 7, perkara asas dan wajib yang anda perlu ada adalah seperti berikut:
Aplikasi Disk Partition
Fungi utama aplikasi ‘disk partition’ ini adalah untuk membuat partition terhadap hard disk laptop/komputer anda. Dengan cara ini anda boleh ’set’kan berapa kapasiti dalam GB yang anda rasa sesuai untuk kedua-dua sistem operasi ini perlukan. Saya suka menggunakan aplikasi Norton partition Magic 9.0 yang cukup mudah untuk kita selaraskan berapa bilangan ‘drives’ yang kita perlukan dalam hard disk kita, sebagai contoh saya mengunakan 4 drives dalam hard disk saya iaitu C untuk windows XP, D untuk Windows 7, E untuk simpanan data dan F untuk simpanan lain-lain utiliti.
Windows 7 DVD installer
Untuk memasang Windows 7 sudah pastinya kita memerlukan DVD installer untuk Windows 7. Anda boleh dapatkan DVD tersebut dikedai-kedai komputer berhampiran tempat anda ataupun sedikit carian dalam Google berkaitan ‘torrent’ mungkin boleh membantu anda. Walau apa jua situasi, penggunaan DVD yang asli adalah yang sebetulnya dan tindakan paling tepat.
Aplikasi iso burner atau extractor
Anda memerlukan aplikasi iso ‘burner’ atau ‘extractor’ ini sekiranya secara kebetulan anda mempunyai fail berkaitan Windows 7 yang perlu diburn atau di’extract’kan sama ada ke dalam DVD atau thumbdrive (dengan kapasiti thumbdrive 4GB atau 8GB ). Secara asasnya fail iso boleh di ‘extract’ kan ke dalam thumbdrive sahaja. Untuk tujuan ini saya suka mengunakan perisian Magic iso yang cukup ‘user friendly’.
Easy BCD Software
Fungsi software ini adalah untuk mengawal boot manager selepas selesai pemasangan Windows 7 dalam komputer ini, melalui persisian ini pengguna boleh mengawal sistem operasi mana yang pengguna inginkan sebagai sistem utama sesebuah komputer, juga boleh mengawal aktiviti ‘dual boot’ mengikut keperluan pengguna itu sendiri.
Ya, memang tidak banyak keperluan dan ringkas sahaja, saya hanya memerlukan masa tidak sampai 45 minit untuk melaksanakan prosedur ‘dual booting’ ini dengan menggunakan Dell 1420 inspiron laptop dan juga desktop PC saya (intel core-duo procesor). Dan apa yang menarik saya tidak perlu lansung untuk ‘install’ perisian lain selepas memasang windows 7; sound, display,chipset dan sebagainya semuanya di install secara automatik oleh windows 7. cukup mudah dan tidak perlu risau.
Entri ini menerangkan keperluan asas untuk melaksanakan ‘dual-boot’, dalam entri berikutnya saya akan berkongsi prosedur dan kaedah paling ringkas dan mudah untuk melaksanakan proses tersebut.














December 2, 2009
Huhuhu~
tak sempat lagi nak install Windows 7~
Lord Zara had an interesting article on .."Tutup Mata Kamu Dan Aku Akan Cium Kamu" : Dikatakan Sebagai Penyiasat Kesepian Apabila Si Merah Mendendangkan Lagu Yang Saling Bercanggah.
December 4, 2009
tak pe, take your time
December 4, 2009
Jaz yang ori berapa harganya?
December 4, 2009
kalau kat low yatt tu bulan 11 dulu harga utk Windows 7 Ultimate RM903…professional RM855
February 6, 2010
aku masih mengguna XP
Melz had an interesting article on ..Wishlist | 2010 | Blog Penuh Informasi
February 6, 2010
tak pe..slow2 kayuh bro hehehe
February 6, 2010
aku dah gn windows 7 sejak BETA, pas RC & skrg RM13 pya wndows 7..hehe
dulu bt gak dual boot, tp ntah cmna t’slah proses ms bt disk partition, wndows xp trus corrupt xleh boot..
afizzat had an interesting article on ..Kenapa Kita Berblogging
February 6, 2010
oh ye ke….ada la termiss satu step kot…hehe
February 7, 2010
aku pernah guna Windows7.. mmg tidak mengecewakan!!
February 8, 2010
puas hati kan bro…senang banyak…
February 8, 2010
salam en. tomyam..
rasa lapar lak bila taip nama tomyam. hehehhe..
kina baru je beli laptop yg mmg dah sediakan windows 7..masih dlm menyesuaian..sblm nie guna XP je. rasa mcm susah je….adesss…
kinakoyu had an interesting article on ....:: Pretty Zaza Baby Face cOntest ::..
February 8, 2010
tak pe, lama-lama jadi senang….apa lagi masak tomyam la mlm ni..hehe
February 9, 2010
boleh ke guna vista & win 7 sekali??
imran had an interesting article on ..Panduan Waktu Solat
February 9, 2010
x perlu vista n win 7, pasal tu mende sama je, tapi kalau win 7 dengan Win Xp ok, pasal ada certain softwares Win 7 masih x berapa lasak berbanding Win XP