Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

June 18th, 2010 | 4:15 am | Admin, Nasional, Updates | 2,907 views | 16 responses

Kemaskini dan maklumat terkini mengenai Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 atau Banci 2010.  Jabatan Perangkaan akan menyelaras pelaksanaan Banci 2010 yang akan bermula 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 yang akan melibatkan sembilan juta tempat kediaman dan membabitkan kira-kira 29 juta penduduk Malaysia dengan anggaran 7.3 peratus daripadanya adalah warga asing.

Banci penduduk dibuat setiap 10 tahun dan Banci 2010 ini adalah banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963, banci terakhir dijalankan di kalangan penduduk Malaysia adalah pada tahun 2000.

selain daripada kaedah sedia ada, Jabatan Perangkaan yang menjalankan Banci 2010 turut memperkenalkan kaedah terbaru pembancian iaitu secara dalam talian (online) atau e-census.

Secara ringkasnya kaedah pembancian banci 2010 akan dilaksanakan secara tiga kaedah:

1. Temuramah bersemuka;
Pembanci akan melawat ke setiap tempat kediaman untuk menemu ramah penduduk bagi mendapatkan maklumat

2. Pengisian sendiri atau Drop-off and Pick-up
Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan. Pembanci akan kembali pada tarikh yang dipersetujui untuk mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi

3. e-census (online).
Responden boleh mengisi soal selidik secara online melalui laman web Jabatan Perangkaan. Butir-butir Pengenalan (ID) akan dibekalkan dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengakses ke sistem e-Census.

Jabatan Perangkaan juga telah mewujudkan satu page khas mengenai Banci 2010 di Facebook di Banci2010_Census2010. Seramai 26,000 pembanci sambilan dan 3,000 penyelia akan terbabit bagi Banci 2010 ini.

Elok jugak kalau sudah ada sistem banci online ni, mudah dan menyenangkan pengguna.

Rujukan dan sumber bacaan lanjut di http://www.statistics.gov.my/.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(16)

  1. 1

    sokong cara online ni
    cuma peratus penglibatan mungkin kurang – tambah pula kalau internet lembab
    artikel terkini dari tehr: Wanita Pohon Semalu

    • 2

      harap internet tak der masalah sepanjang tempoh tu :D

  2. 3

    salah satu penambahbaikkan untuk jabatan perangkaan, sebagai alternatif kepada semua isi rumah yg bekerja, laki bini kerja, so kat rumah takder org, boleh isi online
    artikel terkini dari mijie: Tutorial pasang feedburner di blog anda

    • 4

      betul tu bro :D

  3. 5

    nasib baik org asing je yg korang akan temu nanti.. kalau nasib baik korang jumpa makhluk asing..hehehe.. kalau org asing tu kena banci jugak ke?

    • 6

      termasuk dalam perkiraan jugak :D

  4. 7

    cuma diharapnya kalau online tu, boleh lah dilaju2kan speed nak view nya :)

    • 8

      harapnya gitulah :D

  5. 9

    huhu.. harap2 family ak x lupakan ak skali.. kui3
    artikel terkini dari kyo_9: K’naan

    • 10

      hahaha..tak kan di lupakan di perantauan :D

  6. 11

    risau time 2macam ni ada org akan mengambil kesempatan pula…

    cam kt kg nnti org2 dah tua nnti di perbodohkan pula olh org yg tdk bertanggungjwb..huhu

  7. 12

    7.3% warga asing ? rasanya mau lebih tu :)
    artikel terkini dari sangilapi: kembali

  8. 13

    takut ada yg menyamar jd pembanci…pastu mcm2 kes pulak nanti…harap semuanya akan dilindungi…

  9. 14

    sa tda tinggal ngan fmly so,kalu fmly sa kna banci..sa di kira sekali ke???

  10. 15

    amacam nk isi banci online ni ea???

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini