Bapak Asthma Anaknya Asthma Jugak?

January 22nd, 2010 | 11:45 am | Admin | 644 views | 8 responses

Sememangnya setiap malam penulis ini tidur agak lewat, lebih kurang jam 2 atau 3 pagi setiap malam. Di samping menyiapkan tugasan kuliah yang bertali arus pada masa yang sentiasa ‘standby’ dengan keadaan anak lelaki penulis yang telah disahkan mengidap athma semenjak berusia 3 tahun lagi. Di awal kena serangan athma anak penulis yang baru berusia 3 tahun pada masa tersebut akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan tercungap-cungap, dan mukanya akan pucat dengan keadaan badan berpeluh-peluh.

Memang terasa agak panik dan biasanya penulis akan membawa anak ke Bilik kecemasan hospital yang nasib baik hanya terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari rumah. Di awal-awal serangan athma dahulu boleh dikatakan hampir setiap malam anak tersebut mengalami athma dan akan diberikan ‘nebulizer’ oleh pihak Bilik Kecemasan, sehingga sebahagian besar daripada petugas di bilik berkenaan sudah mengenali anak penulis, bila nampak muka kami je tak payah daftar dahulu, sedut dahulu daftar kemudian.

Doktor yang merawat anak penulis juga menjelaskan beliau tidak boleh memberikan ‘inhaler’ pda masa tersebut kerana anak penulis masih terlalu kecil untuk menggunakan alat itu, sehinggalah apabila anak tersebut berusia 4 tahun baru dibekalkan dengan ‘chamber’ khas untuk menyedut ventolin apabila berlakunya sesak nafas. Jadinya sekarang ini penulis tidak perlu lagi berkejar ke Bilik Kecemasan apabila anak diserang athma sebaliknya menyiapkan ‘chamber’ dengan ventolin untuk disedut oleh anak.

Penulis juga sedar serangan athma kepada anak berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi, mungkin faktor cuaca yang sejuk di awal pagi, namun ada juga serangan berlaku diwaktu siang atau awal malam, bergantung kepada aktiviti dan permainan yang dilakukan oleh anak penulis. ye lah, bebudak bukannya dia nak dengar orang tua pesan supaya jangan bermain terlalu kuat, lagipun biarkan anak bermain untuk meningkatkan pembesarannya.

Penyakit Asthma adalah suatu penyakit kronik yang menyerang saluran pernafasan pada paru-paru dimana terdapat peradangan dinding rongga bronchiale sehingga mengakibatkan penyempitan saluran nafas yang akhirnya seseorang mengalami sesak nafas. Penyakit Asthma di laporkan paling banyak ditemui di negara maju, terutama yang paras pencemaran udaranya agak tinggi yang mungkin berpunca dari asap kilang, kenderaan ataupun habuk. Fungsi utama ventolin inhaler adalah untuk meredakan penyempitan saluran pernafasan tersebut seterusnya menahan pesakit daripada terus sesak nafas.

Setakat ini penyebab utama penyakit athsma belum diketahui secara pasti walupun telah banyak kajian dilakukan oleh para pengkaji. Faktor keturunan jugak dikatakan penyumbang kepada berlakunya penyakit ini. Memang diakui penulis juga semasa kecil turut mengidap asthma, tapi tidaklah seteruk yang anak penulis alami, zaman penulis dahulu hanya diserang asthma sebulan atau dua bulan sekali.

Pada zaman tu, tidak ada lagi nebulizer mahupun chamber ni, bila terkena serangan asthma, yang biasanya di waktu awal pagi, arwah ayah penulis akan membawa penulis ke klinik desayang berdekatan dan penulis akan disuntik dengan sejenis ubat yang perlu dimasukkan ke dalam badan secara perlahan-lahan, terpaksalah menunggu lebih kurang 30 minit hingga 45 minit untuk pastikan ubat tersebut betul-betul masuk sepenuhnya dalam badan. Zaman sekarang dah senang.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    Shareen…memang dia x suka milo, minuman ais pun x suka, ais krim sekali-sekala je, memang agak sayu kalu tgk dia masa kena serang teruk, sampai berair mata n kekadang terkencing, kesian betul..serangan tu kejap je, lepas sedut ventolin terus ok…entahlah bila boleh hilang

  2. 2

    jangan bagi makan coklat, milo dsbnya, dan juga makanan ringan..

  3. 3

    tu lah, cuba elakkan, tapi memang dia kuranng makan menda2 tu..kecuali aiskrirm

  4. 4

    get well soon little hero….:)) (xtau nama..)

  5. 5

    mirza….kena letak asthma kat belakang nama keluarga kalau gitu hehe, aku dulu hilang sejak umur 14 tahun baru betul2 stop, tapi org ckp lepas 40 nanti dapat balik..huhuhuIzzan…..tima kasih, member tu siang ok jer, lepas tido jam 12 mulalah batuk2

  6. 6

    huhu..aku pun asthma jaz…inhaler tu every time kena ada dlm hand bag aku…kat rumah ni pun..ada spare at every corner…heheh….takderlah every corner..kat dlm bilik jer…family aku mak, adik, ngan aku ada asthma ni..ni kira penyakit keturunan la..kalau balik kg berkumpul adik beradik sebelah mak aku lg kelakar..boleh kata semua ada inhaler..kaler jer lain2…purple, coklat..ha mcm2…siap jd bahan lawak lg antara kami sbb bila masing2 over gelak..masing2 boleh kena attack..ha time tu semua sibuk keluarkan inhaler masing2…hehe…tulah dlm2 keadaan masing2 dengan penyakit asthma ni ..we still lead this life happily…hehe…jgn risau..org kata kalau kecik2 ada asthma..dah besar boleh hilang…

  7. 7

    cakap pasal asthma nie..macam kata nor liza ti jgn bagi minum milo.i realised sbb my son tak henti2 batuk banyak lendir for sometimes n kata doc macam nak kena asthma.But my family tak ade history asthma pulak.I think i will avoid my son taking milo for the meantime .Kekadang hati ini rasa pedih sgt bila dengar batuk dia esp bila mlm..and ade siapa2 yg tau kalau nak hilangkan lendir tu macamana??

  8. 8

    Jaz..kalau bende2 yg membawa kepada asthma tu dia tak ambik meaning memang dia ade asthma betul..Kalau ade dengar org yg pandai mengubat better try..manatau insallah bolih baik.

Leave a Reply