Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri
February 28th, 2010 | 6:07 pm | Admin | 1,059 views | 41 responses
Hari Ahad sepatutnya rilek dan sempoi, hari untuk bersantai dan suka ria, tapi hari ni aku sibuk sikit sejak awal pagi lagi, sibuk menaip assignment bini tersayang yang nak kena hantar esok, adoilah. Walaupun sebenarnya dah tepu, cemuh dan muak dengan assignment, tapi bini punya pasal kenalah aku ikut, kalau aku tak tolong sapa lagi. Katannya ada upah, tak tau la pulak. Memang dari pagi tadi sampai sekarang duk dalam bilik study dan keluar sekali-sekala sahaja. Sampaikan anak-anak pun bising buat apa abah kat atas lama-lama tu.
Tapi otak dah beku jam 5.45 petang ni, tak leh nak fikir lagi dah, masa untuk berriadah dan mengambil angin petang yang mendamaikan. kalau kat kampung memang aku dah layan main wau tepi sawah dah ni. Old school, memang aku old school punya fikiran.
Walaupun terasa agak stress tapi karenah anak-anak membuatkan diri mampu ketawa dan gembira. Memang anak ahugerah Allah yang tidak ternilai, pengubat segala keserabutan. Aank yang sulung ni aku perasan boleh tahan jugak lawak dia ni, pagi-pagi lagi dia dah kejutkan aku dengan uniform askar serba lengkap dengan senapang mengacau aku pagi tadi.
Puncanya pasal dia dengar perbualan aku dengan bini malam tadi yang bercerita tentang seorang jiran sebelah rumah yang baru naik pangkat dari Mejar kepada Kolonel, dan kebetulan jiran tu pulak baik dan selalu bercakap dengan dia, kami ceritalah untung nya jiran tu dapat kumpul duit banyak pasal join Malbat ke oversea. Tup-tup pagi ni anak aku tukar cita-cita daripada nak jadi jurutera sebelum ni terus nak jadi askar:
(Gambar selepas buat ambush kat bilik study aku, nasib baik aku belum ada lemah jantung, kalau tak nescaya ada yang masuk hospital pagi tadi)
Baru sekejap tadi pulak masa aku dengar suara dia riuh rendah kat luar rumah tu tengah main bola ngan member-member, bila nak keluar bilik study aku perasan ada dua nota terselit di celah pintu, waah, hebat aku cakap. kecik-kecik dah ada yang main selit-selit nota jer. Ni hah yang dia tulis:

Adoilah anak aku, baru 6 tahun manalah dapat idea gini ni. 1st note dia cakap “Sarah (adik dia) gigi buruk sangat tak gosok gigi ke”dan yang kedua pulak “Hai abah, kenapa abah hitam, abah mayinng (main) bola lama sagak (sangat) ke…” Adoilah bebudak ni.
Tapi aku perasan jugak tulisan dia dah makin cantik, kalau awal-awal dulu siap terbalik 90 darjah lagi tulisan dia. Ni malam ni dah sah kena temankan dia layan Raja Lawak pulak sampai habis, bila nak siap assignment bini aku nih…



















said on February 28th, 2010 at 6:17 pm
wife en jaz nak bagi upah apa?? jeng jeng jeng……;p
amboiiii…nie yg membuatkan sy makin geram nak jumpa little boy tue…loyar buruk pun ada budak tu…(bila la nak dpt baby boy nie…hahahaha)
said on February 28th, 2010 at 6:22 pm
ntah..tapi yang pasti mesti lumayan hahaha
tu lah pn izan, Insya Allah ada rezeki nanti sekali dapat 2 terus kembar lelaki..baru meriah haaahah
said on March 1st, 2010 at 7:31 pm
anak kembar…meriah tu…skrg nie sy dah ada anak kembar perempuan…hehe, btw little boy tu sapa namanya…? dah besar nanti confirm handsome….n smart
said on March 1st, 2010 at 10:49 pm
kalau dapat kembar laki jugak puuuh..baru meriahpn izan…ngehe
said on February 28th, 2010 at 6:31 pm
budak skng umo 4 5 6 tahun semua da pandai…siap on pc layan tenet sorg2…xtaw la pe yg die layan tuh..tgk2 pc hang..hahaha
mase bdk2 cita2 semua tinggi..lg 1,suke nk mencuba..hensem die pakaian seragam askar tu bro..hehe
ps:upah tu kn bez bro..hehe
azizan4444 had an interesting article on ..Perempuan Itu Calon Kedua
said on February 28th, 2010 at 7:15 pm
budak zaman la ni, celik mata je dah ada handphone sambut, pasal ada atok aatau nenek ndak dengar suara baby baru lahir..hahahah
baju askar mana lagi kalu bukan rantau panjang, ‘dubai of east coast’ ngehehe….tengah tunggu upah nih..heheh
said on February 28th, 2010 at 6:47 pm
Salam bro.. hahaha… lucu tul aku baca stori ni.. ahaks.. terbanyang plak bila aku nak kahwen dan ada anak nanti… ahaks… meriah2…
budakhutaN had an interesting article on ..oh Awek ku yang kuat… !
said on February 28th, 2010 at 7:17 pm
w’salam bro….anak-anak pengubat stress, apa lagi cepat-cepatlah bro..hehehe
said on February 28th, 2010 at 11:57 pm
aminnn… ..hehehe
budakhutan had an interesting article on ..oh Awek ku yang kuat… !
said on March 1st, 2010 at 1:33 am
insya Allah..jangan lupa jemput, nanti aku bagi hadiah cadar…hehehe
said on February 28th, 2010 at 7:07 pm
Salam..haha..jujur benor anak kamu yer.comel that little kid.Adew gaya dah tuh nak jadi askar.
Arra Jasmy had an interesting article on ..Identity sebenar tpaksa dibongkar.Aku sbenarnya Dua Alam.
said on February 28th, 2010 at 7:18 pm
memang kalau nak tanya sesuatu benda dan jawapan yg ikhlas kami akan tanya dia jer…..hahaha
said on February 28th, 2010 at 8:12 pm
tersenyum jer saya baca cerita bro ni..seronok!
wanwma had an interesting article on ..Adakah Kita Sedang Menyertai Program Buat Duit Yang Haram?
said on March 1st, 2010 at 8:53 am
seronok layan kerenah budak-budak
said on February 28th, 2010 at 9:54 pm
salam..
cute je budak tu ye!!
selamba badak kata ayahnye itam..
said on March 1st, 2010 at 8:54 am
w’salam. tulah budak tak sayang mulut hahaha
said on February 28th, 2010 at 10:22 pm
salam.. hahaha..nk gelak dulu eh..
nota anak anda sgt lawak ok. tp kalo org dewasa yg buat nota tu, maknanya nk mkn selipar tu..hahaha
said on March 1st, 2010 at 8:55 am
w’salam, hahaha, anak-anak memang ikhlas dan tak der selindung2
said on February 28th, 2010 at 10:41 pm
wahahahaha.. kiut peel anak dia..:D
ReD had an interesting article on ..~ BILA SAKIT HATI, MULA LAH SAKIT GIGI DAN GATAL KAKI ~
said on March 1st, 2010 at 8:55 am
bertuah punya peel…
said on March 1st, 2010 at 1:43 am
Haha..ada gaya tu jadi askar..
kecik2 dah pandai bersurat2, siap kata abah lg..
anak bro jaz ada berapa org?
said on March 1st, 2010 at 8:55 am
sekarang baru 2, bro amir dah berpa dah?
said on March 1st, 2010 at 10:34 am
en.jaz…
sejak bila jadi penulis upahan nii… ha ha ha
said on March 1st, 2010 at 10:38 am
hahaha en. mat, nanti tak pasal2 aku grad dapat MBA tak rasmi, walhal JPA bagi buat HR…bini punya pasal bang…huhuhu
said on March 1st, 2010 at 11:14 am
sama la baru 2 juga..
said on March 1st, 2010 at 1:23 pm
ooo..orait bro amir..buleh tambah lagi tu….ngehehe
said on March 1st, 2010 at 12:11 pm
wah… terus nak jadi askar… combat2…
zikr had an interesting article on ..Luaskan “zon selesa anda”
said on March 1st, 2010 at 1:23 pm
ikut zon paling selesa…hahaha
said on March 1st, 2010 at 2:46 pm
so aweet..
huhu..rindu kat anak la pulak..
bestnya tgok anak dah makin dewasa..
Suri had an interesting article on ..Argh!! Jerawat datang lagi
said on March 1st, 2010 at 9:46 pm
meriah dan seronok…hahaha
said on March 1st, 2010 at 10:20 pm
waa…bijak hero sulung en tomyam ni…
kelakar btul nota tu tapi tak tau nak baca ikut turutan macam mana.
kenapa abah hitam, main bola lama sangat…hahaha
ahmadyusrie had an interesting article on ..Berita gembira buat pengguna?
said on March 1st, 2010 at 10:51 pm
budak-budak ni walaupun bising riuh rendah tapi kalau tak der depa sunyi la pulak rasanya
said on March 2nd, 2010 at 12:29 am
sumpah lawak nota tue.. aku rasa budak xmo bagik ko main bola lama2 sangat, sebab nanti jadik hitam.. haha!
said on March 2nd, 2010 at 1:18 am
hahaha…..aku rasa pun gitu jugak
said on March 2nd, 2010 at 11:53 am
he..23x tomey2 huhuu
bile teman nak ada anak sendiri nie huhuhu
p/s- ustazah teman dulu cakap tulisan teman cam ahli muzik.. sekejab ke atas kejab ke bawah…
framestone had an interesting article on ..4 Hari Tanpa Streamyx
said on March 2nd, 2010 at 12:49 pm
tak lama dah tu….sekali dapat terus kembar…hahaha, bro ada keinginan nak jadi ahli muzik tak bila dah besar ni?
said on March 3rd, 2010 at 12:38 am
eh2.. comenyer anak dia. Itulah anak2.. kanak2 tension melayan karenah tapi sanggup tension kerana mereka juga penghibur…
isza had an interesting article on ..S.A.M.A.N
said on March 3rd, 2010 at 1:26 am
tu lah budak2, ada bising, tak der sunyi pulak hahaha
said on March 3rd, 2010 at 2:13 pm
suami mithali…heheheh
untung la isteri abang tu..heheh
moral of the story , budak2 mmg cepat terpengaruh
he;s cute!
tapi bagus gak kalo jadi askar pun..heheheh
jadi askar jurutera..2 in 1 pun Ok ape
Chaiyok!
said on March 3rd, 2010 at 10:33 pm
susah senang bersama…ceeewah..hahaha, mulut buadak tu bising woo, hahaha
said on June 30th, 2010 at 11:00 am
haha..memang lucu lah. apapun ucapkan terima kasih pd si anak yg berterus terang mengenai pendapatnya sendiri