Bila Baby Boomer Dan Gen X Lunch Bersama

February 25th, 2010 | 12:12 am | Admin | 485 views | 8 responses

Pastinya semua orang sudah sedia maklum dengan generasi-generasi yang ada pada masa ini. Sebagai ulangan generasi yang ada sekarang adalah The Silent Generation (1926-1938), The Baby Boom Generation (1939-1960), Generation X (1961-1981), Generation Y (1982-1999), Generation Z (2000-2009) dan Generasi Alpha (2010-2XXX). Walau apa pun generasi yang dikategorikan itu adalah perspektif dari negara barat, manakala setakat ni tak der la pulak kategori mengikut perspektif masyarakat setempat.

Pagi tadi semasa membawa isteri ke klink tiba-tiba HP buruk lagi murah saya berbunyi, Rupanya panggilan daripada wakil generasi Baby Boomer dan saya sebagai wakil Gen X berinterkasi:

Baby Boomer : Hallooo, Assalamualaikum, tengah buat apa tu?

Gen X : W’salam, laa boh ke, lama tak dengar berita, tengah drive ni nak bawa wife ke klinik..

Baby Boomer : Hah, naper pulak, dah dapat adik baru ke? hahaha

Gen X : hahaha, tak, dia demam sikit kot, cuaca tak elok, ada apa boh?

Baby Boomer: Tu lah lama tak jumpa demo dan borak-borak, rasa macam nak makan sekali pulak tengah hari ni, kat mana best ?

Gen X : Boleh boh, tak der hal, tapi kena lewat sikitlah pasal nak settle kan bini gi klinik dulu ni.

Baby Boomer : bereh, selesaikan yang tu dulu, nanti saya tunggu awak tempat biasa jam 12.30 nanti.

Gen X : uit awalnya boh,….

Baby Boomer : Awal lagi ok, kalau tak susah nak parking kereta..

Gen X : Ok lah, nanti 12.30 saya tunggu Boh…beres.

Tepat jam 12.30 tengah hari wakil Gen X sudah ada di kedai mamak seperti yang dijanjikan, lepas order teh ais dan rilek-rilek, lebih kurang 12.45 Baby Boomer muncul sambil menjelaskan  “Sorry lewat sikit, nak keluar opis tadi ada je hal pulak”. Biasalah alasan gitu…ngehehe.

Selepas selesai order makanan dan minuman kedua-dua wakil Baby Boomer dan Gen X meneruskan perbualan dan perbincangan mengenai pelbagai perkara, dari hal serius di pejabat hinggalah ke hal-hal ‘simple’ seperti keluarga.

Memang di akui walaupun jarak umur wakil Baby Boomer dengan Wakil Gen X agak jauh, lebih kurang 20 tahun namun hubungan kedua-dua individu terlibat amat rapat.

Baby boomer menceritakan bagaimana dia tidak suka berada di pejabat baru walaupun sebagai ketua di sana yang mana beliau terpaksa menguruskan kakitangan yang agak ramai dengan bermacam-macam karenah. Belum termasuk lagi  ‘office politic’ yang sentiasa merimaskan.

Baby boomer juga meluahkan perasaan baginya yang hanya tinggal setahun sahaja lagi tempoh persaraan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu peningkan kepala dengan pelbagai isu dan masalah, tambahan pula Baby Boomer ini ada sikit-sikit penyakit darah tinggi. Baby boomer juga turut melahirkan sedikit kerisauan terhadap salah seorang anaknya, yang di lahirkan sebagai Generasi Y dan akan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah negeri beriklim 4 musimdi sebalah barat globe.

Dalam proses interaksi tersebut Gen X tidak banyak bercakap, sebaliknya memberi sebanyak mungkin peluang kepada Baby Boomer bercakap dan meluahkan pandangan dan fikirannya, mungkin juga faktor nasi beriani kambing yang dimakan tu terlalu sedap menyebabkan Gen X lebih menumpukan perhatian kepada proses pemakanan berbanding proses interaksi.

Pada masa yang sama Baby Boomer juga memerlukan pandangan dan nasihat daripada Gen X khususnya mengenai perkembangan terkini berkaitan teknologi dan gadjets. Di peringkat akhir prose interaksi tersebut baru Gen X sedar tujuan utama sesi lunch adalah kerana Baby Boomers perlukan nasihat dalam sesuatu perkara yang diluar kemahiran dan pengalamannya.

Maksudnya di sini dalam proses interaksi yang melibatkan perbezaan umur yang agak ketara, semuanya akan jadi mudah sekiranya kedua-dua belah pihak melupakan seketika ‘ego-barrier’ yang wujud akibat perbezaan tersebut. Interkasi akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan jika tidak dilaksanakan dalam bentuk yang terlalu formal dan skema. Lawak jenaka dan gelak ketawa sudah tentu memeriahkan lagi suasana.

Masing-masing Baby Boomer dan Gen X tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam proses interaksi tersebut dan dapat belajar daripada satu sama lain. Kalau ada sifat dan prasangka riak, sombong, angkuh dan seumpama dengannya dalam sesuatu proses interaksi nescaya aktiviti tersebut tidak akan kekal lama atau berulang-ulang.

Matlamat akhir setiap interaksi adalah win-win situation, dan mengakhiri proses interaksi tersebut Gen X ini dengan penuh rasa sopan bersetuju agar Baby Boomer membayar harga beriani kambing bersama teh tarik untuk lunch tadi. terima kasih Baby Boomer.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(8)

  1. 1

    org mcm en jaz…sape2 pun nak buat baik…coz en jaz mmg baik kan???? smart IQ pulak tu…hehe

    jadi..sila belanja sy ABC….;p

    • 2

      hahaha….cepat pesan abc yg kaler-kaler tu…mesti meriah hahaha

  2. 3

    teman pun muda2 dah ada darah tinggi gak.. tp hope dapat begenarasi sampai ke cicit… then biar depa yang teruskan generasi sampai ke Last generation
    framestone had an interesting article on ..Aku Tetap Terasa

    • 4

      bro darah tinggi pasal selalu dok berjaga sampai pagi kot…hehehe

  3. 5

    bile baca post ni…rasa mcm baby boomer tu budak2 la pulak…pada hal warga emas dah..haha
    saya mmg ade problem sket kalo nk brgaul dgn ‘baby boomers’ ni…mcm xde bende nk borak je.

    • 6

      mungkin jugak bro…dalam proses nak balik semula ke perangai kanak-kanak…entahlah hahaha

  4. 7

    bukan la.. teman kne sebab penyakit keturunan.. dari form 4 lagi tue even teman aktif bersukan
    framestone had an interesting article on ..Siakap 3 Rasa

    • 8

      oo gitu…so kena sentiasa berjaga-jaga

Leave a Reply