Bila IQ, EQ dan SQ Tidak Seimbang

January 18th, 2010 | 9:41 am | Akademik, Kepimpinan, Nasional | 801 views | 4 responses

Sudah banyak rasanya perbincangan mengenai Intelligence Quotient (IQ) ataupun kecerdasan minda dan Emotional Intelleigence Quotient (EQ) ataupun kecerdasan emosi mahupun Spriritual Quotient (SQ) yang berkaitan kecerdasan spriritual/rohani. Apa yang pasti ketiga-tiga elemen IQ, EQ dan SQ berkait di antara satu sama lain diperlukan oleh seseorang individu sebagai pelengkap untuk pembangunan diri. Berdasarkan pemerhatian dan laporan-laporan daripada media massa, secara umumnya saya berpandangan tahap IQ individu di negara ini semakin meningkat, bermaksud semakin ramai orang yang pandai , cerdik dan bijak dalam bidang persekolahan dan akademik.

Saban tahun kita perhatikan statistik yang menunjukkan peningkatan bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, namun pada masa yang sama media massa juga turut melaporkan banyaknya serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung kes-kes salah laku bukan sahaja pelajar malahan golongan dewasa.

Maknanya sebahagian daripada anggota masyarakat kita secara amnya memiliki tahap IQ yang tinggi dan berjaya dalam bidang pengajian dan akademik namun tahap EQ dan SQ mereka tidak meningkat seiring dengan IQ, menyebabkan mereka gagal untuk menjadi insan ‘Kamil’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebagai rujukan bersama,  EQ – adalah ukuran kecerdasan emosional anda, atau kemampuan anda untuk menggunakan kedua dua emosi dan kemahiran kognitif dalam hidup anda. Kompetensi kecerdasan emosi termasuk tetapi tidak terhad pada empati, intuisi, kreativiti, fleksibiliti, ketahanan, mengatasi, stres pengurusan, kepimpinan, integriti, keaslian, kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang baik.

IQ – adalah satu nombor yang digunakan untuk mendedahkan relatif jelas kecerdasan seseorang yang nisbah didarabkan dengan 100 daripada usia mental seperti yang dilaporkan dalam kes-kes standard dengan kronologi umur. IQ ialah ukuran keupayaan kognitif, seperti kemampuan belajar atau memahami atau menghadapi situasi-situasi baru; yang mahir menggunakan akal sihat; kemampuan untuk menerapkan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang atau untuk berfikir secara abstrak yang diukur dengan kriteria objektif (sebagai ujian ); ketajaman mental, logik dan kemahiran analisa.

Perbandingan mudah adalah seperti ini : EQ membuat anda menjalani hidup vs IQ membuat anda melalui alam sekolah atau pengajian. Ketika kita mengenali perbezaan antara EQ dan IQ, kita  boleh bekerja untuk mengembangkan EQ selaras dengan IQ begitu juga dengan tahap SQ. Ini boleh dipelajari namun sering diabaikan dalam pendidikan kita baik di rumah maupun di sekolah.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(4)

  1. 1

    Wah blh buat tajuk paper kau nie..jom join buat pp…..kau nie suka ngarang elok le buat pp…..he he…

  2. 2

    keh3….tak dernye

  3. 3

    kalau IQ kurang..tp EQ n SQ tinggi…okay tak en jaz?

Trackbacks and Pingbacks

  1. [ :: t o y u :: ] toyu2u [dot] com » Blog Archive » Bila IQ, EQ dan SQ Tidak Seimbang

Leave a Reply