Blog Merupakan Ancaman Kepada Media Arus Perdana…
January 26th, 2010 | 1:04 am | Blogging, Nasional | 504 views | 1 response
Nampaknya dunia blog semakin berkembang pesat dan dijangka akan terus berkembang selaras dengan perkembangan infrastruktur ICT di seluruh dunia, berbanding dengan lebih kurang 12 tahun yang lalu, siapa sangka perkataan ‘blog’ yang di ungkapkan oleh Peter Merholz pada tahun 1997 telah berkembang pesat sehingga menjadi pelbagai fungsi bukan sahaja ‘online diary’ (asal penubuhannya) kepada sumber informasi, diskusi, perkongian dan sebagainya (di petik dari WIKI history) Dan dalam negara ini sendiri dunia blog sudah dikenalpasti sebagai salah satu saluran alternatif untuk mencari pelbagai maklumat dan sebagainya.
Adakah blog boleh dianggap sebagai ancaman kepada media arus perdana? satu persoalan yang agak komprehensif untuk dijawab dan saya teringat dengan sesi debat yang pernah saya seliakan beberapa bulan lepas di sebuah organisasi, di mana satu pihak telah di berikan tugas untuk menyokong pernyataan tersebut dan sebelah pihak lagi sebagai penentang kenyataan berkenaan.
Saya juga agak terkejut dengan tajuk debat yang diberikan kepada saya kerana saya sendiri mempunyai blog persendirian, namun atas dasar professional saya tidak mengeluarkan sebarang pendapat sebaliknya hanya mendengar dengan tekun setiap hujah dan pandangan pihak-pihak yang berdebat tersebut. Namun secara peribadi saya agak terkilan kerana hasil dari pengamatan terhadap isi hujah yang diberikan, ternyata mereka masih belum jelas lagi dengan fungsi blog dan dunia ‘online’ secara keseluruhan, malahan tajuk asal debat juga semacam tidak dapat difahami oleh mereka.
Saya mengharapkan mereka, sebagai seorang yang mempunyai ijazah dan sudah terdedah dengan alam blog ataupun internet mampu mengupas isu dengan baik, namun apa yang saya dapati mereka mengutuk blog dan blogger kerana menyebarkan tulisan yang palsu dan boleh menghuru-harakan negara, sedangkan tajuk yang diberi adalah blog adakah boleh dilihat sebagai ancaman kepada media arus perdana, yang dimaksudkan media arus perdana adalah siaran televisyen, radio dan media cetak, dan pada masa yang sama pihak media arus perdana juga telah menyedari betapa blog sudah mula mengambil alih tempat mereka sebagai penyedia maklumat kepada umum, lantas mereka juga turut mempunyai blog masing-masing dan turut menyediakan maklumat kepada pengguna internet. Mungkin fokus mereka adalah lebih kepada ancaman dari segi politik yang terdapat di sesetengah blog, namun pada masa yang sama dari segi politik, di kalangan blogger juga turut mempunyai pegangan masing-masing dan memperjuangkan apa yang mereka pegang.
Blog juga turut menjadi sumber kepada mereka yang mencari maklumat dan apa jua perincian terhadap sesuatu perkara, malahan blog juga merupakan saluran paling mudah untuk seseorang berinteraksi dengan pihak lain kerana adanya 2 ways comunication berbanding media arus perdana yang agak terhad ruang untuk interkasinya.
Walau apa pun pandangan, saya pasti dunia blog akan terus rancak dan tidak mustahil satu hari nanti, setiap individu akan mempunyai sebuah blog peribadi untuk apa jua kegunaannya, sama seperti perkembangan handphone yang mana pada hari ini agak janggal sekiranya masih ada individu yang tidak mempunyai handphone.



















said on May 31st, 2010 at 10:00 pm
kenapa entry ini tiada yang komen,bro?
ancaman? sebenarnya ia lebih menjurus kepada sumber maklumat,terpulang pada yang membaca untuk menilai sesuatu kandungan yang diterbitkan dalam mana-mana blog.
dengan kata lain pembaca mempunyai pilihan lebih banyak.
*kalau dulu di poket belakang seluar mesti ada sikat,kini mesti ada handphone*
artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah