Bola Sepak Kelantan: Stadium Baru RM120 juta, Tahun Bolasepak Kelantan 2010

February 12th, 2010 | 9:22 am | Admin, Nasional | 1,436 views | 13 responses

Pembangunan sukan bolasepak negeri Kelantan nampaknya semakin maju dan makin menarik. Terkini mengenai permohonan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan pusat untuk membina stadium baru bagi menggantikan stadium Sultan Mohammed Ke-IV yang hanya mampu menampung 15,000 penonton sahaja. Pada masa yang sama presiden KAFA juga melancarkan tahun 2010 sebagai tahun bolasepak Kelantan untuk mencari bakat-bakat baru dan barisan pelapis muda kelantan untuk masa hadapan.

Khabarnya tapak baru di Gading Galoh, Machang kepunyaan RISDA sudah dikenalpasti untuk pembinaan stadium baru yang dianggarkan bernilai RM120 juta.  Kawe menyokong kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan negeri walaupun berbeza fahaman politik, namun atas sikap kepentingan dan faedah bersama untuk memajukan pembangunan sukan bolasepak negeri.

Memang elok pun stadium sedia ada tu ditukar, selain lokasi yang terletak di tengah-tengah bandar kota Bharu dan berhampiran Hospital  Besar Kota Bharu, kawe rasa tidak berapa sesuai dah, sekali penonton menjerit, riuhnya boleh sampai ke hospital, macamana pesakit-pesakit nak rehat. Dan molek juga lokasi agak jauh dari bandar Kota Bharu, supaya pembangunan fizikal tidaklah tertumpu di ibu negeri sahaja sebaliknya ke jajahan-jajahan lain. Kawe ingat masa kawe umur 6 tahun kawe dah pergi perarakan sekolah tadika di stadium tu, 30 tahun yang lalu.

Gamaknya ginikah rekabentuk atau model stadium terbaru kelantan, sekadar ilusi kawe. Harapnya dengan ada stadium baru ni semangat dan mentaliti penyokong perlu berubah, tak perlulah jadi jaguh atlet lontar mercun atau botol air mineral ke tengah padang lagi, sungguh tidak ada faedah langsung.

Tahun 2010 sudah diwartaka sebagai tahun olesepak Kelantan, tujuan utama untuk mencari barisan pelapis dan juga memeriahkan lagi sukan bolasepak di negeri kelantan. Molek benar tu usaha yang dilakukan oleh Kelantan. Dan kawe rasa mungkin pihak kelantan FA boleh mencari formula atau kaedah bagaimana untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada penyokong mengenai perkara yang patut dan tidak patut di lakukan semasa berada di dalam stadium.

Mungkin jugak pendidikan dalam bentuk ceramah umum dan pengiklanan melalui edaran brosur dan risalah bleh memberikan kesedaran kepada penyokong Kelantan. Pada pandangan kawe, mesti buat sesuatu kepada para penonton ni, isu baling botol da mercun bukan isu baru tapi masih belum dapat diselesaikan. Inilah cabaran sebenar yang perlu ditangani secara bijaksana oleh pihak KAFA.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(13)

  1. 1

    cerita hok demo posted ni hebat sekali…

  2. 2

    pastikan disediakan tempat yang boleh penonton bermain mercun n bakar kerusi he..23x
    framestone had an interesting article on ..Aktiviti Click Mencari Duit

    • 3

      hahahah…stadium mercun…

    • 4

      aku rase lebih baik gune krusi kalis api dan mercun…

      jimat sikit…

      xde la kene repair slalu…

      hehe…

      • 5

        hahaha idea yg bernas tu..

  3. 6

    fulamak!! tengok gambar atas tu macam stadium standard EPL…
    jangan rosakkan sudeh ye penyokong kelantan…opss bukan bermaksud sceptical

    • 7

      angan-angan biar bombastic bro…hahaha

  4. 8

    jgnla jd mcm stadium terengganu..
    kejap je pakai..dh runtuh,..huhu

    • 9

      kalau runtuh jugak dok tahu lah…huhu

  5. 10

    molek bena la tu…br puas hati nok tgk bola..ni dok seat semen skit pggung..hahahaa..

    • 11

      betul tu….nak habis 90 minit kebah weh

  6. 12

    hoho..mintok2 pasni xdoh doh ore duk gojoh…wak malu la…

    masuk berita akan jadi isu besar selalu…bo la…hoho
    artikel terkini dari Meow: Asmaradana Di Samarinda TV3

    • 13

      harap-harap mentaliti dah boleh berubah…

Leave a Reply