Borang Permohonan Pasar Ramadhan Putrajaya

May 25th, 2010 | 6:18 pm | Melayu, Muslim, Nasional | 890 views | 29 responses

Sedar tidak sedar hari ini sudah 11 Jamadil Akhir 1431 hijriah, selepas ni masuk bulan Rejab, kemudian Syaaban sebelum Ramadhan. Maknanya dah tinggal tidak berapa lama  lagi untuk menyambut kedatangan bulan puasa. Patutlah blog ni mula dikunjungi dengan hasil enjin carian berkaitan Ramadhan, mungkin ada kaitan dengan artikel tahun lepas berkaitan Ramadhan Promotion. Mungkin ramai sudah mula membuat persiapan untuk menyambut kedatangan bulan yang bukan sahaj penuh keberkatan dari segi agama malah dari segi faedah duniawi. Maksudnya nak cari peluang niaga di bulan tu.

Kebetulan hari ini pula bila semak email dari pula makluman mengenai borang permohonan pasara ramadhan putrajaya bagi tahun 2010 yang sudah mula di keluarkan oleh pihak Perbadanan Putrajaya selaku Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan tersebut.

(Gambar hiasan, pasar Ramadhan Putrajaya pada tahun-tahun sebelum ni)

Berdasarkan jadual tarikh-tarikh penting umat Islam tahun 2010 yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh 1 Ramadhan 1431 adalah bersamaan dengan 11 Ogos 2010, manakala tarikh 17 Ramadhan 1431 atau hari Nuzul Al-Quran adalah bersamaan  27 Ogos 2010 dan tarikh 1 Syawal 1431 (Hari Raya Puasa/IdulFitri) pula bersamaan 10 September 2010.

Berhubung dengan makluman yang diterima tersebut, kandungannya adalah macam ni:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Di maklumkan bahawa borang Pasar Ramadhan Putrajaya 2010 boleh didapati seperti alamat dibawah bermula dari 24 Mei 2010. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan semula ke alamat di bawah sebelum atau pada 18 Jun 2010. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komersial, Pengembangan Perniagaan & Pelesenan di talian 03-8887 7231 /7123/7508.

Kaunter Pelesenan
Pusat Khidmat Pelanggan
Perbadanan Putrajaya,
Aras 1, Blok Annexe,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3
62675 Putrajaya.

Sekian. Harap maklum.

Tidak di nafikan bulan puasa ni peluang buat duit kepada sesiapa sahaja, macam-macam benda yang boleh dijual. Semoga kita semua di beri kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(29)

  1. 1

    bulan ramadhan muncul lagi…mudah-mudahan jangan setakat meriah dengan pesta makanan je :)
    artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah

    • 2

      betul tu..patut kena balance :D

      • 3

        dan cuba elakkan pembaziran makanan bila membeli juadah berbuka :)
        artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

  2. 4

    baru je rasa balik kampung beraya…ni dh nak sambut ramadhan semula…nasib baik dah ganti puasa…hehe

    • 5

      patut ler wife aku sibuk nak puasa..ganti le tu kot hehehe :D

  3. 6

    untuk peniaga, semoga permohonan anda berjaya…berniaga lah dengan baik…dunia dan akhirat kn seimbang..jgn fikir untung je, ibadat dalam perniagaan pun kn fikir
    artikel terkini dari mijie: Pesanan dari seorang isteri

    • 7

      betul tu bro mijie…sayangnya ramai yg terlepas terawih berjemaah di masjid/surau kes sibuk niaga…

  4. 9

    oh 11 ogos ye?tak lame la lagik tu
    artikel terkini dari maestro: Oh tell me Goodbye.. tell me Goodbye..

    • 10

      tak lama dah tu..utk org bisnes :D

  5. 12

    Bersama-sama kita manfaatkan yg sedia ada dan bakal tiba. Peluang perniagaan juga semakin besar di ramadan yg akan tiba dan persediaan utk mencipta produk kini sedang panas bro…mulakan hari ini..

    • 13

      wow kata-kata motivasi ni..hehehe.. :D

  6. 14

    waaaa…x lama lagi nak puasa…bestnya.. tahun ini aku nak puasa penuh lah..
    artikel terkini dari Hafiz Mohd: Oh.."Laoshi" Saya Tidak Bodoh…Terima Kasih Datuk…

    • 15

      eh ada yg tak penuh ke? hehehe :D

  7. 16

    baru lepas ganti puasa, hehehe! :)
    artikel terkini dari ieda: HAID TIDAK TERATUR PUNCA SAKIT JANTUNG

    • 17

      Alhamdulillah, lega kan selesai hutang :D

  8. 18

    salam,

    macam mahal juga ya. Kat area taman medan ni melambak2 juga param.
    artikel terkini dari Khairi: Good motivation: Seasons of life…

    • 19

      aku pun biasa layan pasar ramadhan serdang jer..lagi banyak pilihan :D

  9. 20

    wahh bagus nie…
    artikel terkini dari zik: Jangan berhutang dengan Along!

    • 21

      zik:jum kita berniaga sekali :)

      • 22

        elok ni buat bisnes..kepak ayam pun jadik :D

  10. 23

    salam..
    terfikir nak cari kain pasang utk mak kat kg..huhu..tudung..kasut..bli awal2 nti dok le sesak kmudian.. :)

    • 24

      Sogo tengah sale sekarang ni..beli siap2 tak payah pening bulan puasa nanti :D

  11. 25

    cepatnya borang dah keluar
    mesti berebut2 nak amik
    ntah sedap ke tidak org berniaga tu
    makan biar berpada2
    artikel terkini dari Syafrizal: Bekam – Perawatan Sunnah Nabi

    • 26

      peluang niaga bulan puasa ni memang banyak :D

  12. 27

    adoi!! dah nak pose….TT
    artikel terkini dari mokteh: Sate Menjadi Lambang Perpaduan

  13. 28

    tak pernah dengar orang berniaga pasar malam tapi order melalui online.. ker ada dah skrg..? :)

    mungkin leh order dari blog… :p
    artikel terkini dari lazaac: Proses Mengedit Video Kini Lebih Mudah Dengan “YouTube’s Cloud Based Video Editor”.

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Borang Permohonan Pasar Ramadhan Putrajaya | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini