Cara Mudah Bantu Kawan Yang Sedang Gelabah Masa Present

January 28th, 2010 | 11:58 pm | Admin, Akademik | 678 views | 13 responses

Semua orang pernah lalui perasaan dan pengalaman gelabah atau ketar lutut ni kan, walau tak suka macam mana pun kena lalui jugak, tu yang ada menggigil bila kena berucap di hadapan orang ramai atau dalam kelas sendiri, ada yang tak keluar suara, dan ada pulak yang asyik dok berdehem empat lima kali, tapi kebiasaannya perkara tersebut berlaku dalam 1 atau 2 minit pertama je, lepas tu semua ok je kan? tu yang ada cakap “suddenly i get butterfly in my stomach”. Penulis juga turut lalui pengalaman yang sama, bohonglah kalau manusia normal mengaku tidak pernah rasa gementar bila diminta berucap di hadapan orang ramai atau kena buat presentation untuk kelas, kalau yang tak pernah rasa tu rasanya yang tidak normal.

Dan bagi kita yang tengok kawan-kawan dok terketar-ketar kat depan tu jangan dok bantai gelak, sebaliknya sebagai ‘audience’ kita juga boleh bantu kawan-kawan kita tu, Hari ni jugak pensyarah penulis dalam subjek training design and management berkongsi tip mudah bagaimana membantu kawan-kawan yang mengalami masalah darah gemuruh yang terlebih ni, ataupun angin senggugut yang macam serang Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Caranya senang sekali, bila nampak kawan kita yang kat depan tu dah mula nak gelabah dan tak terkeluar ayat dari mulutnya, sepatutnya kita sebagai kawan boleh memberi respon yang ‘supportive’ kepada kawan kita dengan cara senyum dan anngukkan kepala tanda faham dengan apa yang nak di sampaikan oleh kawan kita.

Dengan cara itu kita membantu kawan kita membina kembali keyakinan dirinya yang terganggu akibat darah gemuruh tersebut, mudah kan? penulis juga teringat dengan buku lama yang penulis pernah beli 10 tahun yang lalu oleh Dale Carnegie,  buku tu pun sebenarnya diterbitkan tahun 1957 lagi. Penulis beli buku tu atas saranan seorang penceramah jemputan yang mempunyai teknik penyampaian ceramah yang agak berkesan. Dah pencen dah pun rasanya…

Bagi sesiapa yang rasakan perlu untuk meningkatkan tahap keyakinan diri, elok lah cari kat library atau kedai-kedai buku berhampiran, secara keseluruhan buku ni hanya menyarankan satu sahaja ubat kepada penyakit ketaq lutut ni, practice, practice and practice…tu jer. Dan ni sebahagian daripada tips yang boleh dipelajari:

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(13)

  1. 1

    aku selalu buat2 cam konfiden, padahal macam nak gugur je jantung..adei.
    miz sara had an interesting article on ..beer & tapai ada persamaan.

    • 2

      biasa tu..control ..he3

  2. 3

    hmm..bkn sng nk ilangkn gemuruh time kat dpn org rmai..
    kdg2 smpai2 mcm cara org wat nk ilangkan gemuruh..
    fahmi had an interesting article on ..Doa Bangun Tidur

    • 4

      kena belajaq tarik nafas dalam2 kot…

  3. 5

    sebenarnya situasi ini memang terjadi pada saya setiap kali presentation akan di buat..memang rasa risau sangat-sangat sebab setiap kali present terasa seperti apa yang hendak dicakap tidak tercapai…selama 3 tahun di politeknik masalah ini kerap berlaku..saya cuba untuk relaks dan bercakap secara perlahan-lahan dengan nada suara yang tidak berapa kuat tapi masih tidak menahan rasa berdebar-debar..bila sudah berdebar-debar suara pon terketar-ketar dan sekiranya percakapan yang di rancang dalam 7-10 minit menjadi hanya 5 minit sahaja kerana debaran yang terlalu kencang..kadangkala malu dengan member wanita tapi nasib baik mereka memahami saya..mungkin sebab saya jenis yang pendiam di dalam kelas berbanding di luar kelas/kuliah…sampai sekarang saya tak boleh dengar perkataan “PRESENTATION”…tensi gila wokk…
    Piston Pecah had an interesting article on ..Monday Blues…Terasa Kehilangan Pagi ini

    • 6

      saya yakin dengan latihan yg intensif mampu membaiki masalh ni, ada jua petua orang-orang tuan di mana masa mandi pagi, mulakan siram air dari paras kaki dahulu sehingga ke atas, dengan itu aliran panas dalam badan dapat keluar melalui ubun-ubun kita…katanyalah

  4. 7

    biasenye, kami sebagai audience, senyum dan tunjuk isyarat semangat kepada kawan2 yang tengah present tu. kadang-kadang, suruh bawak material untuk dipegang kat tangan; pensel, pen, klip kertas..dikatakan bahawa aura nervous akan keluar dari situ. betul atau tidak, saya tak pasti. kertas nota seboleh-bolehnya, tak dipegang atau letak atas meja. kalau takde meja, kena buat notes yang kecik, guna kad. baru tak nampak terketar-ketar..huhu. belajar dari pemerhatian dan pengalaman sendiri.

    terima kasih atas info kat atas.
    f is fikah had an interesting article on ..Semakin Matang??

    • 8

      tips yang menarik juga, memang praktikal begitu..he3

  5. 9

    time sek men dulu sy selalu jer hadapi masalah nie…coz dulu sy seorg yg “pemalu”..selalu jer mengelak utk present apa2 subject..hehe, sy byk improve bila di universiti…coz byk join society n terpilih jd naqibah,byk belajar dr sana…cuma perasaan malu jer yg susah nak kikis…:))

    • 10

      ptactice makes perfect kan, naqibah? heheh, terus teringat dekat naqib saya..sekarang pun jumpa lagi, malu perlu ada, kalau tak ada bahaya jugak izzan..hehehe

      • 11

        dulu sy malu tak bertempat en jaz…hehe, skrg dah pandai cover sket2..

  6. 12

    malu…..em dah serasi dlm idup ak…xtau nk wt cmner nk hlgkan mlu ni..susah r..lau nk g mkn kna cri kdai yg org xramai lau org rmai xnk msuk…ssh nyer idup…

  7. 13

    lau time present..aduhhh…seram sejuk d uatnyer..mulala nk pegang meja ble dk dpn…hahaha

Leave a Reply