Cara Paling Efektif Belajar, Ikut Buku Atau Trial And Error
July 19th, 2010 | 12:26 pm | Admin, Tutorials | 777 views | 46 responses
Salam hari Isnin, pastinya hari isnin ni ramai mereka yang bekerja akan menghidapi sindrom ‘Monday Blues’, tapi nak buat macamana, tugas dan tanggungjawab perlu diberi keutamaan. Lewat petang semalam saya menerima email dari seseorang bertanyakan bagaimana cara untuk belajar wordpress design atau themes. Pengirim email tersebut juga bertanyakan sama ada saya ada sediakan kelas untuk tujuan tersebut.
Jawapan saya kepada beliau adalah buat masa ni saya tak adakan kelas, cuma saya berikan tunjuk ajar secara online dan juga secara face to face kepada mereka yang berjumpa, itupun kalau di kawasan berhampiran dengan estet saya iaitu sekitar Bangi dan Dengkil sahaja.
Interaksi dengan pengirim tersebut juga menerbitkan idea baru kepada saya iaitu dalam mempelajari wordpress ni, yang manakah cara paling efektif untuk belajar, ikut buku panduan atau secara trial and error.
Untuk belajar dan mengikuti panduan membina themes wordpress secara ‘ikut buku’, rasanya sudah banyak ebook dan program yang telah dihasilkan dan sedang dijual dengan harga berpatutan pada masa ini. Saya pula belajar dan mendalami wordpress melalui kaedah trial dan error, dan sumber rujukan adalah melalui laman tutorial dan forum yang mudah diakses.
Berbalik kepada wordpress themes ini, secara asasnya pada saya struktur design atau theme mana-mana blog wordpress adalah sama sahaja, yang membezakannya adalah imej yang digunakan dan bagaimana seseorang pereka design menyusun kedudukan header, sidebar dan footer. itu sahaja. Juga penggunaan function dan javascript tambahan yang menjadikannya nampak lebih menarik dan elegant.
Semasa awal-awal menggunakan wordpress, memang saya akui cukup teruja untuk mengunakan pelbagai function, script dan plugin yang hebat-hebat, namun lama-kelamaan perasaan itu semakin hilang dan kalau boleh hendak guna theme yang paling simple dan tidak menggunakan extra resources. Antara sebab utama kenapa saya berubah fikiran adalah:
- Kita gunakan theme yang canggih dan hebat dengan pelbagai fungsi dan javascript, masa test di desktop atau laptop kita memanglah laju dan ok sebab kita gunakan pakej internet yang berkepasiti tinggi, namun tidak semua pelawat mempunyai kapasiti capaian internet yang sama di Malaysia ni, pelbagai pakej ada, dari dial-up 1315 sehinggalah ke 4.0Mbps. Itu belum kira berlaku isu-isu teknikal lagi. Sudah pastinya kita akan kehilangan bakal pelawat;
- Semakin canggih dan banyak extra function yang digunakan semakin banyak page size digunakan, bila page size semakin membesar pastinya akan memberi impak kepada page loading speed. Enjin-enjin carian juga cukup tidak suka dengan page yang load terlalu lama, menyebabkannya lambat untuk di index. Pastinya sukar untuk mendapat kedudukan terbaik dalam enjian carian; dan
- Apabila terlalu banyak menggunakan script dan kod dalam blog, ianya boleh menjejaskan HTML validity yang juga tidak elok kepada enjin carian. Terlalu banyak kesalahan HTML menyebabkan sesebuah blog tidak di indek oleh enjin carian.
Ok, berbalik semula kepada cara untuk memahiri theme wordpress, bagi saya belajar secara hands on iaitu trial and error, maksud saya secara praktikal terus kerana lebih cepat dan mudah. Balik kepada prinsip asas dalam pembelajaran manusia itu sendiri : “Man learns fast from mistakes”.
Dalam membina theme wordpress, kaedah untuk belajar secara trial and error adalah dengan mengubahsuai dan menggodek theme sedia ada yang kita sudah biasa dengan susunannya. Semoleknya dengan menggunakan local server terlebih dahulu. Kalau boleh saya cadangkan caranya macam ni:
- Download dan install perisian XAMPP. Untuk tutorial bagaimana install XAMPP ke dalam windows dan juga bagaimana install aplikasi wordpress ke dalam perisian XAMPP boleh rujuk di artikel ‘Using XAMPP for Local WordPress Theme Development’ di sixrevision.com;
- Sekiranya anda menggunakan Firefox, download dan install Web Developer extension. Gunanya amat praktikal bila kita hendak ubah dan edit style.css theme hanya melalui browser sahaja; dan
- Melalui browser firefox juga, download dan install W3C Tidy-based HTML Validator. Gunanya untuk kesan kesalahan html error dalam page dan theme.

Setelah selesai urusan download dan install tersebut, langkah seterusnya adalah dengan memasukkan mana-mana wordpress theme yang sudah biasa kita gunakan ke dalam local server XAMPP tadi.
Sebagai tambahan, mungkin perisian untuk image seperti Adobe Photoshop boleh memberikan kelebihan terutamanya dalam menghasilkan imej yang berkualiti dan menepati citarasa.
Selepas itu kita sudah boleh cuba edit dan udah theme tersebut tanpa risaukan apa-apa lagi. Godeklah sepuas hati dan lenjan cukup-cukup, saya percaya tak sampai 48 jam kita sudah dapat mengetahui teknik dan trick yang digunakan oleh pereka design atau theme wordpress dalam menghasilkan sesuatu theme.
Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencubanya, boleh cuba download theme redmudah yang saya buat ni di Themes, Ini kerana theme tersebut mempunyai struktur yang mudah dan simple sahaja untuk difahami. Juga telah dibersihkan dan berstatus Valid HTML dan Valid CSS level 2.1
Saya boleh beri tunjuk ajar berkaitan theme tersebut dari A sehingga Z melalui theme redmudah tu. Apabila sudah faham konsep redmudah theme tu dengan sendirinya kita akan mudah untuk menguasai design wordpress yang lain-lain.
Bukan setakat buat theme untuk kegunaan sendiri, kalau mereka yang memang kreatif dan mempunyai kemahiran dalam seni photo ni, boleh pulak jualkan theme tu atau ambil tempahan untuk custom theme.
Penutupnya, bagi saya, untuk mendapat kemahiran dalam wordpress theme ni, cara paling cepat dan berkesan adalah secara trial and error.














said on July 19th, 2010 at 12:31 pm
aku lagi suka try n error tu.. lagi cepat nak pandai.. lagipun drp kesalahanlah kita boleh belajar..
kalau nak adjust themes plk, aku mmg buat online.. supaya dapat tahu performance dia mcm mana..
redmudah tu mmg best theme dia, struktur tak complicated sangat.. senang nak paham dan adjust.. thanks sekali lagi bro theme tu..
artikel terkini dari kulanz: Menyambut Ulangtahun Kelahiran Serentak
said on July 19th, 2010 at 12:56 pm
betul jugak tu bro, nak kena test run jugak bila dah siap tu, kekadang ada jugak perasan lain setting di desktop dgn online..
terima kasih bro
said on July 19th, 2010 at 6:29 pm
Aku dulu buat blog ikut trial & error…percayalah..hehe
said on July 20th, 2010 at 1:13 am
Percaya bro, hehe..
aku pun sama juga dulu.. bayangkan domain aku tu start april 2008, sekali dapat guna oktober 2009.. sepanjang tu lah aku buat banyak trial n error..
artikel terkini dari kulanz: Bagaimana Mengecualikan Imej di Sidebar daripada Efek Lazy Load
said on July 19th, 2010 at 12:42 pm
Kalau nak cepat panadai memang kena guna method “Try n Error”
artikel terkini dari anif: Telur Pindang
said on July 19th, 2010 at 12:57 pm
mudah dan cepat ingat…kalau buat silap jugak tak taulah hahaha
said on July 19th, 2010 at 12:56 pm
ok gak try dan error nie.. macam thomas edison….. tapi kena backup dulu… pastu baru try…
artikel terkini dari zik: Jangan main mercun
said on July 19th, 2010 at 12:57 pm
betul tu zik, tapi kalau local server boleh belasah aje
said on July 19th, 2010 at 11:36 pm
banyak gak boleh belajar dari try n error ni..
artikel terkini dari Thoha: Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer
said on July 19th, 2010 at 1:07 pm
salam saudara..
sampai sekarang saya masih tak
faham bagaimana nak setting blog
wordpress ni..akan ada harinya saya
akan godek2 juga..nak juga belajar
dan ada satu..he he
artikel terkini dari zulkbo: Teknik Menggoda Tapi Jangan Tergoda Bahaya
said on July 19th, 2010 at 1:15 pm
W’salam,
Insya Allah akan tiba hari tu tu bro zulkbro
said on July 19th, 2010 at 1:28 pm
he…23x
teman pun pakai try n error je… tue pasal menjadi… klubase pada buku je… xjugak menjadinye..xtahu knpe… dah bebal kot membaca buku nie he…23x
p/s- thank untuk MyMudah… maaf cdg nkgodek RedMudah… cuma masa tidak mengizinkan je
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 19th, 2010 at 1:45 pm
ikut buku buatkan kita selalu nak rujuk kat buku…leceh, trial n error ni cepat melekat kat dalam otak ni hahaha
boleh bro, godeklah sepuasnya, kalau tolong promote pun lagi baguih hahaha
said on July 19th, 2010 at 6:08 pm
tue la pasal…
jaz mu ade x member2 yang tahu cara nk develop game… nk pakai application ape… ape software yang perlu ada… if ade la.. i xde xpe
insya’lah… no hal.. mmg akan promote pun… aku nk edit lebih2 pun reti… still gak version 1.0 yang beza pun color je la
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 19th, 2010 at 1:42 pm
salam.. sy pun lebey kurang ler… trial and error.. hehe.. tuka2 css tu ini.. nk lebey2 tak bran lagik…
tkiu for sharing!
artikel terkini dari mummynana: Ada Rasa Menyampah Bila…
said on July 19th, 2010 at 1:46 pm
lagi cepat kita belajar sebenarnya…maklumlah bila umur dah meningkat ni kan
said on July 19th, 2010 at 6:09 pm
eh… umur makin meningkat ek.. awat terasa cam makin muda rumaja je jiwa ini huhuhu
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 19th, 2010 at 1:48 pm
Web developer extension tu saya guna untuk blog yang disable right-click. hehe.
artikel terkini dari RozaniGhani: Plugin Betulkan Huruf Besar Kecil WordPress Seperti Unta
said on July 19th, 2010 at 1:51 pm
sebenarnya try and eror ni lebih otai bro sebab ianya kita kena belajar sendiri…..macam blog saya berat ke tidak bro ?
artikel terkini dari ishak: Ali Mamak mengeluh bila Maya Karin dan suaminya bercerai
said on July 19th, 2010 at 2:41 pm
memang setuju trial & error la pembelajaran paling berkesan.
artikel terkini dari ST: Set masa lupus kata laluan dalam Linux
said on July 19th, 2010 at 3:06 pm
errmmm..belajar dan fahamkan teori, then barulah try..;)
Latest entry : 10 Juta Pulu$ Dalam Genggamanku!
said on July 19th, 2010 at 3:44 pm
kadang-kadang memang teringin nak godek-godek tapi bila mengenangkan pengetahuan aku begitu cetek maka hasrat itu dipendamkan je lah
artikel terkini dari sangilapi: kegigihan itu perlu
said on July 19th, 2010 at 6:15 pm
ish cetek2 la senang nk berlajar…
if dalam sangat.. bnde yang simple pun dah lupa cam mne nk wat he…23x
p/s- cakap dari pengalaman
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 20th, 2010 at 12:08 am
pernah cuba tapi bila yang dicuba tu mengharu-harakan blog yang sedia ada jadi serik pulak
artikel terkini dari sangilapi: kegigihan itu perlu
said on July 20th, 2010 at 3:57 pm
if nk buat direct kekadang perlu ada back up….
terutam ayang pakai hosting sendiri… if tersilap edit, blog boleh xdapat masuk terus..
terpaksa masuk ikut cpanel betulkan file index baru blog boleh berfungsi semula
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 20th, 2010 at 1:18 pm
setuju
artikel terkini dari nazra: Seorang Emak Doakan Anak Kandungnya Sendiri Diculik Orang!
said on July 22nd, 2010 at 11:43 am
cuba je bro joe, tapi cuba kat blog lain la, jgn blog main…..buat satu blog untuk belajar je
artikel terkini dari mijie: Masalah Unidentified network dalam windows 7
said on July 23rd, 2010 at 3:03 am
akan dipertimbangkan sekiranya ada kelapangan,mijie
artikel terkini dari sangilapi: kegigihan itu perlu
said on July 23rd, 2010 at 9:02 am
kelapangan, bukan memang ada kelapangan ek, eheheh gurau je joe
artikel terkini dari mijie: Masalah Unidentified network dalam windows 7
said on July 24th, 2010 at 1:46 am
dari segi masa memang lapang cuma fikiran je tak lapang-lapang kebelakangan ini,mijie
artikel terkini dari sangilapi: kegigihan itu perlu
said on July 24th, 2010 at 6:44 am
heheeh tak dapat den nak nolongnya, takperlah bang joe take your time to rest
artikel terkini dari mijie: Jadilah seperti buah manggis
said on July 19th, 2010 at 6:06 pm
tq bro, perkongsian yg menarik..yang no 2 tu saya duk agak dah..patut makin lama saya tgk org kurang sgt dgn plugin2, kdg2 lambat load..
setuju, trial n error penting, kalo tak paham juga baru tanya orang, then trial n error lagi..:)
said on July 19th, 2010 at 6:30 pm
Kalau ikut buku memang lambat bagi aku…tengoklah nak buat apa benda..
said on July 19th, 2010 at 8:12 pm
terima kasih bro… aku suka try and error sambil2 tengok buku dan online… dan aku lebih suka terus online daripada local… cuma sediakan folder lain je… baru tranfer ke main page..
said on July 19th, 2010 at 9:15 pm
lama lagi utk kecapi benda ni, heee
said on July 19th, 2010 at 9:21 pm
betol2..belajar ni kene belajar try n error..kalau org duk suap je..mungkin kita tak hargai apa yg kita belajar
said on July 19th, 2010 at 10:41 pm
aku rasa kena dua2 sekali… buku pun ok cuma kena praktikkan dan biar jumpa macam2 error so baru dapat tau apa yg silap
artikel terkini dari Syafrizal: Perasmian RFC Kangar Di TV1
said on July 19th, 2010 at 10:51 pm
heheh..rupa2nya bro pun guna xampp jugak..saya pun ada tulis pasal xampp nie kat sini
betol ckp bro..mula2 kalau boleh nak yang canggih2 je..tp lama2 akan rasa simple is the best…
saya pun trial n error..mula2 susah jugak mengadap coding, lama2 dah biasa dengan struktur blog..dah tau dah kat mana dah ubah kat style.css…
cuma yang javascript je x pandai2 lagi..hehe
said on July 20th, 2010 at 4:15 pm
ada masa bro lawat…. byk lagi nk berlajar pasal xampp cuma kekurangan masa
nnt bro lawat, if xfaham pe2, bro tnye ek
artikel terkini dari Bro framestone: Salah Ke Lelaki Tidak Menyukai Bola
said on July 19th, 2010 at 11:34 pm
best gak belajar buat theme sendiri ni..banyak lagi yang saya kena belajar ni..
artikel terkini dari Thoha: Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer
said on July 20th, 2010 at 12:40 am
Try and error adalah pengalaman yang sangat berharga dan bernilai kepada kita.
artikel terkini dari shaharil: SEO Site Tools- Extention untuk Google Chrome
said on July 20th, 2010 at 12:59 am
dua² penting.. try & error untuk perkara yang tak mendatangkan kerugian besar, oklah. dan kena berani tanggung risiko jgk. buku sbg panduan pertama (jika ada), barulah try & error.. rasanya tu lagi terbaik. klu bab amalan agama, jangan pulak try & error, bahaya.. mesti rujuk kitab.
artikel terkini dari Wirasutra: Anda Mampu Jadi BOS
said on July 21st, 2010 at 11:36 am
memang try n error sokmo
hehehe
artikel terkini dari tehr: Rezeki Raya Di Pasar Minggu
said on July 22nd, 2010 at 12:53 am
Memang lebih banyak belajar kalau kita berani try & error ni. cara ni buatkan seseorang lebih take note sebab semua benda yang dibuat onhands.. tapi setakat ni masih tak mampu nak develop theme sendiri. customization tu banyak ler
said on July 22nd, 2010 at 11:41 am
saya cukup setuju kalau bab try n error ni sbb saya pun belajar wordpress melalui try n error, bila dah dah habis semua errror kita try, pasti lepas tu kita takkan buat silap lagi
artikel terkini dari mijie: Masalah Unidentified network dalam windows 7