Catatan Ringkas Pagi Rabu

April 28th, 2010 | 10:39 am | Admin, Kepimpinan, Melayu, Nasional | 1,053 views | 39 responses

Salam pagi Rabu, pagi ni macam rutin kebiasaan, selepas menghantar anak-anak ke sekolah saya akan singgah dahulu sekejap di kedai mamak (ni kedai mamak lain, bukan yang buang anak patung badak anak saya tempoh hari, kat kawasan ni ada 5 kedai mamak semuanya huhuhu) untuk menikmati sarapan pagi sambil membaca akhbar untuk mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negara. Kalau masa kerja dulu hari rabu ada Morning Prayer, since tak kerja ni baut morning prayer sendiri je kat kedai mamak.

Bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki

Hari ni akhbar yang saya baca siarkan berita utama cerita penemuan bahtera nabi nuh di Gunung Ararat, Turki oleh sekumpulan pengkaji. Kajian terhadap kayu yang ditemui anggarkan sekitar 4800 tahun dahulu, iaitu tempoh yang dikatakan sama dengan zaman Nabi Nuh A.S.  Pengkaji berkata walaupun mereka tidak menganggap penemuan tersebut 100% tepat, tapi 99.9% mereka yakin dengan kajian tersebut.

Sebenarnya berita tu sudah saya baca malam tadi melalui akhbar online The Sun UK. Malah dah buat dah tajuk blog untuk kisah tu, tapi malam tadi malas punya pasal saya batalkan hasrat untuk buat blog entry pasal tu. Cerita asal ada kat SINI.

Kisah Kematian Aminulrasyid Amzah

Kes kematian remaja 15  tahun, Aminulrasyid Amzah akibat ditembak polis merupakan anatara berita yang agak hangat sehari dua ni. Pihak Polis sebelum ini sudahpun meminta supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan spekulasi kerana kes sedang disiasat. Panel siasatan jugak sudah ditubuhkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan kes diselesaikan dengan sewajarnya. Bagi saya adalah menjadi harapan dari semua rakyat agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Dalam Facebook juga sudah ada group yang ditubuhkan berkaitan kes ni seperti di SINI.

Peel Pekerja kedai mamak

Dalam saya sedang asyik baca surat khabar sambil menikmati teh tarik tu, satu peel pekerja kedai mamak ni yang saya rasa begitu mengganggu, boleh pulak dia sibuk hulurkan kepala macam nak baca jugak paper kita tu, entah faham ke tidak tak tahulah. Siap panjangkan tengkuk dan betulkan kedudukan lagi. Yang saya tahu dia cakap bahasa melyau pun sikit-sikit je dapat.

Oleh kerana agak terganggu saya tanya dia nak baca ke paper saya ni, lepas tu dia sengih je sambil geleng kepala. Ntah apa lah motif sebenar mamat tu. Nak kata ada gambar perempuan cantik, rasanya tak ada dalam mukasurat yang saya dok baca tu.

Sibuk Isi Borang Cukai

Pada masa yang sama saya juga ternampak seseorang yang saya kenali sedang tekun menulis sesuatu di meja berdekatan, bila saya amati wajahnya yang nampak sedang sibuk tu memang saya kenal dia, dahulu dia pernah memberi banyak taklimat mengenai sistem pengurusan kewangan, sistem pengurusan aset dan hal-hal berkaitan dengan perolehan dan kewangan. Tapi saya tidak mahu menegur dia kerana dia kelihatan begitu kusyuk dan fokus, nanti dikatakan mengacau.

Bila tengok dengan lebih terperinci lagi rupanya member sedang sibuk isi borang BE,..maklumlah tarikh akhir untuk hantar borang cukai adalah pada 30 April ni, hari ni dah 28 baru dia sibuk nak buat, siap kena buat kat kedai mamak lagi. Tak apalah, itu mungkin ‘preference’ dia.

Saya pun baru malam tadi siap hantarkan secara online borang BE tu, tak sampai sejam semua sudah siap, bayar je yang belum lagi  hehehe. lalu saya terfikir memang individu tersebut dari generasi Baby Boomers yang agak kurang dengan komputer dan ICT ni, tapi mungkin tahun depan kalau dia belum pencen lagi, dia patut mintak anak-anak dia supaya isikan benda tu secara online kat rumah, sekejap sahaja dan amat mudah. Isi cara manual ni memang leceh, nak kena kira sendiri dan belek sana belek sini.

Bagi saya rugi kalau tak gunakan kemudahan yang sudah disediakan ni.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(39)

  1. 1

    1st time nmpk entry campur2 topik kat blog nie

    ops… sama la kite.. baru lepas layan kari mamak nie.. sedap pulak even just makan dgn nasi putih + ayam goreng seketul je
    artikel terkini dari framestone: My Dream Destination

    • 2

      hahaha..ni guna syampoo 7 in 1 ni…wah, breakfast dah kena nasi..heavy tu bro

      • 3

        heavy sampai ke petang xpe…

        nk simpan duit… kahwin kahwin kahwin kahwin

        [eh awat sampai 4x aku sebut nie huhuhu -amin-]
        artikel terkini dari framestone: My Dream Destination

        • 4

          bro nie..r.a.k.u.s…..lariiiii

  2. 5

    terkejut sekejap bila baca 1 point move another point. skali skala makan rojak eh? ehehehe
    artikel terkini dari ReD: ~ PUAS AKU BERFIKIR TAPI MASIH TAK DAPAT JAWAPANNYA. HAIHHH ~

    • 6

      makan rojak pagi2 best hahaha :D

      • 7

        rojak? balik ni nak cri rojak le mr one..hehhe..

        tahniah mr one sb rank dah naik 4/10.. ;) apa rahsianya ;)
        artikel terkini dari suri: “Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?”

        • 8

          rahsia?…rojakkan isi kandungan hahaha :D

  3. 9

    kes kematian tu da jd topik utama akhbar2 arini…
    pg ni bekpes ns goreng je..lame btol x g kdai mamak..hoho
    artikel terkini dari azizan4444: P94 Hulu Selangor : Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi

    • 10

      minum teh je boleh lah bro…makan nasi nak kena cari kedai mek siam jugak hahaha

  4. 11

    rutin pagi sy..visit blog nie..hehee ;)

    tak mustahil kalau betul itu mmg rangka bahtera Nabi Nouh…subhanallah…

    • 12

      tima kasih…..jangan segan2 klik iklan tu hahaha, gurau jer

      maknanya kita yg ada sekarang ni semua berasal dari mereka yg naik bahtera tu….

  5. 13

    tak faham jgak dengan peel pekerja kedai mamak tu..hehe
    artikel terkini dari serol: Aku kedekut+ikhlas=tension?

    • 14

      nak bermanja la konon nya tu…hahahah

      • 15

        sudi ker en jaz nak memanjakan mamak tu…. weee~~

        • 16

          hahaha….lemas ngan mamak lah :D

        • 17

          sorry reply kat sini

          izzan | mane de rakus la.. bace bismillah lagi tue
          artikel terkini dari framestone: My Dream Destination

  6. 18

    uiks baru nak hantar eh

    apsal saya ingatkan last tarikh 30 mac eh abis sume orang opis saya hambat hantar borang be last month

    hahahha
    artikel terkini dari .::wanie::.: Pukul 1 pagi.

    • 19

      ok jugak kalau gitu, tak sesak line sangat sekarang ni hahaha :D

  7. 20

    Salam, Agak lama tidak menjengok blog yg penuh dgn informasi ni…apa pun banyak yg boleh dikongsi bersama. Engin tak panas g…konten yg nak ditaip pun utk panas panaskan badan..akan kembali lagi…
    artikel terkini dari Muhd Suhaily: Perniagaan Internet dari Rumah

    • 21

      w’salam,
      kayuh pelan2 ok jugak bro….lain kali jenguklah lagi hehe :D

  8. 22

    baru je terbaca tentang bahtera nabi nuh tu..
    && mamak tu nak baca suratkhabar tu kot tapi dia malu nak mintak..hehe~
    artikel terkini dari fatint: Jadilah Pendengar Yang Baik

    • 23

      keturunan manusia yg ada sekarang ni pasal nenek moyang naik kapal tu …, memang mamak tu..issh..geram betul hahaha

  9. 24

    4 dalam satu.. complete.. yang sedih kisah pasal budak sekolah mati ditembak… :-(
    artikel terkini dari zik: Ajaran sesat di malaysia semakin parah!

    • 25

      KDN dah tubuhkan satu pasukan khas utk kaji kes nie secara telus..kesian tengok budak yg kena tembak tuu..apa salah yg budak tu dah buat???
      artikel terkini dari Nadri: Santai di Avilion Admiral Cove

      • 26

        @bro zik….alangkan syampu boleh buat 7 in 1, blog pun boleh buat jugak hahaha…..alfatihah untuk arwah

        @bro nadri….harapnya siasatan yg telus dan fakta yg jelas

  10. 27

    nak komen pasal kes polis tembak aminurasyid. rasanya macam xde rasionalnya polis sesuka hati tembak mangsa. bukannya mangsa mengancam nyawa pihak polis pun. apa kes main tembak-tembak. bengang betol bila baca berita ni semalam..
    artikel terkini dari Amir: Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17

    • 28

      2 la pasal.. mcm2 kes plk skng ni.. yg xbrsalah pn jd mangsa.. rasa xslamat dh persekitaran skng ni..
      artikel terkini dari Suraya: Contest dan hadiah Laptop Acer Aspire One

      • 29

        @bro amir…panel kas sedang siasat..harap kebenaran terserlah

        @suraya….kena berhati2 zaman sekarang ni

  11. 30

    - Bahtera nabi Nuh memang lama dicari oleh semua orang termasuk CIA.
    - Saya dah lama tinggalkan amalan makan di kedai mamak
    - Remaja tersebut di tembak berdekatan rumah saya, bukan dekat dengan rumah saya tapi selang 2 lorong je rumah saya. Budak tu adalah adik kepada kawan saya. Macam2 citer kat sini, hangat jugak la.
    - Isi borang cukai betul2.. nanti salah payah pulak nanti

    P/S: maaf kena bagi point sebab nak jimat masa hehe
    artikel terkini dari Syafrizal: Tingkatkan komen di blog anda dengan CommentLuv

    • 31

      saya cuma minum je kedai mamak hehehe. tentu sekarang ni suasana kejiranan agak tegang dan haru dengan kejadian tu ya …

  12. 32

    nasib baik aku dah isi borang BE melalui e filing..klu last minit ttg sesak talian LHDN…catatan pagi rabu yg padat..maklumlah tengah cuti panjang..

    p/s: aku punya blogroll ada problem sikit bro..problem yg hari tu dah settled..ada problem baru pulakss..
    artikel terkini dari Nadri: Santai di Avilion Admiral Cove

    • 33

      sebenarnya malas nak buat entry satu-satu, tu yg buat 4 in 1 tu hahaha

      apa problem blogroll tu?

  13. 34

    Saya tk dapt bayangkan kesedihan org tua Aminulrasyid. Mmg anak 15 tahun kadang2 agak nakal sehingga bleh hilang kesabaran, tapi sebagai org tua walau berkali2 diaorg salah pun kita tetap maafkan sbb kita tahu diumur begini mereka akal mereka belum cukup dewasa. Pegawai polis camni patut kena tembak.
    artikel terkini dari fatiah: Egyptian Coil

  14. 35

    fuh siap ada grup dah isu kematian budak 15tahun tu
    polis malaysia kadang2 agak tak berpelajaran.lagi2 polis muda
    artikel terkini dari Wan Perlis: Soaljawab bersama Wan Perlis

  15. 36

    catatan ringkas tapi sampai 4 cerita dalam 1 entry :)
    artikel terkini dari sangilapi: inner power dan color therapy

  16. 37

    yang pasal adik aminul tu tak patut terjadi…si adik tu satu juga..kenapa la dia lari dari polis.dah la naik kereta.polis tentu anggap dia penjenayah…

    polis pulak satu hal..kenapa la gi tembak terus…pening ngan masyarakat sekarang ni..makin kejam
    artikel terkini dari pawaka19: Al-Kisah sepasang kasut / selipar dan dot dot dot….

  17. 38

    Salam…

    Mmg rasa ada yg tk kena dgn kes budak kena tembak tu. Dah la budak bawah umur…
    artikel terkini dari Nozi: Jangan sempitkan pendidikan seks

  18. 39

    teringat subjek tax dulu..kena cari tax payer suruh isi borang BE tuh..lepas tuh hantar kat lecturer..penat gak la nak cari tuh..
    artikel terkini dari Azizuan: Ukur Populariti Blog Dengan Popuri

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini