Comment Form Problem Bantutkan Niat Pelawat Beri Respon

February 19th, 2010 | 12:32 am | Admin, Blogging | 838 views | 52 responses

Memang di akui blogger.com atau blogspot merupakan referral terbesar di kalangan pelawat yang melawat domain ini, terima kasih kepada rakan-rakan dari blogger.com yang begitu aktif, tanpa rakan-rakan blogger apalah sangat blog dan domain ini. Dan dalam usaha menjejaki semula pelawat-pelawat yang melawat dan memberikan komen dan maklumbalas terhadap domain ini saya akui pernah banyak kali terserempak dengan ‘comment form’ yang ada sedikit masalah yang mungkin tidak disedari oleh pemiliknya menyebabkan tidak banyak komen dan maklumbalas yang diterima di posting-posting yang dilakukan walaupun posting tersebut menarik dan cukup bermutu.

Maksudnya di sini ‘comment form’ yang disediakan oleh pemilik blog yang menggunakan themes yang unik selain dari themes default yang disediakan oleh blogger.com kadang-kadang ada masalah, lebih-lebih lagi kalau ada diletakkan word verification. Macam mana nak terangkan ye, mudahnya contoh gambar dibawah ni:

Jelas tak apa problem nya? tetiba jer benda tu stuck kat situ, hilang button submit comment. kalau dah gini rupanya memang tidak boleh nak buat apa-apa, dan saya pernah menggunakan kesemua browser yang saya ada IE8, Opera, Safari  Chrome dan termasuklah Firefox saya untuk cuba jugak, memang tidak boleh, sudahnya terpaksa tinggalkan terus post terlibat walaupun niat di hati nak juga kongsikan pandangan terhadap posting mereka.

Ye lah selain dari tolong klik iklan dan letak catatan dalam message box kalau boleh kita ndak jugak catatkan sesuatu dalam posting tu. Tapi kalau dah jadi macam ni, memang tidak boleh buat apa-apa la ek.

Saya berpendapat masalah tersebut berpunca dari setting comment-form yang tidak kena atau penggunaan themes yang mungkin ada masalah. Mungkin kalau ada di kalangan kawan-kawan blogger yang tidak sedar mengenai isu ini, ye lah mungkin bila cuba di komputer sendiri ok, tapi tak perasan yang benda tu sangkut di komputer orang lain, bolehlah cuba-cuba perbetulkan keadaan.

Tidak merujuk kepada mana-mana blog, perkara ni adalah sekadar pandangan ikhlas untuk menambahbaik pengalaman berblogging kawan dan rakan blogger semua.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(52)

  1. 1

    Zara selalu kena bang~
    ya~
    saya sgt stress~
    kalau dorg nak buat gak comment camtu, jgn la letak word verification~
    sangat semak bila jd camtu~

    nak lagi best, blogger camtu sellau takde shoutbox~
    memang cantik!!
    pastu kata kita tak sudi singgah~ walhal kita berpayah2 buka semua browser nak komen~
    Lord Zara had an interesting article on ..Tiada Cakaran Harimau, Sentuhan Gemalai Atau Sarung Kaki Jarang Di Sini. Ini Contoh Anak Mithali Jika Bapa Anda Punya Mukabuku Sendiri.

    • 2

      stress! lagi2 kalau kita dah taip komen panjang2 then jadi cam ni.. rasa macam nak bakar je blog tu.. haha. gurau je. pinjam jap pic tersebut ya. menarik. heeh
      miz sara had an interesting article on ..Wanita……Apabila lelaki mula menyukai kamu.

    • 3

      @Zara…oo awak pun selalu kena jugak ek…rasanya perlu ke word verification tu..memang sudahnya cari butang x je lah…huhuhu

      • 4

        @miz sara..uit jangan sampai bakar..yg terbako nanti PC atau Laptop kamu heheheh…ambik lah…tak der hal

    • 5

      setuju benar dgn Loar Zara ni..emmm..#%?..macam-macam
      Suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

  2. 6

    gue sokong!!!!
    kadang2 nak komen pun susah….
    so, xde la komen…
    heheeee
    mie had an interesting article on ..:: angpow collector ::

    • 7

      memang, sudahnya tak yah komen lah, buat susahkan diri sendiri la pulak kan…hehehe

  3. 8

    lol , mmg ade..
    selalu kena drag ke bawah..
    aku selal kena..
    tapi dah taw cara nk atasi…
    tapi..
    kalau sorang dua boleh trerima lagi..
    ini byk lak..
    mane thn..

    xyh letak verification pun xpela kan..

    • 9

      ooo camner caranya…kadang2 kesian jugak dekat member2…then bettul jugak ko cakap kalau dah banyak sangat…jenuh jugak

  4. 10

    tekan Tab jer bro kalau camtuh..mostly ramai new blogger tak perasan benda tuh sebab Lenght comment box dia terlalu pendek huhu
    Melz had an interesting article on ..Bila Aku Sangap Mungkin Aku Akan Jadi Begini…

    • 11

      oh gitu ke, orait nanti aku cuba lepas ni..terima kasih kongsikan tip ni…aku punyalah dok pulun tukar browsers

  5. 12

    betol2…blogger perlu diasble word verification tu..mnyusahkan pengunjung blog untuk komen…
    fizi had an interesting article on ..Aku Kembali!!

    • 13

      word verification bagi aku tak berapa sesuai lagi untuk blog2 biasa..

  6. 14

    betul tuh, setengah blog slalu macam tuh, jadi susah nak comment
    ieda had an interesting article on ..TAK SEDAP SANGATKAH SAYUR?

    • 15

      sudahnya tak yah la komen huhuhu

  7. 16

    kalau blog aku suke n info menarik..aku try jgk smpai dpt komen bro..hahaha….aku pernah gak jumpa kes cmni,,.
    azizan4444 had an interesting article on ..Plagiarism : Fenomena Atau Trend?

    • 17

      aku pun cuba tukar semua browsers, then inform jugak owner problem tu..tapi since tak jadi jugak….let it be jelah..huhuhu

  8. 18

    facing the same problem many times…
    dulu I pown guna standard blogger comment form…
    tp I pakai pop-up style…
    tp bile tgk blog lain mcm2 problem ngan comment form…
    I tukar disqus,,,
    huhu…

    tp kalu blogger yg pakai blogger comment form…
    pakai yg pop-up window form…
    less likely to face that problem with pop-up…
    cadangan sahaja…
    ;) ;) ;)
    ROCKprincess had an interesting article on .."Thank you for all your support"

    • 19

      disqus memang orait lah, ooo mungkin kena tukar jadi popup style baru ok kot ek….thanks

  9. 20

    setakat ni aku belum jumpa masalah tu tapi aku setuju dgn melz, buka dgn new tab.

    tapi verify word tu sgt melecehkan.
    fatin had an interesting article on ..Uji Bakat Mentor Ke-4 ! Anda rasa anda berbakat ?

    • 21

      nak kena cuba ikut tekan tab tu ek….baru tau..hehehe

  10. 22

    Bukan comment form tu…. tp
    ” Tak boleh komen” Form!
    Papa-Roq had an interesting article on ..Old Town White Coffee | Halal Atau Tidak?

    • 23

      betul tu bro….konsepnya tengok je, tak leh komen huhuhu

  11. 24

    mmg hampeh!kalo ade word verifaication ni….
    birokrasi sungguh.. :) so xyah komen dr dok hang situ
    ctrl+Alt+Delete!

    • 25

      hahaha kawe suko dengar ayat demo tu…birokrasi ….steady

  12. 26

    Incik RnR pengguna blogspot pun selalu juga mengalami masalah begini bila mengunjung blogger yang berplatfomkan blogspot.

    Kadang-kadang sudah maklum, tapi empunya blogger tidak sedar masalah tu.

    “Word Verification” – aiyoooo ni macam minyak masak seri murni – pemeringkatan 2 kali. LoL, dah la ada “word verification” lepas tuu “waiting comment for approval”. Kalau komen dah “moderate”, rasanya tak perlu laa letak “word verification.”

    Tentang kotak “shoutbox” – tak boleh nak kata, yang tu terpulang kepada empunya masing-masing

    Semua betul, ada yang suka sebab senang pengunjung nak maklum akan kehadiran.

    Ada yang kurang gemar sebab ianya jadi tempat spam.

    Ada yang pilih strategi tak letak, sebab rasakan kotak “Shoutbox” tidak menggalakkan pengunjung memberi komen, tapi ambil jalan pintas komen pendek di “ShoutBox” (dan kebanyakkan yang ambil ni memang faham risiko pengunjung mungkin tak komen langsung) – Tapi tu la, mungkin yang dikejarkan Kualiti.

    Tentang komen, Memang Incik RestNrilekS ada akaun dari sistem komentar Halo, Echo, Discuss dan ID untuk memudahkan.

    Selamat Hari Jumaat : D
    Incik RestNrilekS had an interesting article on ..Doodle in FaceBook? Whoaho!!

    • 27

      betul tu incik, aku dah berapa kali asyik kena refresh word verification…macam nak buat TT duit la pulak rasanya, padahal nak komen je…

      shoutbox,chatbox dan macam2 box mungkin ada kepentingan ikut keperluan pemilik2 blog kan…

      aku setuju kalau pakai komen sistem tu orait gak, mudah dan senang pasal benda tu link dengan akaun user yang lain-lain..

      selamat meraikan penghulu segala hari kembali…RestNrileks…hehehe

  13. 28

    huhuhu…mmg susah kalu ader CAPTCHA….nak catch ayat tuh pon susah…

    • 29

      aku selalu silap taip …huhuhu

      • 30

        yang memang selalu terjadi pada aku[CAPTCHA] sebab mata aku ni rabun :) …nak-nak yang jenis bersambung-sambung huruf :(
        artikel terkini dari sangilapi: tekad

  14. 31

    bila stuck gitu bukan bermaksud takde button tu..ada cuma kotak tu kecik je sampai button kat bawah tu tak keluar..cara nak ke kotak tu korang tekan ‘tab’ je kat keyboard korang sampai turun ke button submit tu..bagi aku takde hal je..blogger.com ni kadang2 spoil gak walaupun dapat title blog service paling meluas diguna..adoii
    F I T had an interesting article on ..External Hard Disk Tak Detect?

    • 32

      ot gitu carany ek, tekan tab ye..next time jumpa mende mcm tu tau lah aku nak ejasnya heheh..thanks bro

  15. 33

    saya setuju dgn tuan rumah..susah la nak komen kat blog yg menggunakan blogger..kadang2 naik tensen pun ada..
    wanwma had an interesting article on ..Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda

    • 34

      hehehe..potong stim kans…

  16. 35

    yup, baru2 neh terkna jgk.. last2 buang word verification n buat pop up comment.. baru mcm ok balek.. :D

    • 36

      ha ha..komen2 sebelum ni pun cakap kena guna popup komen…steady

  17. 37

    lagi parah kalau dah taip komen panjang n jadi cam nie huhuhu
    framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll

    • 38

      memang memenatkan bro…sungguh..huhu

      • 39

        hurm..suri dah berapa kali kena cam tu..sedih je bila ada nak bg pandagan tetiba pula benda alah tu wat masalah..trus tak layan..tapi tgok mood jugalah time tu..jika bgtu sllu keadan yang buatkan kita rasa tak happy..

  18. 40

    salam..
    terima kasih tuan rumah atas perkongsian ilmu ni..sb ia sdkt sbyk blh memecahkan kebuntuan serba salah ni..

    ada juga kebenarannya tu.yang bestnya bila dah syok menaip benda alah tu jugak akan muncul..time ok baguh.time tak ok, apa yg kita type pada box komen tu ilang terus..argh..tension btul le..

    ada waktu juga hati ni serba salah juga coz tak dpt komen pd blog kwn2 tapi apa blh buat jika kita sudah cuba, cuba tapi tak leh nak wat gi mana lagi sih??? bab2 klik tu bukannya susah sgt..clik jelah..hehe ;)

    • 41

      betul tu suri kan, ada sesetengah pemilik blog agak sensitif bila dimaklumkan perkara ni walaupun dengan nada yang paling sopan…

      kalau sampai tahap comment box sampai hilang tu memang paling parah lah tu..huhu

      sebolehnya kita cuba utk berinteraksi dengan kesemua pelawat yg meninggalkan komen di blog kita..supaya wujud win-win situation, tapi kalau dah x leh nak bantu….hmm hehehe

  19. 42

    salam ziarah..

    mmg byk jadi, dan apa sy buat, saya tekan ‘tab’ sampailah dia turun kat word verification..kene bgtau kat empunya blog la, suh dia buat window tuk comment ‘pop-up window’…
    rina had an interesting article on ..lagi sekali pasal Faizal Tahir

    • 43

      terima kasih atas tip ni, lain kali saya pun kena gunakan tab kalau ada kes camni lagi…

  20. 44

    isu yg ini akan ada sepanjang masa kerana blogger lahir setiap hari
    Kujie had an interesting article on ..Rindu Belahan Dadamu

    • 45

      ni kes never ending story jugak la k.jie kan…huhuhu

    • 46

      Isu ni pun ada ditulis dalam blog akak kan? :D

      Memang agak menyusahkan untuk komen, walaupun hati teringin sangat nak komen

  21. 47

    ya cukup benci dengan prosedur comment yang banyak karenah, last-last xde mood nak komen pastu blah je…
    kan ke rugi tu..

    • 48

      heheh betul tu..masa amat penting zaman sekarang ni…dari dok terkial2, baik cari button x jer..

  22. 49

    bila dah berkali2 try tapi keadaan masih sama tension juga..huhu

  23. 50

    betul, last2 skali tinggal mesej kat shotbox…kalu xde shotbox…jawapnya tak tinggal komen la…

    kita pun xleh nak tinggal jejak kita..
    artikel terkini dari Meow: Asmaradana Di Samarinda TV3

    • 51

      banyak blogger yg tak perasana benda tu

  24. 52

    dengan lain perkataan aku tak suka komen kat blog yg banyak sgt tapisan dia
    artikel terkini dari mijie: Jangan tinggalkan anak anda tidur dalam kereta bersendirian

Leave a Reply