Cuba Bunuh Diri Telan Ubat Kurap
February 4th, 2010 | 12:09 pm | Melayu, Nasional | 1,192 views | 10 responses
Alahai, kesian pun ada, nak gelak pun ada, apa yang pasti aku memang gelak sorang-sorang pagi tadi bila baca berita yang disiarkan oleh metro online pasal sorang mamat jiwa kacau ni yang cuba bunuh diri dengan menggunakan ubat kurap, rasanya ni first time aku dengar orang nak bunuh diri guna ubat tu, kalau racun tikus ke, pil-pil tidur tu mungkin dah selalu baca, Ini ubat kurap, biar betul mamat ni.
Nak bunuh diri tu satu hal bodohnya, guna ubat kurap pulak dah satu hal. Kalau mamat ni Muslim memang sebodoh-bodoh manusialah kalau nak bunuh diri, bukannya pasal apa, kes putus cinta jer, kekasih tak mahu teruskan perhubungan, terus otak jem dan dah tidak boleh fikir denganwaras, sudahnya nak jadi macam orang bukan Muslim nak ambik nyawa sendiri. Padalah beribu-ribu lagi kaum perempuan yang masih belum mempunyai teman lelaki..apa daaa.
Laporan lengkap berita tu ada di link SINI.
Rasanya semua Muslim dah tahu besar hukumannya bagi dosa bunuh diri tu, itu kerja Allah S.W.T, bukan kerja manusia, di akhirat nanti mereka yang bunuh diri akan membunuh diri mereka sendiri dengan cara yang sama, kalau mati kes minum ubat kurap, maka akhirat esok pun dok minum ubat kurap tu jugaklah, yang teruknya, bila mati dihidupkan balik, minum balik, mati lagi, then hidup balik….dan gitulah sampai bila-bila, tiada noktah. ishh.
Sah-sah mamat ni kena pergi kaunseling dan brainwash balik aqidahnya, kasi betulkan balik stesen yang dah lari tune tu. Dan boleh tak kalau ada yang mengganggap kekasih nya tinggalkan dia pasal dia ada kurap, sebelum ni tak perasan?..huhuhu



















said on February 4th, 2010 at 12:32 pm
cam mne la ek if mati sebab terlebih makan….
sure nanti kne makan non-stop then mati hidup balik he…23x
p/s- makan ala kadar cukup la kan bro
framestone had an interesting article on ..Tanda @ Marking
said on February 4th, 2010 at 12:35 pm
itu niat lain bri…itu niat nak mentekadarah…bukan buh=nuh diri..heheh, cakap pasal makan ni bila projek steamboat kita ni..jadik tak?
said on February 4th, 2010 at 12:45 pm
haih..kalau nak bunuh diri pon,jadila manusia yg bijak sikit..
ni telan ubat kurap..wat malu jek masuk paper =p
paling senang dan tak sakit dgn tido dlm kete dan sumbat ekzoz kete tu..tp itu untuk org yang takde pegangn iman yang kuat..cmne nak kuat..kalau solat,puasa entah kemana *mohon dijauhkan..ameen* =)
said on February 4th, 2010 at 1:14 pm
hehehe..tu ah pasal, sungguh kurang bijak…moga kita n keturunan tak jadi cam tu..
said on February 4th, 2010 at 12:48 pm
uh…aku betul tak suke org yg nak bunuh diri pasal putus cinta ni. Tak pasal-pasal masuk neraka.
said on February 4th, 2010 at 1:13 pm
tu lah pasal..kes cinta je….ciput jer kesnya….adulah
said on February 4th, 2010 at 5:02 am
Nak mati cari jln seksa…addooiiii…
said on February 4th, 2010 at 5:57 pm
tu lah pasal….
said on February 4th, 2010 at 4:29 pm
kat rumah dia juz ada ubat kurap jer kot…hmmm mana la perginya akal yg 9 tu yea…
said on February 4th, 2010 at 5:57 pm
ha ah..main capai jer apa yg ada