DIY: Bagaimana Memasang Lerberg
May 8th, 2010 | 7:14 pm | Admin | 795 views | 29 responses
Aktiviti sebelah pagi hari minggu ini saya penuhi dengan menyelesaikan saki baki projek DIY yang masih belum siap. Kali ini berkaitan pemasangan Lerberg, secara umumnya memasang Lerberg bukanlah sesuatu yang merumitkan dan memerlukan kepakaran tinggi. Lerberg juga bukanlah sejenis aplikasi atau sistem perisian komputer malahan bukan juga anti virus baru mahupun torrent client yang baru. Sebaliknya Lerberg adalah rak khas yang diperbuat daripada besi untuk kegunaan simpanan barangan di dalam rumah mahupun di dalam stor. tu je.

Ni dia pack Lerberg dari IKEA yang baru di beli pada 5 Mei yang lalu, hari ni baru sempat pasang. Harga Lerberg ni pun tak adalah mahal sangat, cuma RM69.00 sahaja. Ada dua pilihan warna hitam dan putih, tapi sayang hari tu warna putih dah kehabisan stok. Memang cantik kalau yang warna putih, tu yang cepat habis stok tu.

Bila buka pack semuanya lengkap dan disediakan, tidak perlu menggunakan sebarang peralatan tambahan untuk memasang Lerberg ni, 16 biji skru sudah disediakan bersama satu pemutarnya sekali.

Agak-agak kalau rasa stuck dan tak reti nak mulakan dari mana pun tidak jadi masalah, user manual disediakan dan penjelasan step by step instruction disediakan dengan lengkap. Kalau tak boleh nak pasang jugak memang tak tau nak cakap apa lah.

Gedebak gedebuk dalam masa 20 minit boleh siap benda ni, ni lah rupa Lerberg rack yang siap di pasang dengan jayanya. Ada empat tingkat semuanya dan ruang paling bawah paling luas manakala yang paling atas ruangnya paling sempit.

Pandangan dari dekat, rak ni sesuai untuk letak buku-buku atau barangan yang tidak berapa berat sangat, setakat mini hifi tu rasanya boleh tahan lagi. Rak ni juga sudah disediakan lubang untuk dilekatkan terus secara tetap di dinding. Tapi saya memilih untuk tidak lekatkan di dinding pasal memang plan nak pindah rumah hujung tahun ni.
Memang elok sesekali layan perkakasan diy ni, boleh keluarkan peluh dan aktifkan kreativiti otak untuk berfikir. Kalau ada cukup masa boleh buat, kalau tak ada masa dah sah kena upah orang tolong pasangkan.














said on May 8th, 2010 at 8:43 pm
boleh tahan harga dia… rm70 je…. nak angkat satu… dekat rumah berselerak kasut…huhu
artikel terkini dari zik: Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010??
said on May 9th, 2010 at 12:54 am
murah bro…sempoi, ringan dan senang diangkat kemana-mana..memang antara barang paling laku kat IKEA tu sekarang hehe
said on May 8th, 2010 at 8:51 pm
salam..
ha ha ha..
DIY ..kadang2 berpeluh jugak
nak memasangnya..perlu ada kepakaran
semulajadi..menarik rak tu..saya pun
nak sambar satu lah…
artikel terkini dari zulkbo: Bahtera Nabi Nuh Ditemui 99.9%
said on May 9th, 2010 at 12:54 am
w’salam
DIY kalau yg simple2 boleh la layan, kalau yg pelik2 bosan jugak hehe
said on May 8th, 2010 at 9:14 pm
berpeluh jugak kalau nak pasang ni..betul2..bagus buat exercise..
said on May 9th, 2010 at 12:55 am
betul tu..untuk keluarkan peluh
said on May 8th, 2010 at 9:39 pm
aktiviti2 berfaedah semasa cuti ‘sekolah’ yea en jaz…bagus2…bila nak balik KB? singgah melaka dulu….hehehe sengal tak idea sy???
said on May 9th, 2010 at 1:11 am
next week balik kg…sudah book impiana resort cherating hehehe
said on May 9th, 2010 at 2:50 pm
wah! bestnya..nak ikuttt! hehe, enjoy ur honeymoon ya!
said on May 8th, 2010 at 9:55 pm
penat fikir apa tu lerberg..ingtkan software apa rupa-rupanya rak..
said on May 9th, 2010 at 1:11 am
hahaha..sekali rak utk simpan barang aje
said on May 8th, 2010 at 10:13 pm
ada baiknya buat sendiri,bro….bukan susah mana pun
yang bagusnya sekarang ni,kebanyakan perabut jenis bukak-pasang memudahkan bila berpindah.
artikel terkini dari sangilapi: bulan kelahiranku
said on May 9th, 2010 at 1:12 am
yg simple2 boleh la layan, yg susah2 surrender jugak
said on May 8th, 2010 at 11:23 pm
barangan ikea memang banyak yang menarik..
hehehehe
said on May 9th, 2010 at 1:13 am
design menarik, harga pun ‘menarik duit’ jugak hahaha, tu yg beli yg murah aje tu
said on May 9th, 2010 at 12:01 am
Wah… menarik rak macam ni. Malangnya IKEA takde kat Negeri Sembilan.huhu
said on May 9th, 2010 at 1:13 am
mana tau nanti kot bro jalan2 kat area bandar utama nanti, boleh singgah
said on May 9th, 2010 at 12:30 am
banyak beli barang DIY bang
hai..rumah ni dah tak muat nak masuk rak2 dah
dah penuh ngan barang @.@
artikel terkini dari mokteh: Adam Lambert, Iron Man 2, Dan Setahun Yang Lalu
said on May 9th, 2010 at 1:14 am
beli yg mana boleh guna je hehe
said on May 9th, 2010 at 6:23 am
nak angkat jugak lah satu… lama tak gi ikea ni…
said on May 9th, 2010 at 6:56 pm
molek tu bro..sempoi je benda ni
said on May 9th, 2010 at 5:56 pm
mahu pindah mana… dekat situ gak ke or jauh dari situ huhuhu
erm gamaknye lepas teman dok KJ balik… mahu ade entry cam ie dalam blog teman he..23x ikea xde jauh mane pun
artikel terkini dari Bro Framestone: Mengantuknya Di Hujung Minggu
said on May 9th, 2010 at 6:57 pm
Estet yg sama, cuma pindah kawasan je..hehe
lagi mantap tu..dah dekat sangat dah tu ngan IKEA
said on May 9th, 2010 at 9:53 pm
Ikea mempunyai produk yang menarik dan kreatif.
Bila agaknya Malaysia nak ada produknya yang tersendiri?
artikel terkini dari Syafrizal: Strategi Pintar HPA: HPA Halal Mart
said on May 9th, 2010 at 10:19 pm
kekadang tu prg M’sia jadi supplier je kat company2 besar…huhuhu
said on May 9th, 2010 at 11:49 pm
memang bagus masa lapang hujung minggu buat benda-benda macam ni..
said on May 10th, 2010 at 1:31 am
aktiviti keluarkan peluh bro kulanz hehehe
said on May 10th, 2010 at 3:12 pm
saya suka kalau pasang benda2 mcm ni, satu dpt keluarkan peluh dan boleh membuatkan kita berfikir
tapi kenangan paling manis ialah memasang antena tv yang boleh rotate tu….paling lama dan paling memeningkan sbb nak kn pasang satu2 besi yg kecik2
artikel terkini dari mijie: Cara untuk menggunakan domain dot com di blogspot