Filem Melayu: Semerah Cinta Stilleto
April 9th, 2010 | 6:58 pm | Hiburan, Melayu, Nasional | 3,569 views | 57 responses
Dah lama blog ni tak buat review mengenai filem melayu, petang tadi sambil makan bersama isteri saya tertengok pulak trailer filem Semerah Cinta Stilleto di TV3 yang baru sahaja mula ditayangkan di pawagam tanah air bermula 8 April 2010. Sekali imbas filem cinta komedi tersebut nampak macam menarik dan mampu menarik perhatian peminat filem tempatan khususnya kepada mereka yang menggemarkan filem genre sedemikian.
Tertarik dengan trailer tesebut saya membuat carian dalam internet dan setakat ini masih tidak banyak review atau ulasan yang telah dibuat terhadap filem terbitan MIG Production tersebut.

“Kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya” digunakan sebagai tagline bagi filem “Semerah Cinta Stiletto” yang merupakan terbitan ke-37 MIG production serta diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Ahmad Idham Ahmad Nadzri bersetuju bahawa Lisa dan Farid merupakan pasangan pelakon yang mampu menarik para penonton ke pawagam. Filem genre cinta Ahmad Idham itu merupakan yang terbaru selepas dia mengarahkan Mr. Cinderella 10 tahun lalu dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 8 April ini
Trailer bagi filem tersebut:
Berdasarkan sinopsis yang disiarkan oleh mStar Online, sinopsis dan ringkasan Semerah Cinta Stilleto adalah:
Kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani).Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota. Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.
Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish). Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.
Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto. Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.
Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang. Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?
Kalau hendak tahu kesudahan cerita ni bolehlah jenguk dan tengok di pawagam berhampiran untuk mengatahui tarikh tayangan terkini, filem ni baru mula ditayangkan pada 8 April 2010 yang lalu.














said on April 9th, 2010 at 7:12 pm
kena bawak awek tgk ni bro..lisa berlakon kn tgk.hoho
said on April 9th, 2010 at 11:55 pm
molek la kalau gitu…hehe
said on April 9th, 2010 at 8:25 pm
salam..
wah dah macam pawagamlah pulak kat sini..hehehe..klu suri mmg tak blg pge punya sb ada anak kecik dan bby besr..alamat kena bli cd lah kot..tgok kat umah ramai2..hehhe
said on April 9th, 2010 at 11:59 pm
saya pun jarang tengok movie, kecuali bawak budak2 layan cite kanak2 je hehe
said on April 9th, 2010 at 8:49 pm
salam,
seronok pula baca sinopsisnya…minat gilad engan lisa dan farid tu..teringin nak tengok…
trma ksih utk ulasan..:)
artikel terkini dari soffya cik bulan: kalau orang, cakap orang.kalau kucing, cakap kucing…
said on April 10th, 2010 at 12:00 am
ada masa boleh layan tu, cerita lawak
said on April 9th, 2010 at 8:53 pm
macam best…boleh try tgk dengan kawan2 hujung minggu ni
artikel terkini dari fatint: Mode : Drama Asmaradana
said on April 10th, 2010 at 12:10 am
elok lah tu..layan ngan member2 mesti seronok
said on April 9th, 2010 at 8:55 pm
lisa surihani berlakon mesti kena tengok..haha, nanti kat wayang ada filem lagenda budak setan plak…farid kamil dengan lisa jag berlakon
artikel terkini dari khairil: Istimewanya Maher Zain
said on April 10th, 2010 at 12:18 am
kalau minat apa salahnya layan hehehe
said on April 9th, 2010 at 9:47 pm
salam tuan,
terima kasih ‘updates’, macam cerita devil prada rasenya. Apapun syabas,filem melayu kita bertambah dan berjaya penghasilannya.
said on April 10th, 2010 at 12:20 am
w’salam,
daripada dok layan cite hollywood bollywood, elok layan cite melayu hehe
btw sedang memahami maksud email tuan tu..
said on April 9th, 2010 at 10:37 pm
nak kena tengk ni..dah lama pergi pawagam…..
artikel terkini dari faizal: Beautiful Blogger Award dan Top Blogger Award 2010
said on April 10th, 2010 at 12:20 am
kalau ada kelapangan dan tak der halangan..
said on April 9th, 2010 at 11:28 pm
baru tadi layan kat radio pasal ni sambil layan traffic jam..gaya macam best ja tapi tak tau la..tunggu review full story..lepas tuh tunggu download available..keke
artikel terkini dari Azizuan: Final Piala FA : Kedah VS Negeri Sembilan
said on April 10th, 2010 at 12:21 am
David Teo target RM3 juta utk filem ni…
said on April 10th, 2010 at 12:25 am
esok r g tengok..mintak2 best..
said on April 10th, 2010 at 1:22 am
nanti balik buat review dan ulasan peribadi bro
said on April 10th, 2010 at 4:58 am
aku mintak jalan ceritanya sebest i am not single..aku i am not single entah 2p3 kali tengok tak bosan hohoho
said on April 10th, 2010 at 12:19 pm
makin improve la kot
said on April 10th, 2010 at 9:13 am
eheehhe macam comel comel jek citer ni
artikel terkini dari .::wanie::.: Tak Tau Tajuk
said on April 10th, 2010 at 12:20 pm
comel cerita comel lagi pelakon2 nya hahaha
said on April 10th, 2010 at 9:30 am
mcm best jer movie ni..
tag line mmg cun..
artikel terkini dari Mus: Hai Uncle! Yang Ni ORI ke PALSU?
said on April 10th, 2010 at 12:24 pm
tag line cun pasal pelakon cun..hero macho hahaha
said on April 10th, 2010 at 12:24 pm
huhu…mcam best jer…tapi kita tunggu jer kat internet…mesti kat youtube ada jap lagi…ghe ghe
artikel terkini dari Meow: Tiupan Sangkakala Cerekarama TV3 – Isteri Kurang Hajar
said on April 10th, 2010 at 4:01 pm
heheh…kesian jugak dekat producer dan tokey filem ni
said on April 10th, 2010 at 1:26 pm
pasangan ini memang sering dinantikan digandingakan bersama dalam filem/drama…
kalau dulu zaman bagi yusry dan erra fazira..sekarang farid kamil dan lisa surihani… <– dari jauh nampak suci jek…
artikel terkini dari Piston Pecah: Adakah Saya Sudah Bersedia???
said on April 10th, 2010 at 4:06 pm
hahaha..suci?, suci dalam debu Iklim aku biasa nyanyi lagu tu
said on April 10th, 2010 at 2:25 pm
poster filem ni nampak menarik…
artikel terkini dari Amir: Kempen Cegah Pembuangan Bayi: Kami Prihatin Dilancar
said on April 10th, 2010 at 4:12 pm
poster mesti mau gempak bro …
said on April 10th, 2010 at 3:00 pm
nak tengok ke tak ?? tengok ke tak?? nak tengok kena bawak awek nie….takpela..tungguuew.
artikel terkini dari zik: Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih??
said on April 10th, 2010 at 4:14 pm
tak your time bro zik…hahaha
said on April 10th, 2010 at 4:02 pm
hero dan heroin yg sama dari Im Not Single
lisa cute
x p tgk wayang, tunggu dvd ja
said on April 10th, 2010 at 4:12 pm
samalah..silap2 aku lansung tak tengok
said on April 10th, 2010 at 4:17 pm
Tak sabar nak tengok ceita ni
said on April 10th, 2010 at 9:07 pm
aku tak sabar nak tunggu respons dari sapa yg dah tengok
said on April 10th, 2010 at 4:31 pm
haa…baca sinopsis dah tau dah ape jadi..so takyah tengok la..hikhik…
selalunya filem melayu yang akan saya tonton, kalau ia genre komedi dan mempunyai jalan cerita yang lain. kali terakhir menonton filem melayu adalah adnan sempit. lepas tu, tak tergerak lagi hati..walaupun stilleto ni..hehe…
apa-apa pun sy tetap menyokong filem tempatan!
artikel terkini dari Cik Norfa: Horey! tanda gembira.
said on April 10th, 2010 at 9:09 pm
eh sama lah kita..cuma saya tgk CD aje.
filem komedi boleh layan tak boring n sakit kepala
said on April 10th, 2010 at 5:12 pm
dah tengok trailer cerita nie masa tengok cerita Adnan Sempit..maklumlah dr syarikat yg sama..nampaknya murah rezeki Ahmad Idham tahun nie..
said on April 10th, 2010 at 9:11 pm
itulah, banyak betul idea dia mengarah tahun ni
said on April 10th, 2010 at 6:10 pm
dia punya iklan kat radio macam best je..wajib tengok tak?hehe
artikel terkini dari aizuddin: Contest : Hidup Untuk Memberi – Menangi Dua Acer Aspire One Secara Percuma
said on April 10th, 2010 at 9:12 pm
producer target 3 juta..kenalah promote habis-habisan
said on April 10th, 2010 at 6:59 pm
cite ni best tp ending die terlalu simple la…..
pe pn suke sngt lagu die..
pe ek nama lagu n penyanyi utk lagu tema cite ni????
said on April 10th, 2010 at 9:12 pm
dah tengok ke? share lah lagi kat sini
said on April 11th, 2010 at 1:16 am
Lama dah tak ada peluang tengok filem Melayu ni.. asyik menghadap blog je ni, hehe
artikel terkini dari kulanz: Maaf Sayang, Aku Telah Menduakanmu
said on April 11th, 2010 at 1:22 am
samalah kita bro….paling kuat tengok trailer depan PC aje
said on April 13th, 2010 at 12:00 am
sy nk tau tjk lgu tema dye..kasih pe ek? lupe la
said on April 13th, 2010 at 1:29 am
haku pon tak tau….huhuhu
said on April 13th, 2010 at 2:06 pm
setakat nie..baru sekali pegi cinema…hehehe, itupun sbb teruja nak tau apa yg best sgt tonton filem di cinema…to be franked…sy lebih suka tonton di rumah jer…boleh baring2…heeeee
confirm sy akan beli dvd filem nie..coz sy minat lisa surihani…
said on April 13th, 2010 at 5:31 pm
betul tu, kat rumah boleh tengok gaya bebas ikut suka sendiri…kat cinema satu style je duduk nye..hehehe
sekarang ni saya selalu bawak budak di layan cite kanak2 kat cinema…
said on April 14th, 2010 at 12:21 am
I personally think Stilleto is better than I’m Not Single.
Certain parts in editing, directing and acting should be improved but as a whole the movie has an endearing although a bit typical underlying message. Just don’t expect much and it can pass as a warm movie experience
and I love the pairing of Jamali Sadat and Maimun Mutalib as low-middle income class husband and wife. They are hilarious, relateable in some parts and surprisingly have great chemistry
said on April 14th, 2010 at 1:30 am
Sound that you’ve watched the movie. Interesting
I’ve watched “I’m Not Single” but not Stilleto yet…so overall performance out of 5 popcorn, what would you give to the movie?
said on April 14th, 2010 at 11:19 am
Yeps, I watched this last night after work and that’s only after some ‘nagging’ by a friend to accompany her. Frankly speaking I’m not much of a fan of Malay movies except selected (very)few so I entered the hall expecting the worst haha.
Likes: Jamali Shadat and Maimun Mutalib’s acting, the unexpected focus on family values instead of childish love, relateable characters, the main background song.
Dislikes: Editing aren’t that smooth in some parts, some exaggerated acting, some cheesy dialogues, draggy at times, and I also find that some emotional parts has more potential to be executed better to leave more impact.
Leen’s rating: 3/5. Since I come in without any expectation I don’t have much to be disappointed at. Overall a typical but warm movie that is nice enough to be enjoyed after a hard day’s work
said on April 14th, 2010 at 12:18 pm
Thanks for the sharing here leen, 3.5 not bad tu
, and I noticed people are googling around to find the name of that song and free mp3 for that…hahaha
said on April 16th, 2010 at 11:45 am
cite ni sonok jg..hakhak
said on April 16th, 2010 at 3:00 pm
wah..dia dah tengok ek…ceritalah lagi
said on June 22nd, 2010 at 10:52 am
if anyone tawu lagu dlm cite ney,
pls let me know.
thank u