First Update Dari Kampung

May 14th, 2010 | 11:50 pm | Admin | 547 views | 22 responses

Salam kepada semua rakan, terima kasih masih sudi mengunjungi blog serabai ni, malam ni saya akhirnya berkesempatan untuk mengemaskini blog ni, 3 entry sebelum ini adalah secara auto publish, tapi kali ni secara live dari ceruk kampung. Mulanya cuba online guna modem 56k dengan talian telefon tetap rumah, tapi ternyata tak boleh bersabar dengan tahap ‘ kelajuan’ modem tersebut, nasib baik dapat pinjam maxis broadband anak saudara, tu pun ada satu bar je, boleh la gagah untuk bukak blog ni.

Sebenarnya saya balik kampung bermula dari hari Selasa yang lepas, singgah dulu di Cherating, Kuantan. Kemudian bersantai pula di pantai teluk ketapang Kuala Terengganu sebelum sampai di kampung. Memang berjalan sakan. Lupa pulak nak bawa balik USB cable untuk kamera dan laptop, sah satu apa pun tak boleh nak upload dalam notebook. Pengajarannya jangan gopoh gapah masa bersiap nak balik kampung, kelau gopoh mesti ada yang tertinggal.

Banyak aktiviti yang dah dibuat kat kampung ni, walaupun cuaca panas terik dan tanpa hujan sejak berminggu-minggu. Salah satu aktiviti yang saya buat adalah bawak bebudak kenal sawah padi:

Sengaja bawak bebudak ni kenal sawah padi, pokok getah, tali air, tengok live lembu, ayam, kerbau, itik etc supaya tak der lah deme ni ternganga mulut sangat bila besar nanti bila tengok benda-benda yang tak ada kat bandar. Asyik dok tengok bangunan, rumah batu, playground etc.

Selepas malam ni tak tahu bila pulak dapat pinjam broadband anak saudara ni :D , Minggu depan selepas balik dari bercuti nanti saya akan qada’ untuk lawat dan ziarah semua rakan-rakan yang sudi singgah di blog serabai ni. Dan apa yang pasti, hidup di kampung ni memang sempoi, tenang dan steady. Tak ada apa yang nak dikejarkan. Semuanya rilek je.

Selamat berblogging untuk semua…

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(22)

  1. 1

    wah bro..bestnya kat kampung… kami akan merindui mu… :-)
    artikel terkini dari zik: Malaysia kecundang, gagal mara ke peringkat akhir piala thomas 2010 Malaysia VS China

  2. 2

    lame x balik kampung.

    and tak pernah jejak kaki tepi sawah macam tu.
    takat lalu tepi sawah ade la..huhu.sadis.

  3. 3

    selamat balik kg bro… bawak2 berehat tenangkan minda.. wah udara segar tuh…

  4. 4

    balik kampung mmg seronok..dan yang paling seronok adalah anak-anak pasal boleh tengok mcm benda2 dkt kampung (ayam, itik, lembu, bendang, pokok buah2an etc) pasal dkt bandar mmg anak-anak takkan jumpa benda nie..

    aku klu balik kekg pun akan mengalami masalah yang sama iaitu tak boleh nak update blog pasal coverage yang maha teruknya..

    BTW, selamat bercuti bro..jgn lupa upload gambar2 menarik semasa dikg bila dah balik ke KL…
    artikel terkini dari Nadri: Sumber Rezeki Ada Di Mana-Mana

  5. 5

    wah balik kampung best..best..eh gambar tu pandai ambik gambar…auto publish ? macamanana nak buat eh ? aku dah try tapi tak dapat owh

  6. 6

    bestnye kampung

    saya takde kampung mcm tu :(
    artikel terkini dari .::wanie::.: Jangan Potong Bang !

  7. 7

    best balik kg…lepas ni i nk bwk ank2 tngok sawah padi la pulak…bila balik kg je bdk2 ni baru kenal ayam itik, kambing semua…ank2 i pun cam tu..tgok kambing dengan itik dh excited semacam sbb sblum ni tengok dalam dalam tv je
    artikel terkini dari suzzsuzie: Kenapa Aku Malas Baca Suratkhabar

  8. 8

    slmt bercuti bro..skrg musim main wau kat sawah..rumah aku kt kg ats sawah padi, leh tgk ramai bdk2 duk main wau

  9. 9

    Jeles jugak tengok semua org ada kampung camni T___T
    artikel terkini dari Zida: [Piala Thomas] Betul Tak Tipu, Malaysia Menang….

  10. 10

    bro, kampung kat mana ye?
    artikel terkini dari Amir: Sinar FM Kini Radio No. 1 di Malaysia

  11. 11

    bila balik kampung,dah tentu melepaskan rindu dengan masakan kampung.

    di sana menu masakan kampung apa yang paling best ? :)
    boleh memburu tak kat sana?
    artikel terkini dari sangilapi: rezeki tambahan

  12. 12

    Bestnyerr balik kampunggg..
    Saya dah sebulan xbalik, bz jer sini..
    Kg arwah atuk masih ada tau sawah padi.. Best!

    Love,
    PojiePooh Abdullah
    artikel terkini dari PoJiePooH: Majlis Pembukaan Mo’men Malaysia & Pelancaran Kelab Usahawan UiTM (UiTMXLINK)

  13. 13

    betul,kalau balik kampung terlupe hiruk pikuk kat kl nih,rase rileks je..hehe
    artikel terkini dari nadinezuharra: :: Detoksifikasi bermula..

  14. 14

    alamak rindu la plak nak balik kampung kat jasin. hehe :)

  15. 15

    salam singgah bertanya khabar..
    moga anda selalu sihat..
    klasik gamba tu..seronok bila mussim
    padi menghijau..rindu suasana tu masa
    di kedah..
    artikel terkini dari zulkbo: Goner Gamaknya Pakai Alza Ni..?

  16. 16

    klasik lah gambar tu..cantik..!
    artikel terkini dari mizzura: Happy Graduation Day lil Bro!

  17. 17

    Eloklah bagi budak2 tu kenal
    nanti lepas ni takde la tak tau langsung hehe..
    nanti dah besar sikit boleh ajak diorg berkebun ke..
    bergotong royong ke
    artikel terkini dari Syafrizal: Tinggalkan komen di blog melalui Google Reader

  18. 18

    balik kampung memang indah sebenarnya, berjumpa keluarga dan menikmati suasana tenang di kampung
    artikel terkini dari mijie: Mencari idea untuk menulis blog

  19. 19

    errmm sy pun hadapi masalah yg sama dgn en jaz..coverage di kg makin teruk pulak lately…nak terjah blog org lain pun susah…btw best kan brada di kg…tenang jer walaupun kdg2 sunyi..coz suasana dah byk berubah…

  20. 20

    sawah padi!!!
    mokteh penah tgk sawah depan mata sekali je
    i mean yang memang betul2 jejakkan kaki kat sawah
    yang lain..ada la kot sekali dua je
    nampak masa lalu kat highway ke kedah
    artikel terkini dari mokteh: Manusia Zaman Millennium Semakin Buas

  21. 21

    eloklah tu bawak budak-budak kenal dengan sawah padi, kerbau ,itik, ayam dan sebagainya sekurang-kurangnya mereka tahu bagaimana rupa kehidupan binatang-binatang ni di alam lepas taklah asal cakap ayam jer ingat KFC, balik kampung nampak ayam pun takut….
    artikel terkini dari ardzham: Macam Macam Hal, Tunggu Tunggu Lagi….

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention First Update Dari Kampung | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini