Generasi Educare Annual Sport Day 2010
April 5th, 2010 | 12:10 am | Admin | 729 views | 30 responses
Cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan melayan aktiviti bersama keluarga. Kebetulan tadika tempat anak-anak belajar aku ada buat sukan tahunan, jadi bolehlah aku tumpang seronok tengok telatah budak-budak bersukan. Generasi Educare kira masih baru lagi dalam arena pendidikan kanak-kanak di Estet Prang Besar tapi berdasarkan pemerhatian aku pusat tu semakin lama semakin berkembang dan terus mendapat sambutan di kalangan ibu bapa di kawasan Estet Prang Besar ni.

Aku mula hantar anak-anak aku masuk tadika masa umur diaorang 4 tahun 6 bulan, sebelum tu hantar rumah pengasuh je. Untuk galakkan mereka bina keyakinan diri dan bergaul dengan rakan-rakan, juga melatih mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan.
Secara keseluruhan aku puas hati lah dengan prestasi anak-anak aku bila diaorang masuk tadika ni, deme boleh belajar berdikari dan juga banyak jugak benda-benda yang sebelum ni aku tak sempat nak ajar kat rumah deme belajar dengan guru atau rakan-rakan.
Begitu juga pengajian al-quran, kalau mengaji dengan aku atau isteri, deme tu buat dek je, susah betul nak mengaji, tapi sejak hantar deme ke sekolah tu Alhamdulillah laju dan bagus pengajian Al-quran mereka.
Rakaman video amatur yang sempat aku rakam dengan gunakan Olympus u820 dan godek pula dengan Windows live movie maker untuk diupload ke laman Youtube:
Btw semalam anak perempuan aku yang berumur 5 tahun dah kenakan aku dengan dua teka-tekinya yang tak terlintas pulak dalam fikiran:
- Gajah terbang nampak apa? ..soalan dia pada aku, punyalah jenuh aku dok teka apa jawapannya rupanya jawab dia dengan selamba, “Gajah terbang nampak pelik lah, mana ada gajah boleh terbang”..huhuhu
- Kuman makan apa? ….apa punya soalan lah, tapi aku cuba jawab jugak macam-macam semuanya tak betul, jawapan yang betul katanya “kuman makan biskut kotor”…pulak dah, aku tanya sapa bagi jawapan tu, dia cakap cikgu yang bagi. Mungkin mesej cikgu supaya bebudak tak makan biskut yang dah jatuh atau kotor..hehe














said on April 5th, 2010 at 1:16 am
Haha..comel sungguh soalan itu..hehe..bleh saya bagi teka teki nih kat orang len plak nih..hehe
artikel terkini dari Jmay: Rezeki dikala sibuk
said on April 5th, 2010 at 8:07 am
teka teki? emm…
artikel terkini dari diden: Blogger melancarkan "New Template Designer" !
said on April 5th, 2010 at 7:04 pm
biasalah teki2 budak2 mmg pelik2..
artikel terkini dari boss: Saya layak untuk dapat Gold Card credit card?
said on April 5th, 2010 at 11:42 pm
@Jmay…garu jugak kepala hahaha
@diden…
@boss…itulah pasal
said on April 5th, 2010 at 2:09 am
teringat pulak pusat tuisyen dekat rumah aku dulu. amal educare. skang ni dah tutup rasanya. hehe
artikel terkini dari zaiMi: Perlumbaan Formula 1 Di Malaysia 2010
said on April 6th, 2010 at 2:44 am
tutup? mesti kes mismanagement tu…patutnya bisnes tu bagus tu
said on April 5th, 2010 at 7:46 am
tak sempat nak jawap dah ada jawapan dah..haha..layan teka teki dengan budak-budak best kot..manjang orang tua yang kena ja..tapi kalau layan teka-teki orang tua, kena fikir tersurat tersirat sekali la..tuh pon jenuh nak jawap..haha
artikel terkini dari Azizuan: Tiga Siri TV Mesti Tonton
said on April 6th, 2010 at 2:45 am
itulah pasal, jawaplah apa pun mesti salah aje jawapannya hahaha
said on April 5th, 2010 at 8:03 am
nostagia beb, tgok bebudak tu.. huhu…
artikel terkini dari diden: Blogger melancarkan "New Template Designer" !
said on April 6th, 2010 at 2:45 am
seronok dapat main macam budak-budak
said on April 5th, 2010 at 8:41 am
kanak-kanak cepat belajar. btw, zaman kanak2 zaman yg paling best rasanya. innocent je.
artikel terkini dari Amir: ABPBH 2009: Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular
said on April 6th, 2010 at 2:46 am
tak payah nak fikir apa, makan, main, makan main je..lepas tu beli barang mainan hahaha
said on April 5th, 2010 at 8:41 am
hahahahahha
ok aku akan ingat jawapan pasal gajah tu
mesti kalau jumpe anak buah aku dia tanya soklan macam tu hahaha
artikel terkini dari .::wanie::.: How I Track My Visitor
said on April 6th, 2010 at 2:47 am
betul tu, kena berjaga2 dengan soklan2 kuiz dari bebudak
said on April 5th, 2010 at 9:50 am
teringat zaman tadika dulu2
ada lagi satu
gajah terbang dgn bersusah payahnya
artikel terkini dari Wan Perlis: Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging
said on April 6th, 2010 at 2:47 am
hahaha..betul tu, boleh jugak gitu
said on April 5th, 2010 at 10:20 am
we wont grow!!!
artikel terkini dari zik: Pamela Anderson dan Dot Dot Dot
said on April 6th, 2010 at 3:03 am
betultu bro zik..
said on April 5th, 2010 at 11:06 am
Syg nya ko dh bagi jawapan pd teka-teki tu..blh gempak tu!
said on April 6th, 2010 at 3:04 am
hahaha
said on April 5th, 2010 at 3:56 pm
sesekali ayah dihangitkan oleh anak2nya pun OK whats..
terimgat anak no. 2 aku yg tak nak pergi tadika masa umur 5 tahun..hangin betul dibuatnya..yuran dah bayar penuh utk setahun..
artikel terkini dari Nadri: Perginya Seorang Pelawak & Penghibur
said on April 6th, 2010 at 3:06 am
hahaha..selalu dihangitkan oleh anak-anak,…., banyak juga rugi tu ek
said on April 5th, 2010 at 4:51 pm
he…23x baik punya teka teki ek…kalau teman pun sure xleh nak jawab
artikel terkini dari framestone: Pembentangan Status Kewangan March 2010
said on April 6th, 2010 at 3:06 am
jawap lah apa pun mesti salah aje dengan diaorang tu
said on April 5th, 2010 at 6:14 pm
Teringat teka-teki pasal gajah terbang nampak apa tu. Anak saya juga pernah memberikan soalan yang sama. Tapi jawapan yang berbeza.
Jawapan : Gajah terbang nampak pelik
said on April 6th, 2010 at 3:07 am
hahaha, itulah deme tu
said on April 5th, 2010 at 11:04 am
bapa yang gigih..hah..hah..
said on April 6th, 2010 at 3:08 am
ko pun mama yang gigih…aku boring dok dlm dewan, tu yang aku sibuk amik gambor2
said on April 5th, 2010 at 10:59 pm
Salam,
Sweet tul kan kerenah anak-anak ni. Best tu teka-teki…pekena bapak nmpaknya..hihi…leh pakai teka-teki ni…hehe….
artikel terkini dari Nozi: Panggilan SPAM?
said on April 6th, 2010 at 3:08 am
budak-budak, kalau ada kat rumah bising n riuh, kalau tak der dia orang sunyi pulak