Halimah Jongang : Bila Keuntungan Mengatasi Sensitiviti
January 25th, 2010 | 7:55 am | Hiburan | 8,504 views | 31 responses
Saya tidak pasti bila sebenarnya cereka Halimah Jongang mula disiarkan oleh salah sebuah stesen televisyen kabel berbayar di negara ini, cereka bercorak komedi tersebut memaparkan watak seorang anak gadis yang agak jongang menghadapi suasana harian dengan pelbagai sindiran dan bahan jenaka masyarakat sekelilingnya. Pertama kali menonton siri tersebut saya merasa agak janggal kerana kelihatan seperti seseorang yang jongang ini begitu lekeh kedudukannya di mata masyarakat kampung, padahal fikir saya semua manusia tahu bahawa jongang bukanlah sesuatu yang diminta oleh individu terlibat, bukannya dia pergi buat pendedahan plastik untuk menjadi jongan, sebaliknya ianya kurniaan daripada Allah S.W.T yang maha kaya lagi menciptakan sesuatu tanpa sia-sia.

Maknanya boleh tak kalau dikatakan mereka yang mentertawa dan mempersendakan insan lain yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dengan gigi yang agak jongang sebagai mentertawa dan mempersendakan ciptaan Allah S.W.T, sedangkan mereka itu sendiri juga diciptakan oleh Allah S.W.T. dan kerana sifat Allah S.W.T sendiri yang maha kaya sudah tentu setiap ciptaanNya mempunyai hikmah dan sebab musabab yang hanya Dia mengetahui sedangkan manusia sebagai makhluk yang diberi akal fikiran untuk berfikir gagal mengunakan akal fikiran mereka.
Saya juga terbaca satu blog posting di SINI yang kurang bersetuju dengan siaran cereka tersebut seolah-olah menghina mereka yang dilahirkan jongang ini begitu hodoh dan selekeh.
Memang kalau dilihat dalam beberapa scene dalam cereka tersebut skrip dan dailognya agak keterlaluan dan saya rasa dalam dunia realitinya pun tak kan lah ada di kalangan manusia yang sanggup menghina mereka yang jongang dengan cara sedemikian rupa. Sedungu-dungu atau sebodoh-bodoh manusia, lebih lebih lagi yang dilahirkan sebagai umat Islam sudah tentu mengetahui bagaimana berdosanya menghina atau menyakitkan hati sesama manusia.
Dan saya juga terfikir siapa pulak yang tiba-tiba datang idea untuk membuat sebuah cereka khas untuk mereka yang jongang ni, apa maksud dan niat mereka sebenarnya hanya mereka yang tahu, mungkin mereka cuba untuk menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat mengenai isu jongang ini, namun apa sebenarnya mesej saya tidak dapat meneka.
Pada masa yang sama saya tidak pasti sama ada sensitiviti mereka yang dilahirkan jongangtutur diambil kira sebelum pembikinan cereka berkenaan, dan juga apakah kesan cereka berkenaan kepada penonton yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang latar belakang pendidikan, bagaimana penerimaan kanak-kanak sekolah yang diketahui memang suka mengejek kawan-kawan mereka, mungkinkah mereka akan mendapat idea baru untuk mengejek rakan mereka yang jongang di sekolah nanti selepas menonton cereka ini?. Bagi golongan dewasa juga ada yang boleh berfikir dengan waras dan ada juga yang sengaja tidak mahu berfikir kerana takut merosakkan kapasiti otak mereka lalu akan timbul pula pelbagai kesan yang tidak terjangka oleh pembuat cereka berkenaan. Dan berdasarkan klip-klip yang disiarkan oleh saluran terlibat, sini siap ada Halimah Jongang siri la pulak……



















said on January 25th, 2010 at 1:54 pm
saya setuju…..smalm pun sempat tengok ngan family sambil hati dok terfikir kawan yg agak jongang jugak. Saya tak nak kawan sy tue kena usik begitu…sy tak paham apa objektif cite tue..
shahrinabd had an interesting article on ..Misi Blogwalking Tengah Malam
said on January 25th, 2010 at 7:09 pm
itulah pasal…bila nilai komersil jadi fokus utama
said on January 26th, 2010 at 11:58 pm
dulu pun kita ada jugak terlibat dalam kes ini, khasnya si alias tu dgn cik kam
said on January 27th, 2010 at 12:27 am
hahahaha…adulah
said on January 27th, 2010 at 9:41 pm
sy dok tgk citer halimah jongang da series nih…hehe,
dulu sy pernah tgk telefilem halimah jongang nie..time tu sy fikir agaknya penulis skrip nk tonjolkn moral value melalui citer tu…iaitu org yg bergigi jongang jg manusia yg tiada beza dr segi perasaan malah lebih sensatif berbanding yg agak sempurna…so bila adanya citer nie penonton akn sedar satu perkara…ntahlah..sekarang pun sy masih lg positif…maybe itulah realiti yg kita x tau…kan en jaz…*))
said on January 28th, 2010 at 12:27 am
..cuba nak fikir positif, tapi macam tak logik orang kutuk orang lain macam gitu…ada dua kemungkinan kesan kepada penonton : akan insaf atau boleh jadikan contoh/reference untuk kutuk org lain…hahaha
said on January 28th, 2010 at 2:09 am
hahahaha..creative thinking!!
disebabkan sy nie mmg suka berfikir mcm ahli “falsampah”…tertanya jg ada ker org yg suka kutuk org style tu…hrp2 xder la kan..aduii..positif lg…hehe
said on February 12th, 2010 at 10:23 pm
Sekadar berkongsi pengalaman. Saya tidak lah dilahirkan jongang, tetapi oleh kerana semasa saya membesar tidak lama dahulu, saya berkesempatan untuk berpindah-randah bersama keluarga, jadi apa yang dizahirkan di dalam drama Halimah Jongang telah saya alami.
Setelah menjadi dewasa dan kadang2 kembali juga ke kampung, saya dapat lihat dengan jelasnya perbezaan cara orang di kampung & di bandar. Percaya atau tidak, kalau setakat diketawakan kerana kurang menepati standard..rasanya tuan punya badan mungkin sudah lali..tetapi yang dahsyatnya apabila kata2 perli dan sinis pedas seakan2 dianggap seperti kebiasaan.
Makiko S – Mangsa yang pernah disamakan dengan haiwan kerana rupa paras selama belasan tahun.
Makiko S had an interesting article on ..Managing Expectation: It helps, seriously!
said on February 22nd, 2010 at 6:19 pm
Salam Siti Jarum,
Saya berterima kasih kerana membela orang-orang bergigi jongang daripada dihina oleh penerbit drama/telefilem Halimah Jongang (HJ) yang tidak bertamadun.
Terus terang saya dedahkan bahawa saya bergigi jongang. Anak saya ada dua orang bergigi jongang. Emak saya, pun bergigi jongang. Kami jadi begini kerana atas kehendak takdir ALLAH.
Asbab duniawinya dikatakanlah sebagai faktor genetik dan lain-lain kegagalan biologi.
Kecacatan ini bukan dipinta dan tidak menyusahkan hidup sesiapa pun. Tapi kenapa ada individu seperti A. Aida ini sanggup menghiris perasaan orang seperti kami.
Dulu di sekolah, perkataan ‘jongang’ itu saya sangat benci. Saya akan mengamuk jika ada yang cuba menghina di atas kecacatan kecil ini. Ramai yang takut dan tidak berani mengeji. Kini timbul lagi individu yang mengeji tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka ada kuasa penyiaran yang sangat besar. Mereka menghina orang jongang secara terang-terangan dan meluas menerusi siaran televisyen biasa dan satelit. Saya tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Kenyataan penerbit (A. Aida) bahawa tiada penghinaan kerana kami adalah sebahagian daripada masyarakat adalah amat tidak masuk akal. (http://layarebiu.blogspot.com/2009/04/396-bukan-hina-jongang-halimah-jongang.html). Kami tidak dapat menerima kenyataan bodoh seperti itu. Kami hanya cacat pada gigi, bukan cacat pada pemikiran. Mereka yang terlibat dengan penerbitan HJ inilah sebenarnya terencat otak. Mereka itu ialah penerbit, pengarah, pelakon, penulis lagu tema, dan peminat drama HJ! Saya ingin menegaskan, bahawa judul drama, judul lagu, senikata lagu dan watak Halimah (Sheera) amat menghina dan mengeji orang-orang bergigi jongang.
Tapi mujurlah Siti Jarum menulis dan menghentam penerbitan drama ini pada 21 Feb 2010. Terima kasih sekali lagi. Sekurang-kurangnya kami rasa TERBELAlah juga. Saya harap melalui penulisan Siti, pak menteri yang berkaitan penyiaran dan kesopanan serta kesusilaan akan sedar aktiviti “penghinaan nyata” ini.
Kesimpulannya, kesan daripada penayangan drama yang kurang ajar ini ialah:
1) Kanak-kanak bergigi jongang sudah dibuli, disakat, dan dipermainkan di sekolah oleh teman-teman yang perasan sempurna sifat zahirnya.
2) Kanak-kanak kecil secara automatik diajar menghina orang dengan menyanyi lagu tema HJ di depan orang jongang.
3) Seluruh masyarakat Malaysia diajar menjadi tidak sensitif terhadap orang lain lagi.
4) Orang jongang akan terus dihina dan diperbodohkan oleh penerbit-penerbit jahil seperti A. Aida.
5) Jenis-jenis kecacatan yang lain juga bakal diguna sebagai bahan senda gurau oleh syarikat penerbitan filem.
6) Drama Melayu akan menjadi wadah yang semakin kurang ajar.
Begitulah kisahnya. Terima kasih sekali lagi daripada saya. Teruskanlah idea penulisan kritikan bernas lagi berapi anda seperti selalu.
Jangan hiraukan kritikan daripada individu yang terencat otak.
Sekian.
- Zam, Jitra Kedah. (019-4911335)
said on February 22nd, 2010 at 10:02 pm
ok dapat mesej tu…tapi sini bukan Siti Jarum…
said on February 23rd, 2010 at 10:10 am
Encik Tomyam, saya tahu anda bukan Siti Jarum. Tujuan saya hanya untuk menyebarkan surat ucapan terima kasih saya kepada beliau. Semoga orang lain juga tahu isi hati pihak kami. Sekian terima kasih.
said on February 22nd, 2010 at 10:30 pm
Cerita Halimah Jongang penuh dgn moral..takde pulak mengajar org panggil org lain terencat akal. fikir dulu sebelum menghentam.
said on February 23rd, 2010 at 10:08 am
Kau mengajar orang untuk menghina dan mempersendakan orang-orang yang mempunyai kecacatan. Sekarang kau sendiri sudah hilang nilai pertimbangan yang waras kerana bersekongkol dengan pihak yang jahil itu. Di mana akal waras kamu? Itulah maksud aku tentang istilah ‘terencat otak’.
said on February 23rd, 2010 at 11:11 am
Halimah Jongang menghina
Oleh: sitijarum@utusan.com.my
(PANCAINDERA, Ahad, 21 Februari 2010)
SEBENARNYA Siti tak tau langsung tentang wujudnya drama bersiri Halimah Jongang. Tapi bila banyak e-mel melayang masuk sejak seminggu lalu yang marah-marah kepada orang yang membuat drama Halimah Jongang, Siti pun risik-risik dengan kawan-kawan. Memang benar ada drama berjudul Halimah Jongang. Lagu tema drama itu pun popular.
Siti hanya menggeleng-geleng kepala macam tak percaya langsung ada produser atau pengarah drama yang sanggup menghina orang. Siti pasti kalau Siti tanya pengarah atau produser drama itu, dia orang mesti akan cakap, “ala ini drama komedi.” Bagi Siti tidak kiralah komedi atau apa, menjaja keburukan wajah orang adalah penghinaan.
Masa kanak-kanak dulu ibu Siti selalu pesan, jangan sama sekali kita ketawakan orang yang berwajah buruk, cacat dan sebagainya. Ini kerana orang itu pun dikurniakan Tuhan, bukan kehendak dia. Siti pegang pesan itu hingga hari ini.
Sebab itulah siti sangat menyampah dengan siri sitkom yang menjadikan orang cacat sebagai bahan lawak. Orang bisu, orang pekak dan orang buta semuanya dipermainkan dan penonton yang tidak berapa cerdik pun ketawalah.
Begitu juga dengan Halimah Jongang, khabarnya rating drama bersiri ini tinggi memuncak. Dulu hanya sebuah telefilem saja, bila ada potensi menaikkan rating, dapat pula tawaran dijadikan siri. Adakah kita sanggup membiarkan fenomena mempersendakan sesama manusia ini berterusan dan yang ketawa macam mabuk todi bukan orang lain, orang Melayu juga.
Siti tidak dapat membayangkan bagaimana ada sesetengah daripada kita (sama sekali bukan Siti) yang terhibur dengan mempersendakan orang. Siti sama sekali tidak faham orang yang macam ini. Adakah mempersendakan orang sudah dibolehkan dan menjadi satu prasyarat sebuah masyarakat Melayu yang bertamadun? Kalau tidak, masakan rating ini menjulang tinggi dan produsernya pula menerima khabar dengan gembira.
Kalau orang tanya Siti, Siti akan kata Siti tak sanggup sama sekali untuk berbuat begitu. Produser drama ini tau tak bahawa setiap kali drama itu ke udara, orang –orang yang berwajah demikian akan terluka? Seperti kata satu pengirim kepada Siti, “Kalau nak cari rezeki dengan buat drama pun janganlah mempersendakan orang. Saya sangat terluka apabila kata-kata seperti Halimah Jongang… Halimah Jongang menjadi mainan di bibir kanak-kanak.”
Siti percaya mereka yang jongang tentu tidak akan mengambil tindakan undang-undang kepada produser dan pengarah. Mereka hanya memendam luka yang tersiat dek kepala otak yang memikirkan duit semata-mata. Lebih menyayat hati khabarnya produser yang sama akan membuat drama Fatimah Juling pula selepas ini.
Kepada produser dan pengarah yang bersekongkol dalam agenda mempersenda sesama manusia ini, gunakanlah bakat dan kemampuan anda dengan cara yang tidak menghiris hati orang. Banyak lagi cerita yang boleh ditulis, bak kata pujangga, ilham itu luasnya bagai lautan. Janganlah ambil jalan pintas buat Halimah Jongang. Anda mungkin boleh jadi jutawan tapi jangan lupa, itu adalah hasil kepedihan orang yang anda persendakan.
said on February 23rd, 2010 at 11:54 am
Tolong hentikan Halimah Jongang
Drama Halimah Jongang patut dihentikan tayangannya. Kenapa orang Melayu mudah sangat menjatuhkan maruah bangsanya sendiri? Bukankah kita ketahui setiap insan ada kelebihan dan ada keburukan yang tersendiri. Adakah insan yang bergigi seperti itu meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa? Adakah satu kesalahan untuk hidup di muka bumi ini? Adakah satu dosa? Insan seperti ini bukan melakukan dosa sehingga mereka dicaci dan dihina.
Drama yang ditayangkan memberi impak yang besar kepada para penonton. Di luar sana kes-kes seperti buli dan akhirnya bergaduh adalah berpunca dari faktor menghina orang. Tidak bolehkah rakyat Malaysia kita hidup dalam keadaan yang aman tanpa menghina dan mencaci? Hentikan mengata sesama sendiri. Jangan sesekali mencaci sesama manusia walaupun secara bergurau. Ingatlah setiap yang lahir ada keburukan dan kebaikan. Ayuh mari kita sama-sama renungkan, moga kita dihindari dari kesalahan tersebut.
AL-ALIF, Pahang.
(Tersiar dalam Pancaindera, 21 Februari 2010, ms:20, segmen BukanNakKata)
said on February 25th, 2010 at 8:01 pm
entri yang sama gak ditujukan khas buat tajuk ini..haihhh
ben ashaari had an interesting article on ..Halimah Jongang tiada niat menghina
said on February 25th, 2010 at 8:51 pm
sudah lawat dan baca..mantap sekali ulasan tu…
said on February 28th, 2010 at 3:28 pm
Bacalah Pancaindera hari ini di halaman 10. Ada orang belasah si penerbit A.Aida cukup-cukup. Semua hujah Aida di halaman 11, tak boleh dipakai. Cakap tak berfakta. Tegakkan benang basah. Semua drama dia berasaskan persendaan keburukan orang e.g: juling, jongang, busuk, dan kambing.
said on February 28th, 2010 at 4:31 pm
tapi apa yg saya perasan sekarang ni makin dikritik makin kuat pulak promosi dan iklan dekat semua saluran ASTRO…macam ada perang psikologi lah pulak…then aku cuba cari kot-kot ada filem negara luar yang buat drama pasal buck-teeth ni, tak der lak aku jumpa atau mungkin belum lagi…..
said on March 2nd, 2010 at 4:10 pm
Tomyam, thanks for your research. Ini menunjukkan bahawa penerbit bernama A.Aida & sekutunya ni benar-benar tidak sensitif dan tidak beretika dalam berkarya. Dia cetuskan fenomena negatif dalam industri penerbitan mengalahkan penerbit Mat Salih. Memalukan orang Muslim sahaja.
said on March 2nd, 2010 at 4:14 pm
itulah pasal, macamana industri filem melayu nak maju kalau setakat buat filem atau drama berkaitan benda-benda gitu….adoilah
said on March 2nd, 2010 at 3:53 pm
salam….. saya seorang guru, tidak di nafikan saya seorang yang jongang.. pada saya drama ini patut di hentikan, ia banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan… saya sendiri telah mengalami situasi dimana saya telah di ejek oleh anak murid sendiri dengan menyanyikan lagu tema “halimah jongang”, sambil mereka gelak ketawa, walaupun terdapat pelajar lain cuba memprotes tindakan pelajar nakal itu…. Kalau cara kurang hajar pelajar tersebut tidak menyentuh kekurangan diri saya mungkin saya telah panggil pelajar tersebut….. tapi kali ini dengan keadaan tebal muka, saya berlalu seolah2 tidak mendengar apa yang mereka gelakkan…
said on March 2nd, 2010 at 4:12 pm
W’salam, masya Allah….itulah yang kita semua tak mau, kesan kepada mereka yang masih belum mengertiatau saj buat-buat tak reti, tak tahulah apa yang ada dalam kotak fikiran mereka yang terlibat dalam pembikinan dan penyiaran filem dan siri TV tu….
said on March 2nd, 2010 at 4:17 pm
Fais, saya simpati kepada anda dan orang-orang yang dipersenda oleh A.Aida Productions. Oleh itu saya telah menubuhkan Facebook yang membela anda semua. Mari join kami di – http://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000758930169
Atau, anda boleh search BENCI HALIMAH JONGANG DRAMA. Pasti anda jumpa dan add sebagai rakan. Di situ anda akan jumpa fakta-fakta, hentaman, dan hujah-hujah balasan yang ditujukan kepada A.Aida – ibu segala persendaan dan penghinaan terhadap orang-orang jongang (lepas ini orang juling dan hapak pula jadi mangsa dia).
said on March 4th, 2010 at 9:13 am
lepas cerita halimah jongang…astro nak siarkan telefilem “fatimah juling” pulak dlm masa terdekat nie…tak perasan hari apa akan disiarkan…apakah???
**kesian dgn fais…
said on March 4th, 2010 at 9:17 am
semua suka dan rasa hebat dapat buat jokes dan duit dengan memperlekehkan benda yang tuhan kurniakan….maklumlah……
said on March 13th, 2010 at 3:19 pm
Macam-macam boleh dipersendakan di Media. Malang sungguh mentaliti pengarah dan produser. Kesan paling kuat, lagu Halimah Jongang anak menjadi sumber ejekan pada individu jongang
artikel terkini dari imran: Fatwa Membaca Talqin Ke Atas Mayat
said on March 13th, 2010 at 9:35 pm
macam-macam alasan dan helah boleh dijawab sementara mulut dan lidah masih boleh berkata-kata ni…mungkin mereka sanggup ambil tanggungjawab bila lagu mereka di gunakan untuk mengejek mereka yang jongang…
said on March 19th, 2010 at 12:04 pm
aku tak tau kenapa ada cerita ni..bestnye pada jalan cerita..mb..tu yang org nak tengok..yg effek dari cerita ni..mb byk keburukan dr kebaikan..
artikel terkini dari aizuddin: Kenapa Mesti Tengok Drama Tv3 Dalil Cinta?
said on June 4th, 2010 at 10:29 am
bagi pendapat saya la kan, cerita banyak memberi unsur-unsur kemanusiaan kepada kita….
kita dapat lihat walau dalam keadaan jogang masih ada yang menyayagi dan megasihi halimah…
dari sini kita dapat lihat masih ada nilai-nilai kemanusiaan yang di selitkan dalam cerita ini….
kenapa kita harus megambil adegan-adegan sensitif tanpa memandang nilai-nilai positif yang di selitkan dalam cerita ini…
cerita ini hanya sekadar hiburan….kalau tiada cerita ini pun kaum yang megalami sintom ini tetap di ejek… jika kita punya peribadi yang baik kita takan megejek org sesuka hati…
gejala megejek bukan datangnya dari sebuah drama tapi lahir dalam diri kita sendiri….
said on July 19th, 2010 at 12:01 am
kadang kalau tengok drama macam ni, aku selalu cakap dalam hati.. patutlah drama malaysia jarang dapat award.. tak ada idea lain nak buat cerita.. perkara2 sensitif selalu dibuat lawak.. langsung tak fikirkan perasaan orang lain.. sakit hati tengok