Happy 6th Birthday Tomyam Junior

February 20th, 2010 | 12:02 am | Admin | 611 views | 18 responses

Pada detik dan waktu yang sama seperti malam ni, tetapi enam tahun lalu abah dalam keadaan gelisah, resah dan berdebar-debar kerana keadaan mami yang sakit dan tidak selesa, pada sebelah siangnya abah sudah bawa mami ke hospital namun doktor minta balik berehar di rumah memandangkan bukaan peranakan mami masih kecil, tambahan pula rumah dengan hopital tidak sampai 5 kilometer. Selepas jam 12 malam keadaan perut mami makin tidak stabil, sekejap sakit sekejap tidak.

Selepas tu bila nampak pergerakan dalam perut mami semakin aktif dan macam sudah tiba masanya, abah bawa mami ke hospital lebih kurang jam 2.30 pagi, dan lebih kurang 4.00 pagi doktor dan jururawat memanggil abah untuk turut sama menyambut kelahiran seorang bayi, Masa tu belum tahu lagi bagaimanakah rupa keadaan bayi tersebut sehinggalah selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi. Alhamdulillah.

Abah akan sentiasa ingat bagaimana kepala baby mula-mula muncul untuk menghirup udara dunia buat pertama kalinya dan bagaimana tangisan pertama bayi tersebut memecah kesunyian malam di wad bersalin tu. Dan abah jugak, sepertimana bapa-bapa lain mengazankan dengan lembut dan syahdu  ke telinga bayi tersebut, kalimah tauhid yang perlu didengar oleh setiap bayi yang lahir di dunia.

Dan mami juga menceritakan bagaimana sebaik sahaja melihat wajah comel bayi didakapannya, segala kesakitan dan kesusahan selama 9 bulan mengandung dan melahirkan bayi tersebut terasa hilang. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui betapa nikmatnya merasai pengalaman itu dan hanya kesyukuran yang dapat di panjatkan kepada Allah S.W.T.

(Ketika baru berusia sehari menghirup udara dunia, dan siap kena jaundis lagi, jenuh jugak nak cari ubat masa tu, pengalaman pertama kali memang agak sukar)

Itu cerita 6 tahun lalu, hari ini dah genap 6 tahun kewujudan tomyam junior di dunia ini dan bakal mengharungi cabaran yang entah macam mana nanti, kalau dulu ada generasi baby boomers, kemudian generai X, selepas tu generasi Y. Dan bagi mereka yang lahirkan selepas tahun 1995 kalau tidak silap di panggil generasi Z.

Apa yang pasti keadaan sosial dan persekitaran begitu cepat berlalu persiapan dan persediaan perlu dilakukan secukupnya untuk menghadapi cabaran masa depan.

Dengan keadaan sosial dan isu keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi ni, sebagai ibu bapa sejujurnya abah dan mami merasa sedikit gementar dengan keadaan masa depan 20 atau 30 tahun akan datang. Apa akan jadi kepada generasi Z ini nanti. Sudah pasti semua orang mengharapkan keadaan yang terbaik.

Apa-apa pun, selamat hari lahir junior.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(18)

  1. 1

    slmt ari kadik, syang…muahhhh

    • 2

      tengkiu..muahaha

  2. 3

    happy birthday tomyam jr..;)
    ReD had an interesting article on ..~ BUDAK PEREMPUAN YANG BARUUU JER LULUS TEST ~

    • 4

      tengkiu…hehehe

  3. 5

    indah sungguh perasaan menyambut kelahiran bayi pertama kan.
    selamat hari jadi buat junior…semoga jadi org yg berguna mcm seniornya…hehe

    • 6

      betul…bro, perasaan nikmat dan indah tu tak tau macam mana nak cakap dengan perkataan….hehehe, tima kasih bagi pihak junior bro..

  4. 7

    selamat hari lahir..jadai insan yang mudah disenangi..kasihi.
    suri had an interesting article on ..Gay…oh Gay

    • 8

      insya Allah

  5. 9

    Happy 6th birthday little hero….:))

    moga dirahmati n diberkati…

    moga jadi anak yg cerdik, soleh n membanggakan mami n abah…amiiin

    1 more thing….jangan ‘hot’ kat adik lagi yea…..:))

    • 10

      Insya Allah..amin hehehe

  6. 11

    wah tahniah bro.. tumpang gembira..
    zik had an interesting article on ..Kepentingan makanan berkhasiat.

    • 12

      tima kasih bro..hehehe

  7. 13

    Happy Birthday Tomyam Jr…… Bila nak buat blog sendiri? Daddy dah ajar tak?
    Papa-Roq had an interesting article on ..Money Money | Saya Ada Duit 100,000….

    • 14

      daddy tak mau ajar…pasal dia merupakan pengomen utama kalau daddy tak nak temankan dia layan citer kartun..huhuhu

  8. 15

    mungkin selepas ini, akan muncul generasi terakhir huhuhu

    iaitu generasi sebelum kiamat… bila munculnya?? Ana pun xtau, yang pasti kiamat sudah dekat
    framestone had an interesting article on ..Nikahnya Zina

    • 16

      …pasti..semakin pasti bro..

  9. 17

    selamat hari lahir..
    lebih hensem dari papa dia..hihihi
    aku akan mengalami pengalaman kali ke 3 bulan 4 ni..
    anak bakal lahir..
    Mus had an interesting article on ..Bagaimana Nak Elak Blog Anda Daripada BANDWIDTH LIMIT EXCEED??

    • 18

      tima kasih bro….Alhamdulillah bro dah mendahului aku tu..aku kena follow dari belakang kalau cam tu hehehe

Leave a Reply