Hero Macho Asyik Kena Pelempang

February 3rd, 2010 | 12:08 am | Melayu, Nasional | 679 views | 18 responses

Malam ni kebetulan saya dapat sedikit kesempatan untuk melihat drama melayu tempatan di saluran televisyen, bukan senang nak dapat tengok siaran tv semenjak dua menjak ni, sebabnya ‘remote control’ dikuasai oleh pihak lain yang lebih memberikan fokus kepada saluran 611,612, 613 dan seterusnya. Kebetulan malam ni pihakyang menguasai alat kawalan jauh tu saya dah hantar pergi tuisyen, jadi dapatlah sekejap mengimbas siaran-siaran TV saluran normal.

Sekali saya tertengok drama melayu tempatan, ntah tak tahu apa tajuknya tapi yang pasti semestinya berkaitan dengan cinta pasangan anak muda. Masa tu adegannya hero drama tu sedang berbicara dengan seorang perempaun, mungkin saya rasa heroinnya lah kot, ntah apa sebabnya tetiba jer slap!..tengan perempaun tu dengan ringannya menampar muka hero hensem lagi macho tu, dan hero macho dan hensem tu terkejut tapi rilek tak buat apa-apa.

Aksi spontan perempaun tersebut yang pantas menampar hero macho lagi hensem tu membuatkan saya terfikir, dah banyak kali rasanya saya tengok adegan macam tu dalam siaran drama-drama ni, tak kiralah belah barat ke asia ke timur ke semuanya sama, bila tengah bertekak ada je yang cepat dan ringan tangan untuk bagi penampar, tapi setakat ni tak de lah pulak saya tengok orang yang kena tampar tu membalas balik tamparan tu, mungkin pasal dalam filem atau drama. Agaknya kalau realiti sebenar mahunya kena ‘backhand’ jugak si penampar tadi….agaknya lah.

Macam-macam reaksi spontan dan rumusan yang terkeluar dari fikiran saya akibat peristiwa ringkas itu, antaranya:

  1. Kesian la pulak tengok hero macho lagi hensem tu, senang jer dapat penampar dari girlfriend, tu belum jadi isteri lagi, silap-silap mahu dapat flying kick;
  2. Kalau nak jadi hero filem kena control macho, relakan pipi kena penampar berbayar (bukan free, dapat duit walau kena tampar pun);
  3. Nape cepat sangat panas baran perempuan itu, kalau tak tampar tak leh ke? rasanya hero tadi pun bukannya meraban tak tentu pasal;
  4. Kenapa pengarah nak masukkan jugak adegan tampar dalam drama tu?
  5. Kenapa lepas kena tampar jer si hero tu baru macam tersedar, sedar dari apa? ntah…

Dan cerita pasal tampar ni last sekali saya kena tampar masa sekolah rendah dulu, dek cikgu matematik, kesnya cuma jawap soalan salah jer. Kalau zaman sekarang cikgu buat camtu, hari ni tampar esok muka cikgu tu dah popular kat media massa ngalahkan artis. Apapun saya tidak pernah rasa benci dengan cikgu tu dan bila balik kampung jumpa masih menghormati beliau, kalau tak kerana tamparan tu mungkin saya sampai sekarang tak pandai matematik.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(18)

  1. 1

    mesti hero tu senyum je kan bro lps kena penampar?kalau die marah konpem x macho namenye..hehehe

    ps; channel tu semua mmg bez..ank2 mmg suke..kdg2 mak bapak pon trut same..hehee
    azizan4444 had an interesting article on ..Aku Benci Diri Sendiri

    • 2

      tak pun pasal yg tampar tu lawa….cuba kalau yg tak lawa…hehehe

  2. 3

    dlm dunia realiti skrg nie rasanya dah xde kot acara tampar menampar sesama pasangan nie…yelah..skrg nie bkn blh cuit sket…”see u in court”…hehe, tp x tau la pulak corak percintaan remaja skrg..mungkin x sama dgn apa yg sy alami dulu, kini dan selamanya…hehe,

    • 4

      eh ni cerita latest izzan, saya pun x kenal nama2 pelaokn tu, semuanya muda rumaja lagi hehehe

  3. 5

    hari ni dalam surat khabar, suami buat report kena flying kick kt bini. Agaknyer masa dia bercinta dulu, dah pernah kena tampar kot..

    • 6

      ha ah, aku baca jugak Kosmo! ke? serius ganas pompuan tu…siap laki dia jadi macam amah la pulak kena dera…ganazzz..hahah

  4. 7

    waduh..selamat diri ku xberapa hensem untuk ditampar huhuhu
    framestone had an interesting article on ..Tanda @ Marking

    • 8

      ataupun kena tampar dulu baru berubah jadi hensem bro? hahaha

  5. 9

    La nie takleh sebarang tampar..bebudak dulu kebal..bebudak skrg tak dia sakit telinga tak dgr ke…mak bapak dia yg sakit hati he he sbb anak pernah kena penampar ringan…aku lak yg rasa marah…

    • 10

      hehehe..tu lah pasal chief…zaman berubah

  6. 11

    masa belajar dulu..ada member kena plempang dgn boy friend dia.. kami yg jadi kengkawan dia lak yg rasa bengang sebab girl tu masih dok setia ngan budak lelaki tu…. agak2 la.. kalau sebelum kawin pun selalu bagi pelempang.. bila dah kawin macam mana plak ye????

    • 12

      jadi macam alat tempat training tomoi…hehe

  7. 13

    Betul, saya setuju, kalau dalam realiti, dah sah-sah lelaki tu lempang+tumbuk jer muka perempuan tu. :D
    amirulfaiz had an interesting article on ..Evaluating the effectiveness of Maintenance Strategy

    • 14

      hehe..tapi tu filem tak tunjuk, mungkin gak habis shooting tu laki tu balas balik? hehehe

  8. 15

    Perkataan 'tampar' tu plak pantang bg ayah aku tak bg sebut langsung pun..tu sbbnye setakat nie tak rasa lg kena penampar…Alhamdulillah…

    • 16

      ooo gitu pulak chief, maknanya ko ta leh nak ceritakan bagaimana rasa kena penampar tu kan kalau orang tanya…ngehehe

  9. 17

    sape la yang sudi tampar diri ku….

    tertibe teringat cerita the princess frog… die kiss ingatkan si katak leh jd putera… sekali kiss die yg jadi katak
    framestone had an interesting article on ..Tanda @ Marking

    • 18

      heheh..jangan dimintak bro..bahaya

Leave a Reply