Internet Akan Kehabisan Nombor IP Pada 2012
May 28th, 2010 | 1:02 am | Blogging, Global, Nasional | 641 views | 46 responses
Satu penemuan menarik kepada semua pengguna internet seluruh dunia, Daniel Karrenberg ketua saintis di RIPE NCC, sebuah organisasi yang mengeluarkan nombor IP (IP addresses) di Eropah memaklumkan dalam tempoh 18 bulan lagi kesemua gadgets dan peralatan yang boleh menghubungi internet akan menghadapi isu berikutan kehabisan nombor IP, iaitu kod unik yang menyediakan akses kepada world wide web (www). Daripada Desktop PC sehinggalah Smart Phones. Maksudnya perkembangan dunia internet yang kita alami pada masa ini akan terhalang.
Pada masa yang sama terdapat juga jangkaan bahawa bulan September 2011 merupakan batch terakhir nombor IP yang boleh dikeluarkan, selepas daripada tarikh tersebut sudah tidak ada lagi nombor IP, maknanya tidak ada lagi alamat untuk menghubungi internet.
Kenyataan tersebut macam satu malapetaka yang teruk kepada dunia hari ini yang banyak bergantung kepada internet, sama macam kes millennium tahun 2000 dulu jugak ni. Tapi kalau persiapan awal di buat dengan cepat, mungkin ianya dapat di atasi.
Pada masa ini perhubungan internet di bina berasaskan Internet Protocol Addressing Scheme version 4 (IPv4), yang mempunyai lebih kurang 4 billion alamat atau nombor IP. Isunya sekarang nombor tersebut kehabisan terlalu cepat berbanding dengan penduduk dunia setakat 27 Mei 2010 yang berjumlah 6,823,400,000.
Sistem internet yang mula dibina pada tahun 1970-an dahulu beranggapan angka 4 billion sudah cukup besar namun tidak pula ada yang menjangka bilangan sebenar ‘connection’ yang diperlukan apabila dunia internet berkembang.
Namun secara asasnya sudah ada pengganti kepada IPv4, iaitu IPv6 yang mempunyai jumlah nombor IP yang lagi besar dan sedia untuk digunakan. Isunya sekarang dunia komersil dan perniagaan dilihat agak perlahan untuk mengadaptasi teknologi mereka kepada IPv6. Tinggal lebih kurang 18 bulan sahaja lagi.
Maksudnya selepas dari tarikh dijangkakan tersebut dan tanpa sebarang tindakan di ambil, gadget dan peralatan baru yang dikeluarkan dari PC hinggalah ke smart phone akan menghadapi isu akses yang terhad kepada internet.
Kalau nak dapat gambaran jelas apa benda IPv4 dan IPv6 ni, cuba buka network properties di komputer masing-masing dan tengok di option change adapter setting, kat situ biasanya kita boleh dapat gambaran apa sebenarnya benda ni.

Gitulah pulak ceritanya ye, dalam perancangan ada jugak nak beli handphone dan laptop baru yang lebih ‘advance’ sikit, nampak gayanya kena beli sebelum bulan September 2011 la gamaknya. Isunya pulak budget sendiri belum cukup lagi. huhu.
Artikel asal boleh di rujuk di SINI.














said on May 28th, 2010 at 1:21 am
oh~ kekangan kemajuan internet
kenapa boleh habis nombor ek??
adakah konsep ni sama macam waktu kita nak buat kad pengenalan?
kena datang pg2 kalau lambat nombor giliran untuk hari tersebut akan habis
artikel terkini dari mokteh: Sate Menjadi Lambang Perpaduan
said on May 28th, 2010 at 2:17 am
hehe..lepas ni nak online pun susah kot huhu
said on May 28th, 2010 at 1:22 am
xboleh access internet dah ke lepas tu? ke dah xde laman web baru yang boleh di daftar kan lagi?
said on May 28th, 2010 at 2:19 am
mungkin ada jalan penyelesaian tu
said on May 29th, 2010 at 2:17 am
bengkrap la company hosting kalau tak boleh register dah..keke
artikel terkini dari azizuan: Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita
said on May 28th, 2010 at 2:20 am
salam..
nampak gayanya dunia siber
yang secanggih sekarang pun
akan menghadapi masalah nanti yek?
nak kena bersedia dari sekarang..
tak lama dah sept 2011
artikel terkini dari zulkbo: Demi Masa Manusia Selalu Kerugian Melainkan…?
said on May 28th, 2010 at 2:32 am
teknologi buatan manusia..tak tahan selamanya hehehe
said on May 28th, 2010 at 2:49 am
huhuhu… ni tengah dok memikir jugak ni.. kena wat simpanan dekat masanya nanti kena sambar menda2 baru… harap pihak hosting meng”advan”kan diri jugak… kalau tak masalah gak ngan berblogging ni…
said on May 30th, 2010 at 2:12 am
jangan nanti effect dunia blog pulak sudah hehe
said on May 28th, 2010 at 2:57 am
Tak sangka no ip pun boleh habis =)
artikel terkini dari blinkky: Unique Optical Mouse Design
said on May 30th, 2010 at 2:13 am
4 billion dalam tempoh 40 tahun tu hehehe
said on May 28th, 2010 at 4:03 am
penyelesaian dah ada,
tapi tak bersedia lagi?
wah, takut pulak bila baca..
artikel terkini dari serol: Mereka Adalah Followers yang 200 itu
said on May 30th, 2010 at 2:13 am
bisnes biasalah, jimatkan kos operasi dulu
said on May 28th, 2010 at 4:13 am
ermmm…begini pulak kesudahannya
artikel terkini dari sangilapi: rezeki semakin murah
said on May 30th, 2010 at 2:14 am
kalau tak di atasi segera ..
said on May 28th, 2010 at 5:36 am
pernah dengar tentang isu ni, cuma tak sangka begitu awal nak habis… nasib baik ada penyelamat IPv6… kalo tak, back to basic la jawabnya… kekeke…
artikel terkini dari lazaac: Response cached until Thu 27 @ 23:20 GMT (Refreshes in 44 Minutes)
said on May 30th, 2010 at 2:14 am
balik zaman dulu2 la kot hahaha
said on May 28th, 2010 at 6:38 am
IPv8 takde? lg besar kot.. ntah.. x reti.. aku tau guna je.. hahaha..
artikel terkini dari Anarm: Kenapa manusia suka menzalimi haiwan?
said on May 30th, 2010 at 2:15 am
aku pun bukannya faham sangat..hehehe
said on May 28th, 2010 at 8:40 am
Susah gak bila IP address dah habis ni. kalau stay dgn teknologi lama slps 2011, tak dptla nk connect internet.
artikel terkini dari Azizi Zulkefli: Perancangan Kewangan – Pemberian dan Perlindungan
said on May 30th, 2010 at 2:16 am
pasti ada jalan selesainya ni ..
said on May 28th, 2010 at 9:20 am
salam,wa nie bahaya pada mereka yang ketagihan internet seperti bro etomyam sendiri.. lepas nie tak berupdatelah blog,kalau isu ini tidak ditangani dengan segera.
artikel terkini dari AyieBlog: Domain+hosting+theme baru..
said on May 30th, 2010 at 2:16 am
hahaha, lepas ni layan tulis hardcopy je lah
said on May 28th, 2010 at 10:08 am
nk selamat..
blaja x bergantung pada internet sangat bermula daripada skang..
artikel terkini dari kyo_9: ?????? (Plan for trip to South Korea)
said on May 30th, 2010 at 2:17 am
molek juga tu
said on May 28th, 2010 at 10:22 am
errr..itu macam ker..adeh..takpe..mesti ada solution dia kan..diorang ni kadang tutup satu sbb nak jual teknologi yg baru..org putih katakan..
artikel terkini dari mizzura: Celebrities Who Stink
said on May 30th, 2010 at 2:17 am
ntah2 ada strategi pemasaran tertentu..
said on May 28th, 2010 at 10:31 am
ada juga dengar pasal ni.. tapi tak tau pula yg IPv4 akan habis sblm 2012, lebih awal daripada jangkaan asal..
said on May 28th, 2010 at 10:55 am
ahh..semua 2012. ni propaganda saja.nak cakap 2012 ni….???
said on May 28th, 2010 at 10:59 am
apa yg saya faham, skrg ni kita masih lagi menggunakan ipv4, dan ipv6 masih lagi belum diimplen…memang ipv4 akan ada limit sbb dia hanya bergantung kepada nombor semata2
contoh : 201.103.10.99, jd bila dah penuh….thats why orang bangunkan ipv6
ip nye lebih panjang.ada nombor dan abjad so kuota ny pun panjang contoh ip v6 mcm ni
2011:0:cf2g:3096:189c:2f4a:8797:abcf
masa study dulu pada tahun 2004 Teknologi park malaysia dah jaring dah mula impelement dan test….huhuhuhu masa tu kami pun terlibat gak skit..untuk final year project di upm dulu
artikel terkini dari mijie: Cara install plugin top commentators
said on May 28th, 2010 at 11:10 am
lepas ni semua pakat2 guna IPv6 le heheh
artikel terkini dari Syafrizal: Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta
said on May 28th, 2010 at 11:41 am
Sedikit misleading ni, maaf.
Angka giliran inigresen cuma 4 digit. Angka giliran menunggu di hospital juga 4 digit. Dah bertahun kita pakai, tak habis2 pon.
So, dalam konteks IPv4, walaupun cuma 4-byte (x.x.x.x) yang bersamaan 2^32 iaitu 4 billion lebih sahaja, namun kebanyakan IP yang kita pakai adalah segmented. Contohnya, sebuah kementerian di Putrajaya yang ada 1000 komputer. Bila kesemua komputer tu akses internet melalui satu gateway kementerian, IP publicnya adalah satu sahaja, iaitu IP gateway tersebut. IP lain-lain yang kita dapat sesama rakan office adalah Private Networking
said on May 29th, 2010 at 1:05 am
betul tu private network memang tak kacau…tp skrg ni kalau yg melibatkan penggunaan broadband makin bertambah, pengguna internet private semkin bertambah…so kat situ la…bil IP semakin mengecil
artikel terkini dari mijie: Cara install plugin top commentators
said on May 28th, 2010 at 11:50 am
wah… ip pun boleh habis..
artikel terkini dari zik: Jangan berhutang dengan Along!
said on May 28th, 2010 at 1:10 pm
IPV6 akan menjadi penyelamat.. Jangan risau
artikel terkini dari anif: Danga Bay
said on May 28th, 2010 at 4:01 pm
macamna pulak bole habis ni..?
said on May 28th, 2010 at 4:25 pm
erm, sy pernah dengar pasal isu ini semasa kat kolej dulu…lect ada bagi tahu…nampaknya mmg betul..
masa tu ingat tak caya jer…rupa2nya betul…
erm…tapi dah ada IPv6 tu dah ok la..
artikel terkini dari Meow: Terkini ~ Gengblogger Kena Hack?!
said on May 28th, 2010 at 6:34 pm
satu je yang tak sedap dengar – perlu beli peralatan baru
…harap2 alatan lama ni masih boleh digunakan [baru je beli notebook ni]
artikel terkini dari tehr: Dongeng Puteri Dahlia II
said on May 28th, 2010 at 7:05 pm
woh kedengaran suspen bunyinya…tp rasanya solution pasti akan dapat dicari…gembar-gembur untuk meraih untung jer kot…
artikel terkini dari Kancilbiru: Job Vacancy in Kedah & Penang
said on May 28th, 2010 at 7:32 pm
Salam,
Hmm,pasti ada solutionnya. Tp byk benda jugak nak kena tgk ni kot…
artikel terkini dari Nozi: Rindu kamu
said on May 28th, 2010 at 9:53 pm
Teringat Zaman Y2K dulu bro..
artikel terkini dari Mus DK: Petua Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Peti Sejuk
said on May 29th, 2010 at 1:05 am
ip v6 support windows xp x?
artikel terkini dari Wan Perlis: Kenapa Youtube video streaming slow ?
said on May 29th, 2010 at 8:00 pm
heh aku sendiri jarang guna ipv6
artikel terkini dari TMUkmkd: Kenapa Aku Daftar MillatFacebook?
said on May 29th, 2010 at 11:51 pm
gila ar no ip akan habis. tapi pasti akan ada penyelesainnya nanti. hehe.
artikel terkini dari Amir: Isu Kasut Crocs Ada Kalimah Allah: Satu Kebetulan?
said on May 31st, 2010 at 1:02 am
bukan ada IPv6 ker? mesti ada solution punya lah..kalau IPV6 habis..mesti depa create new technology
artikel terkini dari zulfitry.com: Senarai Domain Paling Mahal di Dunia