Jadual Kemaskini Google Pagerank 2010

May 23rd, 2010 | 2:01 pm | Admin, Blogging, Global, Nasional | 911 views | 69 responses

Rasanya hampir semua atau kebanyakan pemilik website dan blog sudah mengetahui apa itu Google Pagerank dan bagaimana ianya berfungsi. Sekitar Bulan April yang lepas juga pihak Google telah mengemaskini kedudukan ranking pagerank semua website dan blog yang berdaftar dengannya. Ada yang meningkat kedudukan rankingnya, ada juga yang menurun dan ada juga yang statik atau kekal seperti biasa malahan ada juga yang tak ada ranking lansung (maksudnya website atau blog tersebut masih belum di indeks oleh enjin carian Google).

Masing-masing sudah dapat ranking sendiri. Soalan seterusnya yang mungkin bermain di fikiran pemilik website dan blog adalah bila pulak si Google nak kemaskini Pagerank ni? Sekurang-kurangnya dapat buat perancangan macamana cara nak buat penambahbaikan.

Kalau macam Alexa Traffic Ranking senang sikit pasal di kemaskini setiap hari, boleh nampak terus impak dan kesan kepada website atau blog terlibat.

Saya merupakan salah seorang dari mereka yang bertanyakan soalan di atas tadi, dan untuk cari jawapannya setelah beberapa ketika tanya si Google ni barulah terima jawapan yang saya rasakan boleh diterima walaupun kesahihannya masih belum jelas sepenuhnya.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh laman TechBusy, pihak Google pada kebiasaannya mengemaskini kedudukan Pagerank sebanyak 4 kali setahun ataupun setiap 3 bulan. Rumusan atau jangkaan ini dibuat berdasarkan pengemaskinian tahun-tahun sebelumnya.

Jadinya untuk tahun 2010 ini jadual kemaskini google Pagerank dijangkakan seperti berikut:

Kemaskini PageRank (PR) Tahun 2009 -  31 December 2009
Kemaskini PR Pertama 2010 -  31 Mac hingga 3  April 2010
Kemaskini PR Kedua 2010 -  30 Jun hingga 7  Julai 2010
Kemaskini PR Ketiga 2010   –   31 September hingga 7 Oktober 2010
Kemaskini PR Keempat 2010 – 31 Disember hingga 2 Januari 2011

Jadual jangkaan di atas adalah berdasarkan aktiviti pengemaskinian tahun-tahun sebelumnya, hanya Google yang tahu bila sebenarnya pihaknya nak kemaskini. Kesemua jangkaan di atas juga adalah melibatkan ‘Major Update’ yang dibuat secara besar-besaran dan keseluruhan, Pada masa yang sama Google juga buat ‘Minor Update’ setiap bulan bagi website dan blog yang berdaftar dengannya.

Banyak faktor yang mempengaruhi Google PR ni, di antaranya adalah backlinks, populariti sesebuah website/blog, tempoh operasi atau umur website/blog terlibat dan yang paling jelas sekali adalah isi kandungan atau ‘content’ yang asli.

Makanya jangkaan jadual kemaskini sudah tahu, bolehlah pemilik laman web atau blogger semua cuba tambahbaik ke semua faktor-faktor di atas tadi kecuali umur, ye lah macamana nak baiki kalau dah memang tarikh mula operasinya gitu kan!! Tak lama dah, tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi.

Dan satu lagi kalau rasa tidak sabar nak tunggu kemaskini akan datang yang dijangkakan pada 30 Jun hingga 7 Oktober 2010 nanti, boleh cuba dulu PR Prediction Tool untuk tengok prestasi semasa sebelum kemaskini sebenar melalui link di SINI.

Walaupun PR Prediction Tool kat atas tadi awal-awal lagi sudah beri peringatan bahawa jangkaanya adalah tidak 100% tepat, namun untuk menilai prestasi semasa boleh lah di cuba. Selamat berjaya.

Dan kalau korang semua rasa artkel ni berfaedah dan sesuai untuk diberi ‘backlink’, nyiru tapak keyboard saya tadahkan :D ….

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(69)

  1. 1

    ooo baru aku tahu bila rupanya..hehe tq bro!

    • 2

      aku pun baru tahu jugak hahaha

  2. 3

    haku dah check bro..prediction 4/10 tah bila boleh cecah banyak tue pun tatau..uhuu
    artikel terkini dari marki: Bukti kejayaan MLM (Multi Level Markerting)

  3. 6

    dah try PR Prediction Tool – kujie2.com = 5.44 / 10

    dah 2 thn google tak pernah naikkan PR blog kak jie ( PR 3)
    tapi dlm bulan lepas dah clearkan broken2 link kt blog
    tak pasti juga kalau itu boleh membantu
    artikel terkini dari Kujie: Suami Isteri Main Bersama

  4. 9

    huhh dah cek dapat Predicted 4.1/10
    artikel terkini dari wazy: Maybank2u Atau Spam2U ?

    • 10

      boleh jadi betul tu bro :D

  5. 11

    oo..
    PR 5 la bro julai nnti:)

    • 12

      masin mulut bro yoy ni :D

  6. 13

    bro, nak pnjam tarikh2 tu untuk masuk dalam post leh? Konpom akan backlink ke sini :) Hope boleh laaa ek…

  7. 17

    Current Page Rank for http://www.broframestone.com
    3/10

    Predicted Page Rank for http://www.broframestone.com
    4.37 / 10

    cam ade peningkatan je???
    artikel terkini dari Bro Framestone: [Breakfast]Nasi Goreng Sambal Petai

    • 18

      semakin mantap tu :D

  8. 19

    3.34 / 10 – predicted kekekekeke
    artikel terkini dari .::wanie::.: Sengih-sengih Pulak

    • 20

      semakin mantap dan setady tu :D

  9. 21

    cmna ni nak check..mmm
    artikel terkini dari nabil: Kuala Kedah Photoshoot

  10. 24

    segan nak cek..jauh ketinggalan..hehe
    artikel terkini dari pawaka19: "Sim card anda telah memenangi Peraduan ..?." Taktik Terbaru Si Penipu

    • 25

      tak per, saja suka2 :D

  11. 26

    he…tdk ku berap phm ttg PR segala ni..tp akan cuba dr ms ke ms :)
    artikel terkini dari soffya cik bulan: kencing manis atok naik lagi… :(

    • 27

      coba, jgn tak coba, benda free je ni :D

  12. 28

    sama arr…segan nak cek…kih3
    artikel terkini dari mario: keputusan final konsert af8

    • 29

      apa nak segan, takder org tau pun hahaha :D

  13. 30

    wahaha…kite punya pulak2 tak naik2…huhu
    artikel terkini dari Meow: Lirik Lagu Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

    • 31

      tak lama lagi naiklah tu..terus dapat 5/10 :D

  14. 32

    thank 4 the info
    artikel terkini dari ngexz: Menang Project Alpha Daily Contest!!

    • 33

      welkang :D

  15. 34

    dah juga try
    tapi macam tak logik je – terus je sampai 10/10
    artikel terkini dari tehr: Sebutir Gula Pasir

    • 35

      hebat tu, sama rank dengan google.com :D

  16. 36

    hoho
    5.01

    biar betolll
    huhu
    gune blogspot je kot

    ;)
    artikel terkini dari joegrimjow: tutorial blog : cara berblog musim exam

    • 37

      memang mantap tu :D

  17. 38

    malu nak check sebab blog saya baru lagi, tapi nak coba juak
    artikel terkini dari akuvision: Selamat Hari Guru!

    • 39

      coba aje.. :D

  18. 40

    tak dapat lagi PR… awal lagi kot hehe
    artikel terkini dari Syafrizal: Ubat kuat seks yang membawa maut

    • 41

      Bulan 7 nanti terus naik tinggi bro :D

  19. 42

    ermm..bagus2 leh try gak utk improve..
    artikel terkini dari ManKete: Proton Saga BLM 1.3(A) 2009

  20. 44

    dah check..mcm x memberangsangkan je sob3 =(

    • 45

      tu hanya ramalan tu :D

  21. 46

    nice bro :D
    artikel terkini dari Zala Wajik: Pac-Man

  22. 48

    nice info..tp susah nak dpt pagerank bagus utk newbie berhingus mcm saya nih..dulu pernah sampai 2 je..itupun blog lama.tapi sekarang saya dh delete blog lama then ganti dgn yg baru..

    • 49

      lama-lama nanti naik lah balik tu :D

  23. 50

    aku masih ditahap pr 1 ..mana boleh saingi kak jie heheheheh…kira kira dari bulan 9 tahun lepas aku pakai self hosted ..rangking alexa baru 800 ribu lebih ..hem kira ok jugaklah walaupun baru berpa bulan

    • 51

      semakin maju dan mantap blog bro ishak

    • 52

      kaka jie PR 3 dah 2 tahun………….. tak pernah ubah2
      tapi tau sebabnya
      byk sgt broken link dalam blog tu…sebb tranfer dari blog lama

      • 53

        broken link mcm mana ek kak jie??
        link tu takde arah tujuan laa ek maksudnya??
        artikel terkini dari DaHLia: Ibu Mertuaku…

  24. 54

    salam saudara..
    terima kasih for info
    ranking anda 4
    antara yang terbaik di Malaysia
    tahniah..moga terus sukses..

    • 55

      tu semua kerana ada kawan2 macam bro zulkbo yg tak jemu2 melawat blog serabai ni ..terima kasih kembali :D

  25. 56

    nice share from u…thanks

  26. 57

    pernah juga tbaca ari tu yg google akan update pagerank tiap 3 bulan sekali.. yg PR Prediction Tool baru 1st time tahu.. dah try check jangkaan PR akan datang 5.12/10.. nak tingkatkan usaha ni utk naikkan PR, atau sekurang-kurangnya kekal dgn PR sedia ada..
    artikel terkini dari kulanz: Peminat AF 8 Kecewa Gara-Gara Kabel Elektrik

  27. 58

    waaa tq bro..blh wat bekal semangat ni..haha..
    artikel terkini dari din: AF8 Teori Konspirasi

  28. 59

    cukup2 mkn je bila check tadi

    terima kasih info yg diberikan
    artikel terkini dari mijie: Inikah yang dipanggil live blogging?

  29. 60

    PR update ???…ini benda memang selalu buat jantungku berdebar-debar :)
    artikel terkini dari sangilapi: cita-cita dan cinta

  30. 62

    Sekurang-kurangnya dapat tahu bila PageRank update =)
    artikel terkini dari blinkky: Download Accelerator Softwares

  31. 63

    Bagus! input yg baru dan menarik, harap harap adalah outputnya nanti..

  32. 64

    wow predicted menghampiri PR4. tp mcm impossible je.. hehe. harap2 next update dapat naik dari PR2 ke PR4.
    artikel terkini dari Amir: Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan

  33. 65

    Salam,

    Thanks…mmg berguna info ni.. :)
    artikel terkini dari Nozi: Selamat Hari Guru

  34. 66

    hurm tak maulah semak.rasanya masih baru lagi…biarkan..biarkan..

  35. 67

    tq bro coz singgah psl tips Alexa kita yg newbie ni..bila baca blog dahlia,baru la tahu,en tomyam ni lg expert..
    artikel terkini dari Blabberina: ALEXA RANKING – MORE TIPS TO INCREASE IT

  36. 68

    harap2 ape yg predict boleh jadi betul..up lah sikit jadi 3 nanti..hehe
    artikel terkini dari aizuddin: Logo Crocs Yang Menyerupai Kalimah Allah?

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Jadual Kemaskini Google Pagerank 2010 | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini