Karnival WOW! Putrajaya 20–21 Februari 2010
February 10th, 2010 | 11:49 am | Hiburan, Melayu, Nasional | 4,894 views | 25 responses
Masih belum ada sebarang perancangan untuk menghabiskan hujung minggu? Elok sangat lah tu. Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 20–21 Februari 2010 bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Iaitu berhadapan bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia tu. Lagi senang kalau ingat landmark roket Millenium Monument Putrajaya tu.
Karnival bertujuan untuk mempromosikan Kalender Acara Putrajaya sepanjang tahun 2010. Di samping itu, Karnival ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha dan perancangan PPj di dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceria dan memeriahkan lagi suasana di Putrajaya.

Selain bertujuan memperkukuh imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai ’Bandar Raya Bersemangat dan Bertenaga’, Karnival ”Wow! Putrajaya” ini juga bermotif untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga selepas waktu pejabat dan pada waktu malam….sunyi kot sebelum ni…heheh.
Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz Toys, Hot Air Balloon, Auto Shows, Laman Seni, Car Boot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remote control, pertandingan futsal, walk & hunt, cycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan magic show, inflatable games dan pertandingan jigsaw puzzle untuk kanak-kanak.
Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat, Ella, Qhaud AF dan Aisyah AF pada 20 Februari 2010 jam 8.30 malam di tapak Karnival.
Kepada sesiapa yang ras bosan dan boring dok rumah tak de apa-apa nak buat, eloklah keluar bawa keluarga atau pasangan masing-masing memeriahkan lagi karnival ni dan juga bagi kaki fotografi, memang best ni nak ambik gambar area ni..














said on February 10th, 2010 at 12:49 pm
salam.
hai..uhu..jaoh bobonar la pulak.kalu dokat ,mau jugak den g terjah sana..huhu..yang penting kalu bawa keluarga sure bestkan..
Suri had an interesting article on ..Adab Menjadi Pendengar Yang Baik
said on February 10th, 2010 at 2:18 pm
meh la jalan putrajaya malam2 best..kalau x pegi karnival pun bawak bebudak main2 depan masjid memang seronok…
said on February 10th, 2010 at 3:08 pm
sy suka pegi alamanda jer….hehehe…ntah bila la org tu nak belanja kita nie…;p
said on February 10th, 2010 at 5:42 pm
kena sampai dulu lah hehehe
said on February 11th, 2010 at 9:53 am
amende jauhnye mek ooi! jenjalanlah sesekali nengok cara yg lain dari yg lain!
said on February 10th, 2010 at 2:15 pm
cantik sangatla nie..mmg plan nk p putrajaya lepas raye cine ni..blehla jalan2 sekali kat tmpt ni..thanks utk ifo ini yer..:
p/s – thanks sudi singgah blog tadi..
said on February 10th, 2010 at 5:43 pm
jom sama-sama meriahkan putrajaya..ngehehe
said on February 10th, 2010 at 3:06 pm
ada m.nasir & jamal tue….best nya…
said on February 10th, 2010 at 5:44 pm
malam….hehehe…tak ingat lirik
said on February 10th, 2010 at 5:09 pm
Hai…thanks for dropping ur comment…urm, bila la nak dpt p Putrajaya…tak penah pegi agi…hahaha…
said on February 10th, 2010 at 5:53 pm
meh la…bila lagi nak jalan-jalan
said on February 10th, 2010 at 6:49 pm
huhuhu,, jauh la…
said on February 10th, 2010 at 8:21 pm
kejap jer tu
said on February 10th, 2010 at 11:13 pm
Bila hari-hari pergi balik kerja kat sana, tak terasa pula keunikan di sebalik Putrajaya ni.
said on February 11th, 2010 at 12:18 am
unik…malam sunyi jer….hahaha
said on February 11th, 2010 at 12:19 am
banyak aktiviti best2..hajat nak pergi..
tapi jauh la pulak..haha
mr.z had an interesting article on ..Kejam! Dibunuh Hidup-Hidup!!! (18SG)
said on February 11th, 2010 at 12:53 am
apa salahnya jenjalan sekali-sekali cuti semester ni …haha
said on February 11th, 2010 at 9:51 am
salam1malaysia! saya nak join booth promosi ie car boot sale ke apaex jelah, tp xtau camna nak mohon . free atau kena bayar? tolonglah saya, terima kasih
said on February 11th, 2010 at 9:56 am
ni tuan kena contact dengan bhg korporat Perbadanan Putrajaya…mungkin depa ada sediakan borang, kos nak join pun saya tak tau…hehehe
said on February 19th, 2010 at 3:13 pm
s syok gila tu..sy teringin nak naik cruise tu….berapa kena bayar ya…
said on February 19th, 2010 at 5:51 pm
yg tu tak tau la pulak…
said on February 19th, 2010 at 4:20 pm
iklan ada sedikit kesalahan 21 Februari 2010 (Ahad)…bukan sabtu
said on February 19th, 2010 at 5:52 pm
ha ah..itu iklan pihak penganjur yg cetak…deme tak perasan kot…
said on February 20th, 2010 at 8:17 am
wow best ni!
harus pergi
thanks 4 de INFO!
said on February 20th, 2010 at 2:20 pm
sat lg nak p putrajaya le….but panas bebenor….. daripada nak enjoy, anak2 demam lak….