Kemaskini Terkini Karnival Wow Putrajaya : Bunga Api, Mini Cycle Hunt Dan Pertandingan Wayang
February 19th, 2010 | 10:46 am | Admin, Nasional | 1,292 views | 12 responses
Seperti entry domain ini sebelum ini, Karnival Wow Putrajaya akan berlansung pada 20 hingga 21 Februari di Tapak Pasar Tani Precint 2, Putrajaya. Pelbagai aktiviti dan kemeriahan disediakan kepada semua pengunjung. Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat, Ella, Qhaud AF dan Aisyah AF pada 20 Februari 2010 jam 8.30 malam di tapak Karnival.
Pada masa yang sama kemaskini terkini yang diperolehi oleh domain ini adalah mengenai persembahan bunga api, mini cycle hunt dan pertandingan wayang di samping car boot sales dan hot baloon show yang di adakan sempena karnival dua hari bermula esok.
Promosi yang diterima oleh domain ini sekejap tadi:
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan yang dihormati,
WOW!!! Sukacita dimaklumkan bahawa Putrajaya akan bermandi dengan limpahan bunga api sempena Karnival Wow! Putrajaya. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan bunga api selepas Konsert Wow! Putrajaya pada 20 Februari 2010. Datanglah beramai-ramai dan pastikan anda mendapat tempat yang strategik dengan datang awal ke tapak Karnival.
Disamping itu, penyertaan bagi Mini Cycle Hunt dan Wayang Putrajaya masih dibuka kepada orang ramai. Hadiah menarik disediakan. Disertakan poster yang berkenaan untuk rujukan.
WOW!!! Rugi kalau tak datang……
Orait untuk kasi lebih seronok turut disertakan bersama ini poster acara;
Masih belum terlambat untuk bersama-sama memeriah karnival Wow putrajaya….



















said on February 19th, 2010 at 11:34 am
terima kasih atas kemaskini..makin menarik karnival ni..
izzat had an interesting article on ..Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya?
said on February 19th, 2010 at 11:37 am
no problem bro..aku pun baru dapat dari email….depa baru decide kot nak ada bunga api n menda2 tu
said on February 19th, 2010 at 11:43 am
hoho..walaupun agak lewat, 11pm baru wat firework show. Tapi, lokasi firework kat mana eh? Nak set spot ni..hehe
izzat had an interesting article on ..Karnival WOW! Putrajaya 20-21 February 2010
said on February 19th, 2010 at 11:48 am
kalau tak silap dekat tapak pasar malam tu jugak, nanti aku cuba confirmkan balik…betul tu, kena cari spot elok bro..
said on February 19th, 2010 at 8:19 pm
ok dah confirm, tempat yg sama di tapak pasar tani tu jugak hehehe
said on February 19th, 2010 at 5:23 pm
klau aku kt sane mmg xkn lepaskn peluang ni..tp apkn daya jauh..huhu
azizan4444 had an interesting article on ..Plagiarism : Fenomena Atau Trend?
said on February 19th, 2010 at 5:53 pm
haah..tak pe bro….ada peluang boleh plan smula..hehehe
said on February 19th, 2010 at 7:13 pm
Wow! Putrajaya..jauh la nak pergi sana..huhuuhu..
wanwma had an interesting article on ..Menguruskan Kerja Menggunakan Peta Minda
said on February 19th, 2010 at 8:19 pm
lain kali boleh bro..hehe
said on February 19th, 2010 at 7:18 pm
bersama-samalah kita memeriahkan karnival Wow putrajaya…… (walaupun tak pergi..hehe)
zik had an interesting article on ..Perkara-perkara Sunat Hari Jumaat
said on February 19th, 2010 at 8:19 pm
kalau ada masa leh lah lain kali..