Kenapa Manusia Suka Sangat Dengan Bulan?

January 30th, 2010 | 12:04 am | Admin, Melayu, Nasional | 634 views | 12 responses

Malam tadi sambil menghirup udara malam yang segar penulis dan anak-anak sempat memerhatikan bulan, memang kalau ditenung lama-lama bulan tu akan terasa keindahan, kecantikan dan keunikan objek tersebut dan pastinya akan timbul persoalan apa yang sebenarnya ada di bulan tu. Persoalan ini bukan baru malahan sejak dari sejarah kewujudan manusia lagi memang seronok memerhatikan bulan, dan sudah tentu sebagai seorang Muslim kita teringatkan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W di bandingkan kecantikan sinaran wajahnya lebih cantik dari sinaran bulan purnama. Memang betullah perumpamaan bulan itu indah dan cantik.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP menerangkan bulan sebagai kata nama yang bersinonim dengan purnama, rembulan atau sasi. Dan sebab keasyikan terhadap bulan itu jugalah membuatkan manusia begitu kreatif untuk menghasilkan bermacam-macam istilah, sajak, puisi, pantun, lagu dan sebagainya menceritakan pasal bulan. Nak cerita pasal bulan ni satu hari rasanya tidak habis, peribasa melayu sahaja bermacam-macam kaitkan dengan bulan.

Contoh pantun berkaitan bulan : Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami, Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami... begitu juga dengan peribahasa melayu:

  1. Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga. -- Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.
  2. Bulan terang dalam rimba -- Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.
  3. Bulan naik matahari naik -- Mendapat untung dan bahagia di kiri kanan.
  4. Bulan mengambang dikandung awan -- Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.
  5. Bulan jatuh di ribaannya. -- Beruntung besar.
  6. Bulan dipagar bintang. -- Cocok segala-galanya.
  7. Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. -- Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
  8. Berkandilkan bulan. -- Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
  9. Seperti bulan kesiangan hari. -- Muka yang sangat pucat.
  10. Seperti bulan dengan matahari. -- Sudah sepadan benar.

Itu baru sedikit contoh, penulis rasa banyak lagi penggunaan bahasa berkaitan dengan bulan ni dalam zaman moden ini, contohnya Datang Bulan bagi kaum perempuan, bulan madu bagi pasangan baru kahwin, tengah-tengah bulan ni (bagi kes duit habis!), kuih bulan, bulan gelap dan macam-macam lagilah termasuklah blog khas oh!bulan dan juga parti cap bulan!

Untuk mendalami lagi perkataan bulan dalam bidang persuratan melayu boleh lawati di LINK ini.

Dan untuk itu penulis amat sukakan lagu bulan karya M.Nasir dan Kembara ini. err by the way itu hari pun kita nyaris-nyaris ada orang melayu mendarat di bulan..hehehe.

Entahlah sudahkan terjawab soalan penulis kenapa manusia sukakan bulan?

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(12)

  1. 1

    teringat iklan kopi kapal api.. betul2 kaw
    framestone had an interesting article on ..Kenapa Isteri Curang

    • 2

      ..dan aku paling suka bila cukup bulan..hehehe

  2. 3

    bila bulan berwarna biru……..

    • 4

      tak lama lah tu atok…hehehe

  3. 5

    i suka bila waktu bulan 15 hari yg tengah mengambang penuh..

    • 6

      same with me shareen, memang best duk kat luar rumah masa tu

  4. 7

    masa aku belajar dulu.. ada seorang classmate aku yg suka sangat tengok bulan..

    • 8

      adakah orang itu sekarang menjadi husband ko yan? hehehe aku gurau jer

  5. 9

    sukar d jelaskn…tp itulah keindahan alam ciptaan tuhan…..emmm…apa ada d sana cuba2 la tya syh muzafar kiter tu…..

    • 10

      muzafar sibuk nak kahwin…fokus terganggu kejap hehehe

  6. 11

    teman xsuka bila cukup bulan….

    - bank penuh la
    - pejabat pos penuh la
    - kfc penuh la
    - psaraya penuh la

    sume penuh je he…23x cube gaji xmasuk lg… mahu byk tempat cam xde org je
    framestone had an interesting article on ..Kenapa Isteri Curang

    • 12

      betul jugak tu….macam-macam bulan haha

Leave a Reply