Kenapa Melankolik Pulak Ni?

July 28th, 2010 | 12:01 am | Admin, Melayu | 542 views | 42 responses

Emosi dan perasaan manusia sentiasa berubah-rubah, ada ketikanya seseorang individu akan merasa sungguh riang dan happy mood, kemudian boleh berubah kepada sedih dan hiba. Pendek kata dalam tempoh 24 jam emosi dan perasaan manusia normal akan sentiasa berubah mengikut faktor dalaman dan juga luaran. Hanya manusia yang ‘spesel’ dan istimewa sahaja mempunyai tahap emosi yang ‘flat’ dan lebih istimewa lagi kalau jenis yang memang tak ada emosi atau perasaan langsung. Melankolik juga merupakan salah satu daripada pelbagai perasaan yang sering melanda emosi individu.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga telah menerangkan maksud melankolik atau melankolis sebagai berasa atau memperlihatkan perasaan sedih, dukacita, sugul, mengharukan dan seumpama dengannya. Manakala dalam bahasa Mat Leh pula Melancholic di terangkan melalui perkataan depress atau sorrow.

Habis tu kenapa blog ni tiba-tiba dok cerita pasal melankolik pulak ni? Semasa dok blogwalking tadi terserempak juga dengan satu dua blog yang bernada atau berbentuk melankolik. Menarik dan penuh pengertian.

Sememangnya tidak dinafikan setiap individu mempunyai cara dan kaedah masing-masing untuk mengeluarkan perasaan melankolik, sedih dan hiba dari menghantui emosi dan perasaan masing-masing.

Di samping pendekatan agama yang sememangnya penyelesaian secara total untuk menghilangkan melankolik ni, ada juga yang memilih untuk meluahkan dalam bentuk penulisan, sajak, puisi, lagu dan sebagainya. Apa yang pasti, nada melankolik itu sendiri merupakan sebahagian daripada lumrah hidup setiap insan. Yang penting hidup dan perjuangan mesti diteruskan dan pastikan sentiasa ‘steady’. :D

Penulis artikel ni pun rasanya ada sikit-sikit nada melankolik, sebabnya tiba-tiba aje radiator kereta ku bocor, baru je bulan lepas di servis dan plan nak tukar tayar sebelum raya ni. Hari ni seharian penulis artikel merempit menggunakan Kriss ke sana ke sini untuk urusan budak-budak sekolah. huhuhu.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(42)

  1. 1

    salam..
    lagu kitaro tu tak jemu
    telinga mendengarnya..
    hebat!!..melankolik,teringat
    lagu ‘cinta melakolia’ nyanyian ANN

    Tiada terfikir
    Terlintas
    Engkau akan tiba
    Membawa perangsang

    Tiada terfikir
    Terlintas
    Engkaukan membuka
    Sempadan perasaan

    Bunga kembang bertali hati
    Bunga kembang di puncak akli

    Duri
    Penjajahan cinta mu
    Di atas bumi raga ku
    Duri
    Penjajahan cinta mu
    Di bawah awan setuju
    Adalah suatu pengalaman

    Tiada terfikir
    Terlintas
    Engkau akan tiba
    Membawa harapan

    Tiada terfikir
    Terlintas
    Engkaukan membuka
    Sempadan perasaan

    Engkaulah yang kini mekar
    Dalam diri ku yang melankolia
    Akulah simpang tersasar
    Karam janji ku yang melankolia
    artikel terkini dari zulkbo: Penyakit Darah Tinggi Dan Kita

    • 2

      w’salam
      hahaha best jugak lagu tu, tengok lirik dah dapat ingat melodinya :D

  2. 3

    melankolik….unik perkataan nie..adakah ianya sememangnya perkataan yang berasal dari bahasa melayu?

    • 4

      rasanya perkataan mat leh yang di ‘melayu’ kan hehehe :D

      • 5

        standard la… bahasa melayu ini sangat unik… semua language boleh di melayukan
        artikel terkini dari Bro Framestone: Lurah Dendam

  3. 6

    owh.. baru saya tahu maksud melankolik itu.. rasanya sy pun slalu macam tu kot.. hehehe…
    artikel terkini dari Faarihin: Awan Putih

    • 7

      hehe, semua insan biasa melaluinya, cuma kekerapan dan cara berbeza-beza

  4. 8

    kadang2 kita try nk jadi as positive as possible but still, there’ll be time u need to be melancholic
    artikel terkini dari Chybee: Weekends Over Weekends

    • 9

      betul tu, campuran kedua2 tu baru hidup semakin beerti :D

    • 10

      maknanya normal juga kalau jadi melankolik ni..

  5. 11

    cara mengawal dan mengatasinya sangat penting
    jangan sampai melarat dan merebak – semua punah nanti
    artikel terkini dari tehr: Cerita Tentang Hutang

    • 12

      melankolik yang berterusan kalau tak disekat mahu membawak kepada bipolar disorder..lagi huru hara tu hehehe :D

  6. 13

    masih dikira beruntung tiada 4 tayar,ada jugak 2 tayar sebagai jalan penyelesaian.

    tenang je bro….insyaallah ada rezeki nak masuk tu tapi diuji sikit dulu :)
    artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

  7. 18

    Hari ni baru tahu maksud sebenar melankolik. Sebelum ni rasa was-was aje kalau nak buat ayat guna perkataan tu..hehehe

    • 19

      saya pun amik dari DBP je kak hehehe :D

  8. 20

    Oooo.. kira macam jiwa kacau gak …kan?
    artikel terkini dari samdaddycool: Intensedebate yang mesra backlink bagi blogspot

    • 21

      hahaha…betul tu, ada kaitan ngan jiwa kacau jugak tu :D

    • 22

      sam,lu punya mood jiwa kacau belum selesai lagi ke ? :)
      artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

    • 23

      saya pun tengah jiwa kacau jugak ni..

  9. 24

    huhu.. melankolik jugak pagi nih setelah pemergian 2 legenda..
    artikel terkini dari kyo_9: 2 Legends

    • 25

      ni mesti kes lagenda the gunners ni :D

  10. 26

    sabar bro, mungkin Tuhan nak bagi rezeki lagi besar pasni, nanti boleh la tukar tayar pastu
    artikel terkini dari mijie: Penerbangan MH1155 ke kuala lumpur sudah

  11. 29

    Kalau begitu semalam saya dlm melankolik kot. That’s why offline the whole day! :D
    artikel terkini dari Ismail N: WordPress Plugin Paypal Button Generator Plugin

    • 30

      oh besar kemungkinan jugak tu :D

  12. 31

    baru tau arini..malankolik tu rasa sedih rupanya

    “Dark Vader ( Star Wars ) Merompak Bank”

    • 32

      sedih, hiba, putuih harapang dan sebagainya :D

  13. 33

    huhu..patut la.. bro pun tengah mood melankolia jugak..hiks..

    • 34

      tahap minima kot red hahaha

  14. 35

    melakonik,aku ada buat entri macam tu kat blog tapi tak ada sesiapa perasaan melakonik yang aku letak

    • 36

      nanti aku cari semula benda tu ishak laden hehehe

  15. 37

    huhhuhu… terima kasih bro.. baru la tau apa dia melankolik ni… terjumpa pulak melankolia ni aper pulak tu erk…?

    • 38

      lagi parah bro… DBP kata penyakit mental yang ditandai keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan….mungkin hasil dari melankolik yg tak terkawal kot huhu

  16. 39

    macam pernah ku dengar perkataan ni….tapi dimana yaaaa????
    artikel terkini dari bujang3: Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!!

  17. 40

    perkataan yang baru pertama kali saya dengar ni..sebelum ni tak pernah lagi kot..

  18. 41

    Sekali-sekala tukar mood agaknya.. tu yang ada melankolik sikit, hehe
    artikel terkini dari kulanz: Journal Article Review- A Study on Just-in-Time Implementation in Portugal- Some Empirical Evidence

Trackbacks and Pingbacks

  1. Tweets that mention Kenapa Melankolik Pulak Ni? | Ideas.Think.Share -- Topsy.com

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini