Kes Bunuh Diri Pertama Gara-Gara Facebook

February 26th, 2010 | 11:18 am | Blogging, Global | 1,658 views | 42 responses

Tu dia…Tak tahu sama ada ni kes yang pertama kali atau kes pertama yang saya temui, bunuh diri gara-gara Facebook. hebat betul penangan lama buku bermuka-muka ni ya. Harian Kosmo! hari ni menyiarkan beriat mengenai seorang wanita, Emma Jones, seorang guru sekolah antarabangsa di Abu Dhabi, United Arab Emiriah (UAE) mati kerana meminum racun berikutan hidup dalam ketakutan disebabkan bekas teman lelaki telah ‘upload’ gambar ‘tidak senonoh’ nya dalam laman buku untuk bermuka-muka tu…

Graduan Universiti Greenwich, London tu amat bimbang kalau dia dipenjarakan berikutan tersebarnya imej ‘tak senonoh’ tersebut. Inkues mengenai kes tersebut masih berjalan di sebuah mahkamah di Cardiff, London. Sejauh mana ‘ketidak senonohan’ gambar tersebut tidak lah pulak dilaporkan berita yang di petik dari sumber Agensi itu.

Sudah tentunya Mark Zuckerberg, pengasas FB tidak terlintas dalam fikirannya kesan sampingan yang begitu drastik semasa dia mula-mula membina laman web sosial ini yang menjadi popular di seluruh dunia. Objektif asal laman web tu elok, tapi bila dah banyak sangat penggunanya yang bermacam-macam perangai dan kelakuan, macam-macam hal boleh terjadi.

Tidak di nafikan ada jugak sesekali saya melihat pengguna FB yang saja je upload gambar-gambar ‘mengancam’ dalam FB. untuk apa tujuannya hanya mereka sahaja yang tahu.

Dan untuk menjadi mangsa dalam FB juga tidak mengenal status, darjat, pendidikan, pengalaman dan sebagainya, silap langkah dan ter ‘over-over’ memang akibatnya besar. Sebab tu secara peribadi saya menganggap FB sebagai Buku Bermuka-Muka, kalau boleh semua kekayaan dan kehebatan nak ditunjukkan kat dalam tu, tapi bila bab nak bayar cukai, macam-macam benda di buat supaya banyak cukai yang lepas….sebagai contoh je lah.

Namun tidak dinafikan juga ada yang menggunakan laman tu mengikut jalan yang betul dan banyak juga faedah yang pengguna perlehi melalui FB. Pendek kata kita sebagai pengguna yang tentukan sejauh mana keperluan mende tu kepada kita. Moral of the story, dalam apa jua situasi sekalipun, berlebih-lebihan dan ter’over-over’ pastinya merosakkan.

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(42)

  1. 1

    itulah yg terjadi kalau laman web sosial yg sepatutnya digunakan utk merapatkan silaturahhim disalahgunakan. hurm….

    • 2

      itulah pasal…benda baik kalau salah guna rosak akibatnya…

  2. 3

    kembali kpd niat dan matlamat…wasatiah in all actions

    • 4

      setuju tu….balik kepada asal..niatnya camana

  3. 5

    wooow..bahaya ni……
    ika had an interesting article on ..khas untukmu

    • 6

      kena berhati-hati ni..

  4. 7

    hurm…
    nie kes salah guner fb arr nie…
    alih2 Mark Zuckerberg yg kena…
    ish3…
    jgn sesekali menyalahgunakan aper2 pown…
    fb tue gunenyer tok mengeratkan silaturahim n carik kwn baru…
    huhu…

    • 8

      kesian cikgu tu kan..trauma punya pasal telan racun….

  5. 9

    bahaye gak facebook nie.hehe
    Emora had an interesting article on ..Kenapa…

    • 10

      memang bahaya kalau silap guna

  6. 11

    ni la kebrukan sape yg xtaw nk guna laman web sosial..rase x puas hati..maslah peribadi cmpur skli..nak2 kt fb yg pemes…haiyak
    azizan4444 had an interesting article on ..Perempuan Itu Calon Kedua

    • 12

      betul tu bro…sengaja carik pasal..aku guna FB utk cari kawan dan blog jer…tak lebih dari tu..

  7. 13

    Facebook banyak keburukan dan kebaikan dia,tersilap langkah membawa padah.Jadi kita kene berhati-hati apabila melayari facebook ni.
    wazy had an interesting article on ..Taugeh-Buat Member

    • 14

      sentiasa berhati-hati

  8. 15

    Dia bunuh diri sbb takut kena penjara.. kalau kt malaysia wat camtu mesti lagi ramai kena jel..

    • 16

      hmmm…mungkin ada rasional tu bro…

  9. 17

    bahayanya…macam2 hal dah berlaku dengan FB nie..
    zik had an interesting article on ..Sambutan Maulidur Rasul

    • 18

      kena beringat bila layan FB ni..

  10. 19

    Berhati-hati semasa ber’mukebuku.. perghh, smpi bunuh diri. haishhh
    SiTikus had an interesting article on ..Bila Haiwan Pakai Baju Dan Menari

    • 20

      tulah…hebat penangan dia

  11. 21

    pe pun sblum lakukan sesuatu niat tu yg penting.
    klau baik.. baiklah jdnya.. tp klau sbaliknya….

    • 22

      betul tu..niat menentukan segalanya

  12. 23

    begitu juga mereka yang mencipta kamera bertelefon… mereka mereka untuk kebaikan tetapi di salah gunakan…

    Xpasal-pasal bersepah 3gp di”peer2peer”kan di internet. Silap hari bukan ada jugak lagi jutawan jual video pakai sms.
    framestone had an interesting article on ..Siakap 3 Rasa

    • 24

      ha ah, aku pun ada baca paper…RM11 juta dalam tempoh beberapa tahun jer, kalau tak kena tangkap dalam 10 tahun lagi sah nama tersenarai dalam 40 jutawan malaysia…

  13. 25

    nsb baik aku xaddict sgt dgn fb ni..huhu

    • 26

      selamat gitu bro…latan sket2 jer

  14. 27

    waa..
    sungguh zalim ex beliau..
    yoy had an interesting article on ..Anyone know Russell Peters?

    • 28

      geram dan mahu balas dendam la ni kot

  15. 29

    kadang2 manusia xperna puas dgn apa yg mereka ada..pasal ugut mengugut ni sy rse that person sgt busoOOokkk hatinya :(
    nur_cinta had an interesting article on ..Lawak Sangat wehehehe(",)

    • 30

      busok dan desperate sangat la kot

  16. 31

    Salam penuh ceria,

    Kes dalam Facebook seperti ini patut dijadikan sempadan untuk kita.Sepatutnya bukan setakat Facebook,Youtube,web dan blog juga mempunyai kesan buruk jika digunakan untuk tujuan yang salah.
    Senang cerita buat baik berpada-pada buat jahat cepatlah bertaubat.

    • 32

      itulah yang sebaiknya…

  17. 33

    senang je kan… pemangsa upload pic, pastu mangsa gila sampai bunuh diri…hmmmm
    ReD had an interesting article on ..~ MACAM LAH AKU TAK TAHU KAU TU…. PENIPU!!!! ~

    • 34

      mudah jer kalau ndak mati katak….huhuhu

  18. 35

    Hai bro, dah mcm2 dengar pasal facebook nie, keburukannya.. bila terbaca cerita nie lg terkejut dah sampi bunuh diri nie..parahhh..

    tp tu la kan! bukan salah ternologi.. pengguna itu sendiri, klau tujuan tak elok, tak elok la jadinya..

    • 36

      hi bro, tulah ni dah kira kemuncak la kot

  19. 37

    Salam,

    ih..macam2 hal ek kesan dari FB ni. Kena guna sebaik mungkin. Ada baik dan buruknya.
    Nozi had an interesting article on ..Selamat Menyambut Maulidur Rasul

    • 38

      w’saam…itulah pasal, banyak kesannya

  20. 39

    facebook kalau tak pandai guna boleh membahayakan nyawa kita sendiri. aku pernah baca hari tu kes pasal seorang wanita kena bunuh sebab xnak date dengan sorang lelaki yang dikenali melalui facebook. tapi lelaki tu dapat alamat dan no phone kat profile wanita tu dan wanita tu dibunuh dengan kejamnya. so private kan profile anda semua :D
    Amir had an interesting article on ..Penangan cinta jejaka Lombok: Gadis Melayu terpedaya

    • 40

      ha ah, setuju tu bro…kena ejas setting tu biar ada yang wajib2 jer, yg tak perlu tu tak yahla, utk keselamatan kan..

  21. 41

    salamz.
    FB ni macam drug jugak. kalau digunakan untuk jalan kebaikan, maka baiklah ianya. kalau disalah gunakan, maka jadi buruk lah.

  22. 42

    kehidupan di dunia banyak cabarannya..jika tersilap langkah pasti kita akan tersadung di tengah jalan..

Leave a Reply