Kesunyian Salah Satu Punca Sertai Program Homestay
February 4th, 2010 | 12:08 am | Akademik, Nasional | 658 views | 13 responses
Petang tadi saya berpeluang berkunjung lagi ke sebuah kampung yang cukup popular di kalagan pelancongan inap desa atau ‘Homestay’ di negeri Selangor. Sebenarnya kunjungan tersebut adalah berkaitan projek akedemik subjek pembelajaran dewasa dalam bidang pengajian pembangunan sumber manusia saya. Dan saya jga berpeluang untuk berbicara dengan pengerusi pengerusi persatuan Homestay kampung tersebut. Orangnya amat peramah, lembut budi dan tutur bahasanya. Dalam usia lebih kurang 64 tahun itu, beliau masih lagi bertenaga dan bersemangat untuk bersama-sama memajukan pembangunan program Homestay di kampungnya.
Dan hasil bicara spontan saya dengan beliau secara prinsipnya boleh saya katakan bahawa kebanyakan pengusaha projek Homestay yang ada semuanya sudah berusia lebih 50-an ataupun golongan dewasa yang sudah matang (matured adult), kalau ada yang muda pun bilangan mereka tidak ramai.
Berdasarkan respon beliau juga saya dapati hampir kebanyakkan daripada pengusaha Homestay terlibat hanya tinggal berdua suami-isteri sahaja di rumah mereka manakala anak-anak mereka kebanyakkannya tinggal di bandar ataupun di negeri lain.
Jadi untuk mengelakkan kesunyian para ibubapa terlibat menyertai program Homestay di samping turut mendapat imbuhan dan pendapatan daripada projek yang mereka jalankan. Dan berdasarkan jadual lawatan dari pelbagai pelancong dalam dan luar negara, saya pasti mereka akan menghadapi tahun yang sibuk untuk tahun 2010 ini.
Dapat saya huraikan di sini bahawa sudah menjadi tabiat kebanyakan ibubapa tidak suka menyusahkan anak-anak dan menganggu kehidupan mereka, sebab itu mereka mencari alternatif lain untuk menghilangkan kesunyian di rumah sendiri. Sekurang-kurangnya tak adalah mereka duduka mengharapkan kunjungan anak yang sentiasa sibuk di bandar-bandar.

















said on February 4th, 2010 at 12:16 am
Best tak dok kampong??
Ery had an interesting article on ..Setiap Malam Adalah Malam Pertama Part 2
said on February 4th, 2010 at 12:25 am
sekejap best la kot….lama2 boring kans..tader line
said on February 4th, 2010 at 7:21 am
bagus idea tue!
said on February 4th, 2010 at 8:47 am
buleh cube
said on February 4th, 2010 at 9:38 am
bro…
ada msa jom kita berhomestay beramai2… dpt 2-3 kereta pun ok je…
mahu mencari ketenangan dalam kehidupan untuk seketika…
p/s- teringat lagi dengan mak kuntum, family angkat ku semasa berhomestay di Tanjung Piai, johor
framestone had an interesting article on ..Tanda @ Marking
said on February 4th, 2010 at 12:46 pm
idea yang baik tu, au pun dah bsan bawak budak2 kat hotel jer..nak rasa betul2 kampung punya
said on February 4th, 2010 at 9:02 am
ibu bapa cari duit poket sendiri untuk sara hidup….nak harapkan anak anak yang bergelar si tanggang….huhuhuhu.
said on February 4th, 2010 at 6:00 pm
makin banyak tanggang zaman moden ni ek…
said on February 4th, 2010 at 8:13 pm
ahak! benar.. homestayla menjadi tempat terbaik melepaskan
tension selain lepak kt kmpung tu, hehe..
tp tgk jgk kut kat mana tmpat dia, ad jgk yg mcm hmpeh huhu
diden had an interesting article on ..PENCURI NI MEMANG BINATANG!
said on February 5th, 2010 at 1:03 pm
if ade plan… bgtau la ek.. xperlu ramai2 pun xpe… asalkan jiwa tenang & xrunsing2
said on April 14th, 2010 at 8:53 pm
Average brape kos homestay dan apa2 aktivitinya? Ety dh pernah homestay yg berciri agrotourism. Nak tahu mahal tak package homestay begini or do u know any website i can check.
said on July 12th, 2010 at 11:04 pm
corak percutian yang menarik untuk dicuba bagi yang tak pernah mengalami suasana kampung
…lagi best kalau tiada kemudahan asas seperti bekalan air paip dan letrik
- mandi air telaga dan guna pelita ayan !
artikel terkini dari sangilapi: tekad
said on July 13th, 2010 at 8:05 am
kalau jaga cucu pasti tak sunyi kan, em projek homestay ni boleh kira sebagai serampang dua mata la
artikel terkini dari mijie: Demam yang tak sudah