Ketua Polis Merungut Gaji Lumayan Dan Tak Nak Terima Bonus
April 14th, 2010 | 1:01 am | Global | 765 views | 37 responses
Antara berita yang boleh aku katakan sebagai agak ajaib, selepas keajaiban ‘Shamsudin ajaib’ tempoh hari. Di kala semua orang yang bekerja dan termasuk juga yang masih belum dapat bekerja merungut dengan gaji yang sikit dan tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat hari ni, tiba-tiba ada pulak individu yang merungut gaji dia udah terlebih, dah lumayan sangat, bukan takat tu, siap merajuk tak nak terima bonus tahunan pulak tu.
Tapi peristiwa tu bukan di negara kita, tapi di UK sana, Sir Norman Bettison, Ketua Polis tempatan di Leeds, England dengan yakinnya mengatakan ramai ketua sektor awam di negara tu menerima gaji yang amat besar termasuklah dirinya sendiri.
Gaji dan faedahnya sebagai Ketua Konstable di West Yorkshire adalah sebanyak £213,000 setahun, lebih kurang RM1,051,118. Tu baru ketua konstable, kalau lagi besar lagi tinggilah gajinya.
Kecewa dengan gaji yang banyak sangat tu, Sir Norman Bettison telah memutuskan untuk tidak menerima bonus tahun lalu. Satu lagi tindakan yang aku rasa begitu ajaib dan hanya mereka yang unik sahaja boleh berfikiran sedemikian di zaman materialitisk ni.
Berita mengenai rungutan Sir Norman Bettison ni di siarkan di Telegraph.co.uk dan turut di siarkan harian Kosmo! versi ‘hard copy’ semalam.
Gamaknya ada tak individu yang macam Sir Norman Bettison ni kat Malaysia ni? bukan takat sektor awam, sektor swasta pun sama jugak, ada ke? kalau tahun lepas sektor awam tak dapat bonus tahunan, cuma saguhati sahaja RM500 manakala pihak swasta pulak jangan terkejut ada yang dapat bonus sampai 15 bulan gaji. Ye lah tak semua tapi ada lah benda tu.
Tak payah cakap kat orang lain, aku sendiri rasa macam tak terdaya nak buat macam Sir Norman Bettison tu, pasalnya gaji yang ada tu pun tak pernahnya cukup, makin naik gaji makin besar belanja, makin besar periuk makin besar keraknya..huhuhu. Tengok blog ni pun macam-macam iklan aku letak, mana tahu dapat jadi macam emilia yusof dan redmummy. hehehe.
Apa yang pasti Sir Norman Bettison memang unik dan ada unsur-unsur ajaib jugak. ye lah orang lain macam-macam cara sama ada cara betul atau menipu semata-mata untuk tambah sumber ekonomi dan pendapatan, member dengan selamba je cakap pendapatan dia udah banyak sangat…memang spesel
Kalau semua pekerja yang makan gaji berpandangan macam Sir Norman Bettison ni, lama-lama Kesatuan sekerja kena tutup kedai ni, tak ada apa yang nak diperjuangkan lagi lah kot.
Ada kemungkinan tak satu hari ada pekerja di negara sana berpiket atau mogok pasal nak tuntut penurunan gaji?…














said on April 14th, 2010 at 1:25 am
perghh..tabik spring ahh ngn uncle ni!
dh tekan dell ads!!
said on April 14th, 2010 at 9:11 am
memang unik dan spesel
said on April 14th, 2010 at 1:29 am
His stand could be his unique trait. Setting exemplary to make his stands, so that the less fortunate working people gets attention.
It’s the value he firmly believes that made him difference. I wonder if I would have the same courage to doing so? Maybe not, living cost in the country is far too expensive for me to forego additional disposable income I can make
artikel terkini dari Makiko S: Dead babies – questionable human values
said on April 14th, 2010 at 9:13 am
he concerned about tax payers money used to pay his salary…what a noble officer..
hahaha…same situation with me….still not enough income..so couldn’t afford to refuse any bonus..
said on April 14th, 2010 at 10:42 am
wahahaha kasik kat aku sikit pun ai tak kisahhh
artikel terkini dari .::wanie::.: Away Again
said on April 14th, 2010 at 12:13 pm
tu lah pasal…aku pun rela kalau dia nak bagi…Paun Sterling tu
said on April 14th, 2010 at 10:58 am
wah! hebat org nie…maybe duit dia dah terlalu byk…hmmm
nak cerita ttg duit nie…mmg rasa tak pernah nak cukup kan, manusia mmg byk kehendak…n susah nak bbergantung hanya kpd keperluan sj…(nasihat diri sendiri..
)
said on April 14th, 2010 at 12:07 pm
duit ni start mula lahir nak guna duit, dah mati pun nak guna duit jugak utk urusan pengkebumian huhuhu, takat ni bersyukur dgn apa yg ada je kan, tapi tak der nak merungut pasal terlebih duit hehehe
said on April 14th, 2010 at 1:20 pm
kan bagus kalau orng islam cam dia tu..
bukan apa dia concern kot, takut2 kalau dia dapat gaji banyak..nanti ada plak golongan yg hidup susah…jadi, tak eloklah cam tu..
hehehe
artikel terkini dari faizal: Beautiful Blogger Award dan Top Blogger Award 2010
said on April 15th, 2010 at 11:39 am
betul tu…dia ni fikir secara macro economic ni…
said on April 14th, 2010 at 11:04 am
kalau kat malaysia ada macam ni, mesti ramai yg suka kot
kan ramai yg jeles asyik2 polis je naik gaji =P
artikel terkini dari khairil: Isu Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa
said on April 14th, 2010 at 12:10 pm
hehehe, realiti sekarang kos hidup makin meningkat
said on April 14th, 2010 at 11:14 am
memang polis yang baekk… tabik.
artikel terkini dari Anjung Web: Tips Mudah elak komen SPAM di WordPress
said on April 14th, 2010 at 12:11 pm
unik pemikiran dia tu hehe
said on April 14th, 2010 at 11:21 am
pergh..memang pelik pon…dia dah kaya sangat kot..takpon dia tak kisah gaji seberapa sebab nak sangat berkhidmat saja.
artikel terkini dari Piston Pecah: Bola dan Gol
said on April 14th, 2010 at 12:12 pm
ni kes saja-saja nak kerja ni, bukan harap gaji pong hehe
said on April 14th, 2010 at 12:22 pm
bagusnya dia ni..
kalau duit dah banyak sangat, lebih baik dia ambik je bonus tu dan bagi derma kat orang2 susah..
artikel terkini dari fatint: Jika Donat Menguasai Dunia
said on April 14th, 2010 at 12:30 pm
silap-silap bila pencen boleh masuk calon datuk bandar tu
,
derma je kat sini, ramai orang ready nak terima kan hehe
said on April 14th, 2010 at 1:40 pm
kalah leh polis malaysia hohohho
said on April 15th, 2010 at 11:31 am
polis malaysia pun hebat jugak
said on April 14th, 2010 at 4:30 pm
alhamdulillah…rezeki ku mampu menampung segala hutang-hutang kehidupanku tetapi tidak mampu menghapuskan segala dosa2ku coz sedekah pun rm1 je kat masjid.. ada gak tambah pahala
artikel terkini dari framestone: Teacher.. Boleh Ketepi Tak, Kami Nak Main
said on April 15th, 2010 at 11:32 am
Alhamdulillah bro..rejeki udah disediakan secukupnya kans
said on April 14th, 2010 at 5:14 pm
Masih ramai orang yang ikhlas dalam kerjanya..
tapi bukan si Zool lah..huhuhuhuhu
baru2 ni ada profesor tolak duit juta2 walaupun ramai nak beli formulannya
artikel terkini dari zool: Kereta masuk lumpur
said on April 15th, 2010 at 11:33 am
sama jugak ngan saye ni…hehehe, wah hebat prof tu ya….juta-juta pun tak kisah
said on April 14th, 2010 at 5:31 pm
heheh..dalam 1 juta tak semua org ada sikap cam tu kan..huhu bertualah cam tu en one…hehe
artikel terkini dari suri: Tazkirah Buat Bakal Pengantin
said on April 15th, 2010 at 11:35 am
dia tak kisah duit ni kot..janji kepuasan menjalankan khoje
said on April 15th, 2010 at 5:04 am
satu dalam sejuta…
artikel terkini dari zik: Pilih IPTS yang diiktiraf MQA.
said on April 15th, 2010 at 11:36 am
benar tu bro zik…..setakat ni 27 juta rakyat M’sia belum ada lagi tu hehehe
said on April 15th, 2010 at 10:27 pm
nak letak jugak iklan2 ni tapi tunggu blog betul2 mantap dulu… maintain trafik dsb..
btw gaji ketua polis tu memang tinggi kalau nak dibandingkan dgn pekerja2 sektor awam di Malaysia.
artikel terkini dari Amir: Tarik Trafik Blog Melalui Google
said on April 16th, 2010 at 9:40 pm
memang tinggi tu bro amir…baru ketua konstable, kalau ketua inspektor lagi dasat kot hehehe
said on April 16th, 2010 at 3:04 pm
gaji besar,
rasuah pun kurang!
artikel terkini dari Mus: Pengalaman Menemani Isteri Bersalin
said on April 16th, 2010 at 9:41 pm
jauhi diri dari rasuah yang merosak negara ..
said on April 16th, 2010 at 9:01 pm
sampai 1 juta mmg ar besar..ingatkan Malaysia mula2 tadi..haha
artikel terkini dari Azizuan: Saya Seorang Pemalas
said on April 16th, 2010 at 9:44 pm
kalau convert rupiah ke rupee ke. hoooo tak tau nak sebut aku tu
said on April 17th, 2010 at 9:34 am
Bertuahnya kalau ada polis macam ni kat Malaysia.
said on April 27th, 2010 at 9:58 pm
ada jugak kot kat sini
said on May 1st, 2010 at 8:32 pm
chief constsble tu kira cam ketua polis negeri la…tinggi pangkat tu..ada title sir lagi..