Konsep Relativity Yang Einstein Lupa: Kejayaan Dan Relativity
March 6th, 2010 | 1:15 am | Melayu, Nasional | 708 views | 30 responses
Tanyalah kat sesiapa sahaja dalam dunia ni, semua orang hendakkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, hatta kalau ditanya kepada peminta sedekah di tepi jalan sekalipun, deme tu pun impikan kejayaan, sekurang-kurangnya menjadi pengemis yang berjaya. Kerana dengan kejayaan beliau menjadi pengemis yang berjaya tersebut akan membuatkan dia disanjungi dan dicontohi malahan mungkin di lantik menjadi ketua kepada kumpulan pengemis di situ.
Bila cerita bab kejayaan ni aku cuba kaitkan dengan teori relativity yang Albert Einsten perkenalkan dulu, tapi ni versi yang sebaliknya yang dikongsikan kepada aku oleh Prof Madya Dr. Azhari dalam sesi pembelajaran kursus pembentukan kepimpinan. Prof pun cakap dia pun dapat idea ni daripada seseorang juga.

Kata deme tu Albert Einsten lupa nak masukkan teori yang kat board tu masa dia publishkan teori ni pada 1905 dulu. Maksudnya kejayaan sangat berkait rapat dengan relativity, semakin individu berjaya makin ramailah dia akan akan dapat saudara mara (relatives)…
Maknanya kalau si A dah berjaya, ramai yang tiba-tiba mengaku jadi saudara mara ataupun mengaku pernah berkawan, paling tidak pun ngaku pernah berjumpa dengan si A tu. Padahal sebelum ni tak pernah kenal pun dan tak pernah ambil tahu pasal si A tu. Macam biasa lalui kan?
Kalau masih tak yakin dengan teori tu, cuba nanti kalau korang dah berjaya sakan dalam karier atau apa-apa bidang dalam hidup, pasti ada sedar mara yang sebelum ni tak pernah berjumpa akan datang melawat dan bertanya khabar…..silap-silap aku pun ngaku sedara korang..hehehe.
Soalan seterusnya salah ke kalau deme buat gitu? jawapnya tidak dan bergantung kepada persepsi masing-masing, apa-apapun itu cuma teori semata-mata. Dan moral nya…kalau nak ramai sedara mara dan kawan…kena usahakan diri supaya berjaya…cara ndak berjaya, ikut style masing-masing.



















said on March 6th, 2010 at 1:28 am
kalau nak sedara mara banyak kene bjaya eh?..betul jgak tu..ehehe.sdara mara tu kira ok lagi lar….layan kan je..ni tidakk..bila kawan2 yang kutuk2 kite..mgata kita..tiba2 jadi baik..pijak semut pon xmati…biasa lar dunia mmg mcm tu..layankan jekk
said on March 6th, 2010 at 8:32 pm
yg tak pernah nampa dan kenal sebelum ni pun akan muncul dengan mesra sekali….layan je lah hehe
said on March 6th, 2010 at 2:37 am
Kat dunia ni memang mcm tu lah ‘lagaknya’…
kalau kita ni org yang ‘ada-ada’ maka ramailah sedara..
tapi kalau kita org yang ‘papa’… maka ramailah yg tak mengaku sedara..
hai apa nak buat kan….
artikel terkini dari zoul: Sawan Mayat
said on March 6th, 2010 at 8:33 pm
sudah jadi adat dunia….tak leh nak ubah dah
said on March 6th, 2010 at 8:34 am
tapi mmg betul benda ni. bila kita berjaya je ramai orang dtg kat kita. kalau susah, sume orang lari..
artikel terkini dari Amir Zones: Winter Trip: Kembara di Canberra
said on March 6th, 2010 at 8:34 pm
..selepas susah dan jika berjaya semula, semua akan lari semula mengejar yang berjaya…
said on March 6th, 2010 at 8:47 am
yup, setuju..satu cara nak discover saudara mara & kawan2 yg kita x prnah tau kita ada..
tapi bukan relatives sahaja, mungkin ibu2 yg mahu recomend anak mereka..hehe
said on March 6th, 2010 at 8:35 pm
ha ha..tu buat saham naik tu, banyak pilihan calon keh3
said on March 6th, 2010 at 10:31 am
Suatu teori yang boleh diguna pakai…
artikel terkini dari zik: Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar?
said on March 6th, 2010 at 2:53 pm
ya..kita mesti buat tau zik! hehee.
artikel terkini dari suri: Si Yo-yo Yang Comel (Part II)
said on March 6th, 2010 at 8:36 pm
Pak cik Einsten lupa nak masukkan perenggan ni dalam paper Theory of Relativity dia…hehe
said on March 6th, 2010 at 10:40 am
kenapa ada manusia yg begitu??? kalau tak suka org buat begitu…jgn jadi mcm tu…tapi kebiasaannya perangai buruk sendiri mmg susah nak nampak n sedar…A.L.P.A
said on March 6th, 2010 at 8:37 pm
manusia mudah lupa dan buat-buat lupa
said on March 6th, 2010 at 10:49 am
Teori Einstein ni memang dah jadi fitrah manusia. Semua akan mengaku sedara bila kita dah terkenal atau berjaya
said on March 6th, 2010 at 8:37 pm
lagi berjaya lagi semua orang suka, boleh buka fan page lagi tu hehehe
said on March 6th, 2010 at 11:53 am
Berkenaan dengan kejayaan dan relativity ni, ada tiga perkara yang sering berkaitan dengan org yang berjaya ni: Pertama semakin ramai org yg mengaku dia saudara, kedua: Orang yg berjaya tu semakin hilang saudara sbb dia lupa diri. Tapi yang ni bergantung pada orang tu juga. Ketiga: Semakin ramai saudara dia turut berjaya. Contohnya kalau dia pegang jawatan yg bagus, senang utknya ambil saudara maranya kerja. Yang ni mungkin agak bagus bagi kedua-duanya (yang berjaya dan saudara maranya), tapi agak tak bagus pada orang lain.. hehe
said on March 6th, 2010 at 8:40 pm
tu yang wujud teori2 lain macam kronism, nepotism etc…
said on March 6th, 2010 at 2:41 pm
salam mencari ilmu..
ingatlah..jaganlah jadi seperti kacang lupakan sarung kulitnya,,huhu..
said on March 6th, 2010 at 8:41 pm
w’salam, seeloknya gitu, cuma zaman skrg kacang yg dijual dah siap tak de kulit hehehe
said on March 6th, 2010 at 5:17 pm
sodara dan kawan2… Kawe pernah post kat FB pasal PM punya post di FB pasal dia nak pegi lunch. Dalam masa 5 minit, dokat 500 org komen… Semua tu kawan dan sedara la agaknya…
artikel terkini dari Papa-Roq: Retro Toys | Kasut Tiga
said on March 6th, 2010 at 8:41 pm
hahaha…gitulah lebih kurangnya bro
said on March 7th, 2010 at 4:22 am
Teori yang dinyatakan tu memang ada kebenarannya..ingat lagi masa saya susah dulu…tak ramai yang sudi nak kenal dan orang tengok hanya ‘dua-tiga” kelip mata aje..la ni, bila Allah dah bagi rezeki yang tak disangka2..hehe..ada aje yang sudi berbaik-berbaik dengan diriku yang tak seberapa ni..hmmm…adat dunia la ni kot..satu perkongsian yang bagus dari admin
artikel terkini dari KomenEbook: Elegant Themes – Themes Premium Termurah Yang Elegan Dan Sempurna?
said on March 7th, 2010 at 1:48 pm
bila dah berjaya dan popular ramai yg nak tumpang kejayaan dan populariti..ngehehe
said on March 7th, 2010 at 9:36 am
Salam,
Memang dah jadi adat resam dunia macam tu rasanya. Bila dah berjaya, ramai la yang datang tgk kita. Tapi, bila kita susah, ada juga yang buat tk endah. Ada betul juga la teori tu.
artikel terkini dari Nozi: Dugaan di Tahun 2010
said on March 7th, 2010 at 1:49 pm
w’salam,
secara praktikal dan realiti kehidupan sehariannya memang banyak gitu..huhu
said on March 7th, 2010 at 7:34 pm
Sudah adat dunia.Yang kaya dipandang mulia dan yang miskin dipandang hina.Jalan terbaik jadilah seorang yang kaya meskipun kaya budi bahasa.
said on March 8th, 2010 at 12:18 am
itulah yang terbaik nya..hehe
said on March 10th, 2010 at 9:21 pm
salam..
hahaha..itulah realiti kehidupan..mak tak nak kena terima…
said on March 10th, 2010 at 9:22 pm
sory..nak tak nak kena terima lah..(typing error)..hehehe
said on March 11th, 2010 at 12:19 am
w’salam,
tu lah pasal kan, ndak tak ndak kena hadapi juga…:D