Layan Cendol Ibrahim Banting
March 4th, 2010 | 12:11 am | Nasional | 1,300 views | 56 responses
Suka makan cendol? petang tadi untuk yang keberapa kalinya aku dan dua sahabat melawat lagi rumah Pengerusi Jawatankuasa Homestay Kanchong Darat, Banting, Selangor untuk menyelesaikan urusan penyelidikan ringkas mengenai kajian aspek pembelajaran di kalangan golongan dewasa yang sudah lanjut usia. Memang seronok dan tenang bila berada di suasana kampung, tak de apa yang nak digopoh-gapahkan, tak macam kat sini, semua orang kelam kabut dengan tujuan dan keperluan masing-masing.

Bila dah selesai urusan dan dalam perjalan balik kita orang singgah di Restoran Cendol Ibrahim Banting, pasal dah pasang niat dalam hati masing-masing nak layan sekali lagi cendol mamak tu, sebelum ni pun dah singgah sekali, sedap dan rasa tak cukup tu yang plan awal-awal.

Cendol mamak Ibrahim ni rasanya agak popular kot di kawasan bandar Banting ni, pasal masa kami semua sampai, meja banyak yang penuh, semua pelanggan aku nampak layan cendol jer. Jadinya ni lah rupa cendol tu sebelum diproses ke dalam perut kita orang, memang best lebih-lebih lagi musim panas ni, sekejap jer slurp, slurp, slurp tak sedar dah tinggal sikit.
Rasanya pun tak derlah manis sangat, dan kombinasi ramuan yang secukupnya menyebabkan rasanya sempoi jer. sejuk je masuk ke dalam tekak. Ingatkan hati nak order lagi sekali tapi tak jadi, tak elok gitu kan.

Lokasi kedai mamak ni yang dipersimpangan jalan di tengah-tengah bandar mungkin juga faktor menyebabkan ramai pelanggan kat kedai dia. Sambil-sambil makan boleh layan tengok kedai-kedai lama yang dibina sejak tahun 1933, nampak kukuh dan padu sekali kalau nak dibandingkan dengan bangunan konkrit yang dibina zaman sekarang. Aku suka tengok bangunan kedai lama, klasik betul. lebih tepat lagi aku suka benda-benda yang ada nilai sejarah.
Walaupun nampak tak terurus bangunan tu, tapi tu lah yang wujudkan senai klasik tu. Memang cantik kalau cat balik dan preserve betul-betul lagi menarik dan tahan lama.
Suasana pekan pun tak der lah sibuk sangat, sempoi, rilek jer….nyaman. Kalau ada ruang lagi ingat nak singgah lagi layan cendol ni….


















said on March 4th, 2010 at 12:34 am
penah jap duduk banting, tapi tak penah lak g tempat cendol tu~
said on March 4th, 2010 at 10:58 pm
depan KFC dan Pizza hut banting…
said on March 7th, 2010 at 5:18 pm
Lain kali klu datang ke Banting, calling2 lah kawan lama. Ambo dok di Banting lo ni.
said on March 4th, 2010 at 12:40 am
Gulp… Cm sedap jer cendol tuh… Kt Bnting ek… Nnt sy cari. Hheheheh!!
xX’CaeR’Xx had an interesting article on ..Chapitre 12: CATCHEYE, A Free Online Advertising Platform
said on March 4th, 2010 at 10:59 pm
senang jer cari tu..tepi jalan besar je…
said on March 4th, 2010 at 12:54 am
sedapnya cendol.. meleleh air liur di pagi buta ni..
Mus had an interesting article on ..Baru Aku Perasan Yang Sebenarnya, Blog Warna Hijau Itu Bukan Milik Incredible Hulk
said on March 4th, 2010 at 11:15 pm
sedap layan cendol muskm2 panas ni bro
said on March 4th, 2010 at 1:27 am
nie blog ke 3 aku rasa yang citer pasal makanan sepanjang aku bloghopping, ngeeee.. hehe, cendol vs abc, abc menang beb… aku peminat setia abc.. tapi aku suke gak cendol.. cendol yang pakai straw besar tue.. hoooo
said on March 4th, 2010 at 11:16 pm
aku suka dua2..tapi lebih kpd cendol hahaha
said on March 4th, 2010 at 3:14 am
Alamak sodapnya..cendol memang favorite saya bro, kat batu gajah ipoh ada satu kedai cendol nama dia ‘Mr Cendol’ kedai tu dlm pasaraya TF, fuhh sedap berkrim..lebih kurang nampak mcm gambar tu la..
ehh..sumbing mangkuk tu bro..hehe..
said on March 4th, 2010 at 11:17 pm
memang sedap dan nyaman sekali….baru perasan mangkuk sumbing…hahaha
said on March 4th, 2010 at 8:36 am
Salam penuh ceria,
Pagi-pagi kalau tengok cendol rasa tak sabar untuk pergi ke petang.Sebab petang cuaca agak panas dan cukup serasi untuk pekena cendol.
said on March 5th, 2010 at 6:27 pm
w’salam….memang sesuai dan nyaman sekali layan cendul ni…hehe
said on March 4th, 2010 at 8:59 am
bestnya cendol.. lama dah tak makan.. best bila makan, rasa manis2 + rasa lemak santan tu.. fuh.. layannn…….
Amir OM artikel menarik dan terbaru : Penangan cinta jejaka Lombok: Gadis Melayu terpedaya
said on March 5th, 2010 at 6:28 pm
Kalau ada rezeki nanti aku belanja bro layan cendol..hahaha
said on March 4th, 2010 at 9:28 am
itu Cendol nampaks angat menarik dantertarik…dan sy sedang terliur…hahaha….nak ke banting tak nak jauh plak kan…sabo jela..order bawa bungkus ke sini boleh…?? ko tlg bungkuskan eh.
said on March 5th, 2010 at 6:28 pm
boleh…kita poskan guna pos ekspres
said on March 4th, 2010 at 9:43 am
mmg terbaek cendol die…
kg aku pon area situ… kt sg lang tengah…
masok kiri kt traffic light depan umah hj sidek tuh…
=)
said on March 5th, 2010 at 6:29 pm
Sg. lang tengah dan dekat sangat tu, aku gi kanchong pun ikut laluan ke kg tu..
said on March 4th, 2010 at 10:09 am
Adesss…. buat aku terliur….
ema82red artikel menarik dan terbaru : Nostalgia 1999 – ALL SOLD
said on March 5th, 2010 at 6:35 pm
sedaps
said on March 4th, 2010 at 10:47 am
amboi..pagi2 ni ader jual cendol x?..teragak pulak tibe2..heheh
said on March 5th, 2010 at 6:36 pm
musim panas ni, tak kira
said on March 4th, 2010 at 10:49 am
kalau teman la kan.. sure dh order semangkuk lagi
mmg menyelerakan
artikel terkini dari framestone,..: Tarikh 3hb 3 Pukul 3.03PM
said on March 5th, 2010 at 6:36 pm
aku malu, dua kawan aku yang body deme saiz lagi besar pun layan 1 jer..hahaha
said on July 31st, 2010 at 7:39 am
jangan malu-malu andai berselera,bro…lagipun tak perlu tergesa-gesa kan?
artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan
said on March 4th, 2010 at 11:35 am
huhuhu.. dua hari berturut-turut saya makan cendol tapi tak berapa nak puas hati! cair dan tidak banyak bahan!
said on March 5th, 2010 at 6:37 pm
kalau yg ni pasti memuaskan hati…hahaha
said on March 4th, 2010 at 12:07 pm
wah pekena cendol semangkuk! best sangat ni..
ingat pulak kat mak kat melaka…air tangan ibu mmg tiada taranya..yeah !
jgn marah wahai tuan rumah..nie just nk cerikan suasan sahaja..hehe
said on March 5th, 2010 at 6:38 pm
boleh la nanti we all ziarah melaka layan cendol sana pulak, hehe
said on March 4th, 2010 at 12:10 pm
lately sy suka makan ABC…dah lama x makan cendol…susah nak jumpa melayu jual cendol kan….hehehe
said on March 5th, 2010 at 6:39 pm
jarang-jarang sekarang ni…cendul pun colorful jugak mcm abc haha
said on March 4th, 2010 at 12:15 pm
fuh, mcm best tuh.
kat penang dulu kitorang layan cendol tepi jalan jek. mmg layan. tepi jalan masjid seberang jaya ada satu.
artikel terkini dari Khairi: Keputusan kontes ‘Siapa Baca Novel Naik Atas’ – Part 1
said on March 5th, 2010 at 6:40 pm
elok tu….boleh singgah kalau ada free
said on March 4th, 2010 at 2:00 pm
jangan ada pertengkaran antara malaysia dan indonesia ^^
visit back please
artikel terkini dari sealkazz: Diabetes
said on March 5th, 2010 at 6:40 pm
seeloknya begitu..tiada guna bersengketa
said on March 4th, 2010 at 2:27 pm
perghhhhhhhhhhhhhhh!slurpppppppp slurppppppp…sedappnye
said on March 5th, 2010 at 6:40 pm
haahaha, meh la join
said on March 4th, 2010 at 4:40 pm
Salam,
Uih,sedap pula rasanya cendol ni. Jauh la pulak nak pegi.huhu..
artikel terkini dari Nozi: Dugaan di Tahun 2010
said on March 5th, 2010 at 6:41 pm
w’salam,
mugkin area nozi duduk pun ada gak yg best2
said on March 4th, 2010 at 7:41 pm
Wah layan nie bro… lama dah tak rasa..
artikel terkini dari zik: Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek
said on March 5th, 2010 at 6:41 pm
betul nyaman bro…haha
said on March 5th, 2010 at 7:32 am
cendol lebih sedap kalau ada pulut. bro camne?
said on March 5th, 2010 at 6:42 pm
ya..sangat setuju…kalau tambah tapai lagi terangkat
said on March 5th, 2010 at 12:54 pm
Sesiapa nak rasa cendol istimewa TAMBAH PERCUMA bolehla berkunjung ke Seremban, Negeri Sembilan. Tidak percaya??? Satu-satunya cendol yang tidak mengenakan bayaran untuk menambah
:D
said on March 5th, 2010 at 6:42 pm
wah..info menarik, nanti ada masa boleh cuba
said on March 5th, 2010 at 5:28 pm
terasa mau pekena 1 ni..hehe..lepas balik kejelah..
said on March 5th, 2010 at 6:43 pm
mungkin semasa saya taip ni suri dah selesaikan cendul tu kot..hahaha
said on March 9th, 2010 at 3:17 am
lama x layan cendol..layan kat sini pun jadiklah..haha
artikel terkini dari aizuddin: gelanggang RAJA lawak musim ke 4 [astro PRIMA] *updated minggu 10 @ FINAL
said on March 11th, 2010 at 12:08 am
hahah..sini telan air liur je lah bro
said on April 11th, 2010 at 2:17 am
lu x rasa cendol guo lagi kalau nak rasa datang tanjung rambutan dekat stesen ktm depan sek. methodes.
said on March 10th, 2010 at 10:53 pm
dulu maser koje kat KLIA leh dikaterkan seminggu 3 kali layan cendol kat banting tu…. tapi dah 5 taun aku tak gi banting…. ingat2 lupa lokasi cendol ibrahim banting tu….
artikel terkini dari mancai: Gunakan kebijaksanaan nak jadi kaya
said on March 11th, 2010 at 12:09 am
wah bro mancai memang kaki cendol rupanya..samalah kita he he, kalau bro masig ingat KFC dan Pizza hut banting…opposite restoren tu..tapi tak tau lah 5 tahun dulu ada ke tak KFC n Pizza kat situ
said on July 14th, 2010 at 3:33 pm
Nyam2..so yummy…dah lama tak pekena cendol..
artikel terkini dari eyriqazz: Saya Bukan Blogger Popular Saya Blogger Cap Ikan Ayam Goreng
said on July 31st, 2010 at 7:41 am
biasanya kat kl,ada lori bergerak jual rojak sotong dengan abc atau cendol….ini pun terangkat jugak !
artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan
said on July 31st, 2010 at 7:57 am
nampak cendol tu memang sedap sgt,
artikel terkini dari mijie: WordPress 301 sedia untuk di update