Lelaki Paling Berpengaruh 2009 dan Wanita Paling Diidamkan 2010
January 21st, 2010 | 10:26 am | Global, Hiburan | 612 views | 1 response
Dalam sibuk mencari maklumat mengenai latihan dalam bidang ‘personal grooming dan impression management’ untuk tugasan kuliah, entah macam mana penulis telah ‘terlanding’ ke laman web Askmen.com Dan terjumpa sesuatu yang menarik di laman tersebut yang telah melaporkan pemilihan Don Draper sebagai pemenang tempat pertama di kalangan 49 lelaki paling berpengaruh bagi tahun 2009 manakala Emmanuelle Chriqui pula terpilih di tempat pertama di kalangan 99 wanita paling diidamkan bagi tahun 2009.
Pemilihan tersebut adalah berdasarkan undian pelawat ke laman web tersebut dan sebahagian besar daripada calon-calon yang dipertandingkan adalah selebriti dalam dunia hiburan dan berpusat di Hollywood sahaja.

Emmanuelle Chriqui lahir di Montreal, Quebec, orang tuanya berasal dari Maghribi dan beliau membesar di pinggiran bandar Toronto. Di awal karier lakonannya, kakaknya membantunya untuk membayar kursus lakonan. dalam usaha mencari ruang dan peluang dalam bidang lakonan, beliau memulakan dengan beberapa siri iklan televisyen termasuk sebuah iklan untuk McDonalds. Manakala Don Draper mempunyai personaliti selebriti dengan imej maskulin.
Apa yang pasti, kedua-dua lelaki dan perempuan ini sudah pastinya mengikuti kursus intensif untuk ‘personal grooming’ dan ‘imression management’. Dan rasanya dah sah ada image consultant yang sentiasa menjaga penampilan mereka.
Tapi penulis punya assigment kali ni adalah untuk mencadangkan kursus yang sesuai, dan rasanya ada kaitan dengan quote ini “when you look good, you’ll feel good”.















