Lima Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Lama

May 2nd, 2010 | 12:45 am | Melayu, Muslim, Nasional | 925 views | 47 responses

Kebanyakan manusia normal berharap supaya dapat hidup untuk tempoh yang lebih lama walaupun bukan sampai ketahap umur beratus tahun. Dengan peningkatan kualiti hidup pada masa ini kadar tempoh jangka hayat rakyat malaysia juga sudah bertambah iaitu 76 tahun untuk wanita dan 71 tahun untuk lelaki.

Selain daripada peningkatan kualiti dan penemuan-penemuan dalam bidang perubatan, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan, aktiviti senaman dan pengambilan diet yang betul yang telah memanjangkan tempoh jangka hayat, Dr. Gary Small, Pengarah kepada Center of Aging di UCLA juga turut menemui lima perkara yang melibatkan pemikiran,  kepercayaaan, sikap dan kelakuan seseorang individu yang boleh memanjangkan tempoh jangka hayat kita.

Lima perkara yang berkaitan pemikiran, sikap, kepercayaan dan kelakuan yang boleh memanjangkan jangka hayat adalah:

Sentiasa Positif

Individu yang sentiasa berfikiran positif semasa mudanya didapati hidup lebih lama berbanding mereka yang selalu berfikiran negatif dan selalu terganggu emosi mereka. Emosi yang selalu negatif boleh memberikan impak yang tidak elok kepada jantung individu sekaligus menjejas tahap kesihatan.

Apa yang boleh kira lakukan semasa masih muda ni adalah mengurangkan pemikiran bercorak negatif sebaliknya selalu melihat sesuatu dalam persepsi yang positif. Cara mudah juga dengan cara mencadi seorang yang ‘extrovert’ dan selalu berbual atau berbicara dengan orang yang kita tidak kenali.

Kerja-kerja Amal

Kajian mendapati individu yang terlibat dalam kerja-kerja amal secara sukarela dalam mana-mana organisasi memiliki kadar kematian serendah 44% berbanding mereka yang tidak terlibat dalam mana-mana organisasi atau kerja amal. Secara saintifiknya bila individu terlibat dalam aktiviti kerja amal ia membantu sistem badan individu terlibat mengeluarkan antibodi untuk menahan penyakit.

Mungkin kita boleh mulakan dengan menyertai mana-mana persatuan atau NGO yang berhampiran dengan tempat tinggal kita, membantu mereka yang dalam kesusahan. Aktiviti paling sesuai adalah menjadi mentor yang memberikan nasihat dan bimbingan kepada kumpulan sasar persatuan atau NGO yang kita sertai.

Selalu Berdoa

Doa merupakan kekuatan utama dalam kepercayaan mana-mana agama, leb-h lebih lagi bagi masyarakat Muslim di amalan berdoa merupakan sesuatu yang amat penting yang menghubungkan seorang hamba dengan Al-Khaliq. Dalam konsep sains, Kajian di Duke Universuty of Medical School mendapati mereka yang selalu menghadiri upacara keagamaan mati selewat 6 tahun berbanding mereka yang jarang menghadiri upacara keugamaan.

Doa merupakan suatu harapan yang memotivasikan seseorang individu untuk meneruskan perjuangan hidup. Cara nya semua orang sudah tahu, malahan Rasulullah S.A.W pun sudah banyak kali, selalu solat secara berjemaah, dan sepatutnya setiap aktiviti harian seseorang Muslim ada doa masing-masing.

Bersosial

Aktiviti bersosial secara sihat juga didapati memeberikan impak positif terhadap tahap kesihatan individu. Bersosial di sini bermaksud mempunyai hubungan dan ‘networking’ yang baik dengan seberapa ramai kenalan, juga termasuk saudara mara dan sahabat handai. Aktiviti sosial yang terhasil daripada ikatan perkahwinan dan kekeluargaan, maksudnya berkenalan dan bermesra dengan saudara mara pasangan masing-masing merupakan yang terbaik dan paling berkesan dalam meningkatkan sistem imuniti badan.

Individu boleh memulakan dengan belajar mengenali dan mengingati nama saudara mara pasangan masing-masing, juga rakan dan sabahat karib mereka. langkah seterusnya adalah dengan berkunjung di antara satu sama lain dan sentiasa bertanyakan khabar.

Sentiasa Berfikiran Muda

Yang last ni rasa memang ramai orang amalkan ni, sentiasa berfikiran muda. Maksud di sini adalah sentiasa gunakan fikiran dan berfikir melalui latihan menggunakan kecergasan otak. Contoh paling mudah adalah dengan banyakkan aktiviti membaca buku, menggunakan internet ataupun bermain ‘game’boleh meransangkan otak seseorang individu khususnya yang melibatkan bahasa, memori, penglihatan dan keupayaan pemahaman.

Generasi sekarang ni rasanya tak ada lah asing sangat dengan internet, namun ada juga yang jenis malas nak layan internet. Sebenarnya aktiviti pembacaan maklumat dan informasi melalui internet ataupun buku membolehkan otak sentiasa aktif dan menyihatkannya. Otak yang sihat itulah juga yang membawa kepada kesihatan sistem badan.

Rumusannya berdasarkan pemahaman saya, corak pemikiran, kepercayaan, sikap dan kelakuan kita semasa muda hari ini akan memberikan kesan kepada hari-hari tua kita nanti. Oleh yang demikian kalau rasa nak hidup lebih lama dengan cara yang sihat, bolehlah kita mulakan kelima-lam cara mudah tersebut.

Artikel ini adalah hasil dari interpretasi dan kefahaman peribadi saya semata-mata dan kalau hendak mengetahui dengan lebih terperinci boleh rujuk kepada Artikel asal daripada MSN health & Fitness.

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(47)

  1. 1

    feel young is the mosst important, i think
    artikel terkini dari serol: Shoutmix dan Cbox, Shoutmix la jadi pilihan hati

    • 2

      i think so..it’ll actively stimulate our brain :D

  2. 3

    berfikiran muda… wah… boleh jadi tuh… ngeh2..
    artikel terkini dari zik: Selamat hari buruh 2010!

  3. 6

    tips yg bagus ni :)
    artikel terkini dari papabear: Off to Jakarta

    • 7

      at least buar cecah 70 hehehe :D

  4. 8

    bro, 15 top bulan Mei tu guna plugin apa? ada widget tak?
    artikel terkini dari papabear: Off to Jakarta

  5. 12

    hidup lama tapi xbahagia tak gune gak..
    mari kita membahagiakan diri kita:)

  6. 16

    “selalu berbual atau berbicara dengan orang yang kita tidak kenali.”

    -kadang2 orang yg kita x kenal susah nak bcakap banyak dgn kita sebab maybe akan wujud barrier. tapi ada je yg jenis friendly walaupun 1st time jumpa.
    artikel terkini dari Amir: Semakan Keputusan Permohonan UPU Kemasukan ke IPTA 2010

    • 17

      tu yg melatih otak kita untuk aktif dan bersikap positif tu…aku rasalah hehe :D

  7. 18

    wah…hampir kelima-lima ada dalam hidup saya..especially “Sentiasa Berfikiran Muda” sebab orang akan cakap kita muda dari usia sebenar..so..boleh la hidup lama nih…insya Allah..hehe..
    artikel terkini dari mizzura: Free Ticket : When In Rome !!

    • 19

      bagus kalau gitu….hidup kalau tak stress semuanya jadi mudah dan seronok :D

  8. 20

    positif positif

    kalau negatif hidup tak bahgia

    huhuhu
    artikel terkini dari .::wanie::.: Pukul 1 pagi.

    • 21

      betul n tepat sekali :D

  9. 22

    Hidup lama, abadikan dengan amalan soleh. Buat dosa banyak tak guna juga. Sama-sama kita bermuhasabah.

    • 23

      dalam Islam pun disuruh bukan takat doa panjang umur malahan diberkati umur tu..baru ada faedah :D

  10. 24

    selain diatas hidup jangar biar dalam tekanan sangat..kalau dalam tkanan sangat maybe tak dapt hidup lama..hoho…nice bro
    artikel terkini dari ishak: Antara perkara pelik finas dan cikgu….

    • 25

      betul tu bro ishak….tak mo tension2….mo rilek and sempoi aje :D

  11. 26

    erm….yg selalu berfikiran muda tu…maksudnya sentiasa berfikiran positif la tu…ghe ghe…
    artikel terkini dari Meow: Berita Ugut Tok Guru Nik Aziz

    • 27

      ha ah, positif n muda sekali :D

  12. 28

    kena perasan muda walaupun da tua, kan jadi muda…hehehe :)

    • 29

      lagi muda lagi steady :D

  13. 30

    yg last skli tu,,slalu dgr org ckp..hehehe sepanjang hidup,penuhi ia dgn kebhagian..hehee
    artikel terkini dari azizan4444: Blogger + Duit = Politik

    • 31

      betul…tu yg ramai jadi muda dan kahwin bini muda oppss…. :D

  14. 32

    amboi entry mu nie… kau buat diriku bergitu berharga {tagline iklan ape entah}

    1- 99% kehidupan ku sentiasa positif
    2- maaf, skrg teman kurang masa melakukan kerja amal (petanda tue)
    3- doa makan selalu la & mendoakan org lain
    4- hanya mampu bersosial di blog n facebook
    5- hatiku muda selalu… even org cakap diriku nampk tua..
    artikel terkini dari Bro Framestone: Hujung Minggu Bro di Ipoh

    • 33

      memang bro ada harapan umuq panjang..cecah 80 nanti amin… :D

  15. 34

    “you become what you think” :) (berdasarkan konsep Law Of Attraction)
    artikel terkini dari sangilapi: bulan kelahiranku

    • 35

      ..dan jugak konsep ‘you are what you read’ :D

  16. 37

    Sentiasa senyum pun berkaitan juga kan bro dalam entri ni
    artikel terkini dari wazy: Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010

    • 38

      betul dan setuju tu bro wazy…. :D

  17. 39

    Tertarik dengan ayat nie
    “ajian di Duke Universuty of Medical School mendapati mereka yang selalu menghadiri upacara keagamaan mati selewat 6 tahun berbanding mereka yang jarang menghadiri upacara keugamaan”
    artikel terkini dari Frantz-Senpai: Jom Kita Bantu Blogger Newbie

    • 40

      tu dari perspektif non mulism, kalau muslim memang sudah dijelaskan oleh Quran dan sunnah :D

  18. 41

    errmm peluklah isteri/suami setiap hari…insha Allah boleh hidup lebih lama…(kajian Dato Dr Fadzilah Kamsah)… ;)

    ajal maut di tanganNya..yg penting kita usaha utk kehidupan yg lebih sihat…

    • 42

      hidup pun boleh jadi pendek jika hari2 peluk isteri-isteri

      • 43

        kenapa pulak bro? minda sukar utk dikreatifkan…;p

  19. 45

    he..23x teman xrase cam tue la Jaz.. riso pun ade..

    darah tgi dah ade [dah lama ada pun], angin la.. sakit belakang la.. riso pulak xberzuriat nie
    artikel terkini dari Bro Framestone: Hujung Minggu Bro di Ipoh

    • 46

      insyaallah setiap penyakit ada ubatnya,bro fs :) ….cuma kalau difikirkan sangat adalah kurang elok sebab mengundang gelombang -ve kepada diri kita.
      artikel terkini dari sangilapi: salam perkenalan

  20. 47

    sentiasa senyum mungkin boleh menjadikan diri kita sentiasa postif
    artikel terkini dari mijie: Hilang arah dan jati diri

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini