Lintas Tak Berapa Lansung 2nd Putrajaya Hot Air Balloon Festival 2010

March 21st, 2010 | 4:12 pm | Admin, Nasional | 1,201 views | 36 responses

Pagi tadi berkesempatan jugak bawa anak-anak mengunjungi 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Festival, hari last je yang sempat pergi walhal jarak antara rumah dengan tapak festival tak sampai 10 minit drive, itulah penyakit orang Estet Prang Besar ni, kadang-kadang banyak events yang dianjurkan di kawasan sendiri terlepas, kes dekat punya pasal. Dalam kepala selalu fikir tak pe kalau lepas yang ni next month akan ada event lain. Orang luar Putrajaya bukan main awal-awal pagi dah penuh, orang kat sini  pulak event nak habis baru nak pegi.

Artikel ni bukan lintas lansung, sebaliknya lintasan tak berapa lansung kerana dah agak ‘basi’. Walau apapun elok juga berkongsi sedikit gambar yang sempat diambil dengan menggunakan DSLR versi saya sendiri iaitu Olympus u820 dan jugak Sony Ericsson K550i. :D .

Snap dari kereta di atas jambatan, suasana trafik agak sesak dengan kenderaan berpusu-pusu menghala ke tapak festival. Sekali baru perasan bateri kamera tak charge, kira tawakkal je berapa snap dapat ambil.

Snap dari dekat belon udara panas, memang cantik betul bila tengok secara live ni, budak-budak seronok sakan nak naik tapi queue agak panjang menyebabkan terpaksa lupakan hasrat tu.

Sekadar tengok dengan menelan air liur sendiri pasal tak dapat nak naik belon tu, bukan takat budak-budak yang nak naik, bapak budak, mak budak dan atuk nenek budak pun nak join sekali. tahun depan kena tambah belon lah ni.

Muka kempunan tak dapat naik belon, terpancar kekecewaan dan cubaan memberontak akibat tidak dapat apa yang dikehendaki, namun dapat di ‘neutral’ kan semula dengan taktik pujukan aiskrim bersepadu.

Pose dan gaya ‘cool’ anggota keselamatan menjaga ketenteraman belon-belon orang ramai dan memastikan tidak ada kes yang tidak diingini sepanjang festival berlansung. Syabas dan terima kasih.

Satu lagi pose menarik dari anggota keselamatan, gambar diambil untuk tujuan latihan teknik image curve dan gaussian blur Photoshop, supaya fokus nampak lebih menyerlah berbanding latar belakang.

Banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang festival, tepi tasik berhampiran millineum monument juga meriah dengan orang ramai, dan aktiviti paling banyak berlansung adalah tengok orang ramai.

Kanak-kanak juga berpeluang mencuba motor kecik ni, sambil menguji skill racing dengan cara yang betul agar tidak terjebak dalam aktiviti rempit. Juga antara aktiviti yang menarik perhatian ramai pengunjung.

Seperti yang dijangka DSLR u820 saya habis bateri, terpaksa guna DSLR kedua K550i, siap ada garis lagi dalam gambar tu. hehe. Permainan basikal unik juga mendapat sambutan, kayuh basikal dalam keadaan rilek dan bersandar.

Untuk golongan remaja pula disediakan game bola besar ni yang saya sendiri tak tau apa nama game ni, tapi nampak memang best dan menarik serta mendapat perhatian orang ramai.

Masuk dalam belon kemudian dilepaskan ke tengah-tengah tasik, tapi untuk keselamatan disediakan tali untuk menarik belon-belon tu, yang ni pun queue yang panjang dan memang lambat nak tunggu turn.

Ada juga aktiviti untuk mengembangkan kemahiran kreativiti kanak-kanak. Jenuh juga bapaknya kena tunggu budak-budak nak siapkan kerja-kerja mewarna gunakan pasir halus ni.

Pameran mini superbike pun ada ditapak festival, mungkin jugak 20 tahun nanti muncul dua pasangan adik-beradik yang menguasai GP. Tapi kalau nak suruh beli sekarang motor tu memang bapaknya sengih je lah.

Meriah dan menarik kepada ibu-bapa untuk membawa anak-anak sepanjang cuti persekolahan untuk bergembira di festival ni, mungkin jugak Putrajaya Hot Air Balloon Festival akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar Perbadanan Putrajaya.

Mamat baju hijau berbelang-belang ni sebenarnya agak gayat dan takut nak naik belon udara, pengalaman naik kereta kabel kat Genting Highland dulu-dulu menyebabkan mamat tersebut dah tak berapa berani minat nak naik benda-benda camtu. :D

Abouts

ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. Currently etomyam also registered as guest writer at inimajalah.com

 
 

Responses so far...(36)

  1. 1

    thanks for sharing… memang meriah le..

    Jom Menyelam

    Tak Ada Duit???

  2. 4

    cantiknya kesemua gambar2, gambo anggota keselamatan paling tak leh blah. cam model kot. hahahahaha
    artikel terkini dari miz sara: belon-belon udara panas ~ Putrajaya.

    • 5

      hehehe…bertugas dengan dedikasi dan jayanya :D

  3. 6

    wwwwwwwaaaaaa.. teringin nk pg tgk belon!!
    tahun depan la! waaaaa..
    artikel terkini dari Luth Textile: Macam mana orang Melayu nak cekap berbahasa Inggeris?

    • 7

      hahaha…tak pe tahun depan ada lagi

  4. 8

    memberr ajak pergi tadi..tapi kerja banyak la..sedeynya… bro naik belon tuh kena bayar ke?? berapa??
    artikel terkini dari zik: Sakit kepala!

    • 9

      tak naik jugak bro zik, orang ramai sangat…lagipun aku gayat sket hahaha :D

      • 10

        owh ramai.. erm kena datang awal lah kalau nak naik (tahun depan la jawabnya) …erm gayat gak nie… :-)

  5. 11

    Yup

    Betul2 banyak event..terase cam rugi je xpergi huhuu

    p/s- activiti “usha orang” memang banyak berlangsung.. lagi2 dapat cuci mate
    artikel terkini dari framestone: Lama Tak Tengok Blog Sendiri

    • 12

      tahun depan boleh datang, aktiviti usah murah, tak payah bayar apa2..yg lain kena bayor :D

  6. 13

    wah.tentu best dapat naik belon tukan..g mane la agaknya rasenya… Thanks dapat kongsi pengalaman..;-)

    • 14

      tu lah, aku pun tak naik..mesti best sape yg dapat naik :D

  7. 15

    jelesnya tak dpt pegi….takpelah..sy redha….
    kalau dpt naik hot balloon tu…bestnya dpt melayang2 di awan biru….;p
    wah! gambar2 yg cukup menarik n tertarik…yg mamat baju hijau belang2 tu happy jer…hehe

    • 16

      tahun depan pn izzan mesti datang, meriah bebudak….hahaha mamat tu memang sentiasa hepi :D

  8. 17

    adoyai..x smpt nk naik belon tu..dgr crte rmai giler rkyt mlsyia Q tuk beli tiket..berebut…umh…klo pg kompem2 x dpt naik…
    artikel terkini dari zermye: Tulis & Menang ariffshah.com

    • 18

      betul tu, memang susah dan lama kena tunggu queue

  9. 19

    lalala.. x dapat naik dapat baca entry dalam blog bro tom cukuplah nak pie kita jauh :bersiul

    • 20

      hahahah bro ayie…..ada masa nanti boleh singgah kat estet prang besar ni :D

  10. 21

    Oh Bestnya!!!
    Lama dah tak ke Putrajaya!!
    artikel terkini dari Mus: Mari Design Banner Untuk Blog..

    • 22

      meriah ..tapi panas sangat cuacanya..

  11. 23

    thanks for sharing..at least kami2 yang tak pegi ni takde la kempunan sangat..heheh
    artikel terkini dari fina fento: Misteri tu dah terjawab..sungguh makan dalam

    • 24

      welcome…..untuk kongsi sama2 :D

  12. 25

    Salam tuan,

    Sayang melepas pergi.. Gambar-gambar terbaik. Bukanke ade Paragliding sekali?.Acara tu dibatalkan ke?.

    • 26

      w’salam,
      tak perasan la pulak acara tu.., saya round tak habis..panas sangat :D

  13. 27

    sgt terharu bila tahu ko gayat.. hehe.. :)

    • 28

      hahaha…kalu rukah pagar dulu aku tok gayat :D

  14. 29

    waaaaaahhhhhhhhhhhhh…

    cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaa… hehehe

    seriously semua gambar nampak menarik sesgt.. then rasa rugi tak ke sana! :(
    artikel terkini dari missnera: KENAPA HARUS BEGITU?

    • 30

      tak per..tunggu tahun depan….:D

  15. 31

    Waaaa bestnyaaaaa… jeles jeles!!
    artikel terkini dari Adry: Konsert pertama AF8

    • 32

      tak pe bro adry, nanti tahun depan ada lagi :D

  16. 33

    salam ..
    huhu..terasa suri pulak yanh dah kesana..hehhe..tampak enjoy dan santai..pic cantik2 gak :)
    artikel terkini dari Suri: Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa..

    • 34

      santai..cuma cuaca agak panas sket sekarang ni :D

  17. 35

    padahal aku duduk dekat jek bersebelahan putrajaya tapi taun ni tak pegi… macam bertambah meriah berbanding taun lepas jek…
    artikel terkini dari mancai: siapa kata orang melayu masih lagi ditakuk lama!

    • 36

      memang makin grand tahun ni….meriah tapi cuaca panas sangat tak tahan aku

Leave a Reply

Kongsikan post terbaru anda di sini