Malaysia Ada Masalah Kebuluran Ke?
February 15th, 2010 | 12:03 pm | Admin, Nasional | 956 views | 34 responses
Memang dari dulu lagi aku perhatikan masyarakat Malaysia tidak kira apa jua bangsa menghadapi masalah yang sama bila bab-bab makan ni, memang di akui Malaysia sebuah negara yang aman, permai dan harmoni, tidak pernah berlaku bencana alam yang dasyat, mungkin kalau yang paling dasyat yang pernah aku baca adalah bah air merah pada 24hb dec 1926 yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai dan hanya surut pada 2hb jan 1927.
Balik semula kepada bab makan ni, orang malaysia memang suka buat majlis keramaian dan makan-makan dengan pelbagai motif dan tujuan. Baguslah gitu, cumanya bila majlis makan ramai-ramai ni akan terserlahlah identiti sebahagian daripada rakyat Malaysia yang dikatakan bersopan santun dan berbudi bahasa.
Pagi tadi sambil aku layan breakfast dengan family aku selak harian Kosmo dan gambar yang kat sebelah tu menangkap dan meransang otak kanan aku untuk befikir.
Gambar tu adalah majlis makan-makan percuma terbuka untuk semua orang, dah tentu free dan mencukupi untuk semua tetamu yang dijangka hadir, soalnya kenapa asyik nak berebut je, susah kot kalau nak beratur dan tunggu giliran masing-masing.
nampak meriah majlis tu, namun pada masa yang sama dapat juga ditafsirkan betapa tak senonoh orang-orang dewasa di Malaysia ni yang masih dok berebut makanan free padalah makanan tersebut memang cukup untuk menampung selera makan mereka.
Sekali imbas macam negara Haiti la pulak orang-orang dok berebut makanan kerana kebuluran dan tidak cukup makanan, tapi rasanya tidak ada la pulak di malaysia ni kes kematian yang disebabkan kebuluran, tapi kalau mati dek kerana terlebih makan rasanya mungkin ada.



















said on February 15th, 2010 at 12:24 pm
Assalamualaikum,salam bro apa yang bro utarakan dalam entry ini,ayie memang sokong sangat,walhal kalau pie event mana2 dah tahu protokol masuk majlis kena tunggu giliran, yang x ada akal x mengikuti protocol tersebut..x paham dengan masyarat kita,lambat ada yang free ramai je serbu lepas 2 berebut2 mcm x cukup makan.. di akhir entry bro ada terselik mati sebab terlebih makan ada betul… sebab dia malaysia bermacam-mcm jenis makanan ada
said on February 15th, 2010 at 8:54 pm
waalaikum salam bro, mungkinkah senario ni menunjukkan tahap KIASU masyarakat malaysia masih tinggi….terima kasih kongsi pandangan bro
said on February 15th, 2010 at 12:33 pm
he…23x Malaysia mengamalkan prinsip
“Pat2 siku lipat, sapa cepat dia yang dapat”
he…23x
time kenduri kahwin xnk pulak berebut… siap selak lengan n tunjuk sume yang melekat lip lap kat lengan je..
belum selak tudung lg…
out of topic–> sejak mu jd 1tomyam… sure jd yg pertama je ek hhuhu
nk wat cam mane kan.. en google lebih memahami diri ku.. tue pasal aku search pakai key word “tew” so dapat la hasil yg “nie” he…23x
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 15th, 2010 at 8:57 pm
maknanya dah dididik dari kecil lagi lah supaya suka berebut2…hmm, betul jugak tu.
tu kalu yg niat berlagak dan sombong nak tayang barang kemas elok jugak kalau kena ragut..hahahah, jahat tak?
memang en google peneman setia dan mudah mengerti kehendak kita hahaha
said on February 15th, 2010 at 1:00 pm
Makan free beb~ haha.
Kalau nak bermaruah sket, datang awal2. Takdelah nak berebut.
ariff had an interesting article on ..Tutorial Jadikan Blog NoFollow Kepada DoFollow
said on February 15th, 2010 at 8:58 pm
tu lah bro, bab FREE ni sensitif sungguh….dia punya aura kuat…hahaha
said on February 15th, 2010 at 1:02 pm
Biasalah majlis2 cam ni. mesti berebut punya cam tak makan …
zool had an interesting article on ..Bowling, karaoke dan ikan bakar Malim
said on February 15th, 2010 at 8:58 pm
gamaknya rasa thrill n bangga bilaberjaya dapat makanan banyak, walaupun belum tentu habis…
said on February 15th, 2010 at 1:42 pm
sebab tu aku malas nak amik port pasal benda ni…
Memang dari kecik kita x endahkan budaya beratur…
Macam x paham2 lak
Pejuang Kesenian Extreme had an interesting article on ..6 Permainan Moden yang Popular ketika dahulu
said on February 15th, 2010 at 8:59 pm
tu lah pasal….dari sejak merdeka sampai dah 52 tahun dok gitu jugak lagi…..
said on February 15th, 2010 at 2:13 pm
Biasalah Malaysia ini.
Semua pun nak free, nak subsidi. :p
tekkaus had an interesting article on ..Happy Chinese Tiger Year From Tekkaus
said on February 15th, 2010 at 9:00 pm
hahaha..mentaliti subsidi masih belum habis dan tak kan abis kot…
said on February 15th, 2010 at 3:36 pm
senario yg biasa ms rumah terbuka…
aku penah sekali pegi rumah terbuka..
tobat aku x mau pegi dh… baik la msk sndiri kat umah dr kena tolak menolak ms nk amik mknan.. pdhal bukan sedap sgt pn..mknan biasa je…/
cahayachenta had an interesting article on ..Sedapnya peluk….
said on February 15th, 2010 at 9:01 pm
tu lah pasal kan, org pergi nak beramah mesra bukan nak bergaduh n masam muka pasal berebut makanan…
said on February 15th, 2010 at 9:02 pm
bro tom silap 2 pergi sebab nak beramas mesra..huhuh
said on February 15th, 2010 at 9:05 pm
hahaha…ramas tapi mesra….steady
said on February 16th, 2010 at 5:24 pm
hahaha…beramas mesra…kihkihkih
ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~
said on February 15th, 2010 at 5:38 pm
ada juga yang jenis, bukan nak makan sangat pun.. saja je suka rebut2 tu, sronok, ade thrill kata orang..;)
isza had an interesting article on ..KAITAN SOLAT DAN WARNA ALAM
said on February 15th, 2010 at 9:01 pm
ha ha…setuju sangat tu…saja yg nak rasa thrill je, kekadang makan tak habih pun
said on February 15th, 2010 at 6:58 pm
mungkin sebab kemeriahan yg dicari kot
huuhuu
said on February 15th, 2010 at 6:59 pm
ni baru btol
joegrimjow had an interesting article on ..hakim contest weekend @ sheffield
said on February 15th, 2010 at 9:02 pm
betul tu…semua kes nak rasa seronok berebut2…macam bebudak tadika seronok berebut gula-gula
said on February 15th, 2010 at 8:45 pm
mkn free mmg ramai arr yg akan berebut…
takot xsempat walaupun org ckp mknn sumer cukup…
hurm…
ROCKprincess had an interesting article on ..Yes I’m a novel addict!!!!
said on February 15th, 2010 at 9:03 pm
perasaan tamak le tu kot..hahahah
said on February 15th, 2010 at 9:43 pm
lepas ni kenakan bayaran lak, confirm dah tak berebut @ takde org datang…
lazaac had an interesting article on ..Notepad ~ Tema WP dari n.Design Studio
said on February 15th, 2010 at 9:47 pm
hahaha…betul tu, dah confirm sunyi sepi jer majlis tu
said on February 16th, 2010 at 12:41 am
he..23x nak wat cam mna.. dah mmg azali diajar cam tue kan
jahat gak mu nie ek.. time makan sape nk ragut.. sume ralik nk “ragut” makanan yang ada je
p/s- sian Pn Yahoo kan…
framestone had an interesting article on ..Because I Love Girls.. So I Should Tell You’ll
said on February 16th, 2010 at 12:54 am
tu lah bro…sebenarny didikan daripada awal tanpa sedar membawak sampai ke tua..hahaha
tu lah pasal, puan Yahoo tu pemalu sangat orangnya, tanya sket malu nak jawab…hahaha
said on February 16th, 2010 at 10:37 am
aah.. betullah..terfikir jugak…hmmm…kenapa eh???
ReD had an interesting article on ..~ DAN SEBENARNYA… BERJOGET-JOGET KERIANGANLAH SYAITOOON… ~
said on February 16th, 2010 at 6:46 pm
sebab dari kecik lagi..kat sekolah tadika dah ada permainan berebut gula-gula …..dari situlah dok berebut sampai besar heheheh
said on February 17th, 2010 at 3:20 am
Orang Malaysia kaki rebut makan juga. Tapi tak terlawan lagi Arab Mesir. Sy pernah saja2 test power rebut dengan Arab masa di Mina. Dapat sekotak air je, tapi lenguh stu badan.
said on February 17th, 2010 at 8:41 am
kira arab lagi dasat la dia punya skil rebut ek…badan sorang sikit punya besar…huhuhu
said on February 18th, 2010 at 1:31 pm
hmmmm selalunya yg berebut makanan nie haiwan kan…tp takkan nak samakan manusia yg ada akal dgn haiwan yg takde akal kan en jaz…
biasa la tu…*hak org kena rebut, hak sendiri kena kedekut*…ishhh diorg nie xde rasa malu agaknya…sekurang2nya malu la kat anak2 sendiri ke…contoh yg x baik…