Masih Taksub Lagi Ke Dengan Mat Leh?

January 8th, 2010 | 10:04 pm | Admin, Nasional | 606 views | 2 responses

Pagi tadi dalam perjalanan untuk mengisi minyak saya asyik mendengar lagu Blues Gang yang cukup popular iaitu ‘Khatulistiwa’, sungguh nostalgia bila mengingati kembali lirik dan rentak lagu tersebut. Antara lirik yang cukup menarik bagi saya ‘..Good morning sir, dahulu kala, selamat pagi tuan, ditukar ganti….” memang asyik. Sesampainya di stesen minyak tersebut, setelah selesai urusan isi minyak saya masuk sekejap ke dalam kedai runcit di stesen itu untuk membeli akhbar. Memang suasana kaunter pembayaran agak sibuk di waktu pagi kerana ramai pelanggan keluar masuk sama ada untuk membayar harga minyak, beli barangan keperluan dan sebagainya.

Dalam suasana pagi yang menyegarkan itu ada sesuatu yang menarik perhatian saya dan mungkin beberapa pelanggan lain dalam kedai mini tersebut, suara seorang budak lelaki pekerja dalam kaunter di stesen minyak tersebut yang agak kuat berbanding suara rakan-rakan sekerjanya yang lain. Dengan loghat utara yang agak pekat beliau bersembang dan pada masa yang sama mengganggu konsentrasi rakan-rakan yang lain yang sedang mengira wang di kaunter.

Taktala rakan-rakan lain sibuk mengucapkan selamat pagi kepada para pelanggan yang keluar masuk budak lelaki tersebut ‘buat dek’ sahaja, meneruskan cerita dan sembangĀ  beliau dengan nada yang agak kuat hinggakan ada di antara pelanggan yang merenung perlakuannya, saya juga merasa pelik dengan budak lelaki ni, Apa ke hal kuat sangat suaranya pagi-pagi ni? terlebih sarapan ke ape?..

Tengah orang ramai-ramai tu tiba-tiba masuk seorang Mat Saleh ke dalam kedai tersebut, taktala rakan-rakan sekerja budak lelaki tersebut lain selamba sahaja, dia dengan penuh semangat dan kuat mengucapkan GOOD MORNING SIR sambil tersengih ala-ala membetulkan kedudukannya, si Mat Saleh tersebut hanya tersebut dan sempat membalasnya dengan baik. Selepas itu saya sempat menjeling ke arah budak lelaki tersebut dan ternampak seakan-akan satu kepuasan dan keseronokan kepada beliau apabila berjaya menyapa Mat Saleh tersebut. Walhal sebelum ini begitu ramai pelanggan berketurunan yang sama dengan beliau lalu di hadapan mukanya dia buat tidak nampak sahaja. Nak tergelak la pulak saya bila tengok budak tu.

Lantas saya terfikir, kebetulan baru sahaja dengar lagu Khatulistiwa Blues Gang, alahai budak ni, seronok sangat ko dapat tegur Mat Saleh, padahal Mat Saleh tu pun cuma pakai seluar pendek jer dengan T-shirt tanpa kolar, entah dah mandi ke belum. Pada pandangan saya budak ni gamaknya masih taksub lagi dengan Mat Saleh, tu yang bila nampak kelibat jer terus gelabah dan seronok, alahai, kesiannya dia. Saya agak mungkin budak tersebut berumur dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun. dah lupa macamana lagu Khatulistiwa? ni ha:

Dari Langkawi kita belayar
Singgah sebentar berjual beli
Zaman kita nak kejar mengejar
Siapa yang lambat mesti ke tepi

Teluk Cempedak pantainya indah
Pasirnya putih cantik sekali
Bukannya mudah perkara mudah
Kalau tak cuba berkali-kali

Hei..orang kita Khatulistiwa
Di mana juga Nusantara
Bersatu kita teguh
Bercerai kita roboh
Itulah dia amalan hidup kita

Naik keretapi ke Sungai Petani
Ramainya orang ke pesta ria
Melayu Cina India Serani
Bersatu jiwa berkerjasama

Good morning Sir dahulu kala
Selamat pagi Tuan ditukar ganti
Hapuskan kawan segala sengketa
Marilah hidup dalam harmoni

Marilah makan tembikai cina
Rasa tak puas menghilang dahaga
Wahai adik-adik abang bertanya
Dah besar nanti nak jadi apa

Timur dan Barat utara selatan
Dari Surabaya ke Singapura
Memang sudah jadi sebut-sebutan
Tepuklah dada tanya selera

email
myhome
 
ambo

Personal site where I share ideas and opinions generally in society and humanity.Specifically focuses on human resources development, leadership, management, blogging tutorials and tips, home and global affairs, photography, gadgets, entertainment as well as paid reviews and advertorials in both English and Bahasa Melayu. » contact here » Semak Ranking Blog Anda Disini

 
 

Responses so far...(2)

  1. 1

    en jaz ni..apa yg org x terfikir itu yg en jaz fikir kan…smart!!pengaruh barat mmg kuat..dats y ramai malaysian lebih mengagungkan org n budaya barat drpd apa yg ada di negara sendiri…

  2. 2

    siapa yg bekerja dgn mat leh pasti lebih tau true colour bangsa tersebut. kebanyakan mereka yg employed di negara kita (most MNCs) sebenarnya spesis pandai cakap je. kaki kipas top mgt. hakikatnya bangsa melayu terbukti mampu berdiri setanding atau lebih tinggi dari diorg in terms of skill and knowledge (eg. engineering, biotech).
    - pengakuan kisah benar bg pihak suami. hehe.

Leave a Reply