datakal hosting

Mat Mercun Kelate Tertangkap Jua Akhirnya

Posted by etomyam on 26-01-2010 | 248 views so far | Posted in Nasional

8

Daripada berpuluh-puluh (atau mungkinkan beribu-ribu) daripada penyokong bolasepak Kelantan telah ‘terkantoi’ di atas kesalahan membawa mercun ke dalam stadium  Stadium Sultan Muhammed Ke-IV. Mungkinkah penangkapan ini dapat meredakan semangat juang yang agak ‘terlebih’ di kalangan sebahagian penyokong bolasepak Kelate. Penulis juga mengaku orang Kelate, dan mengakui cintakan negeri dengan kuat namun perbuatan dan tingkahlaku sebahagian penyokong kelate memang sungguh menyedihkan dan mengecewakan.

Ingatkan kes-kes baling mercun ni dah pun habis tapi rupanya masih ada lagi, dan yang agak memeranjatkan juga yang ditangkap tu merupakan seorang yang terpelajar sehingga mendapat ijazah daripada institut pengajian tinggi, bukannya orang yang ‘tok ngaji skolah’, manakala seorang lagi pulak yang sedang tunggu keputusan SPM. Huk alah sedih betul.

Memetik sumber daripada Kosmo! online 26 Januari 2010 :

KOTA BHARU – Dua penyokong bola sepak Kelantan termasuk seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam mengaku bersalah selepas mereka dituduh memiliki mercun ketika ditahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini malam kelmarin.

Tertuduh, Mohd. Zafizi Mohd. Zawawi, 29, dari Kampung Pauh dan pelajar terbabit yang berusia 17 tahun dari Pengkalan Chepa di sini masing-masing mengaku melakukan kesalahan itu di dua mahkamah majistret di sini semalam. Mereka ditahan di pintu masuk stadium tersebut sebelum mereka sempat menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan dengan Johor FC.

Mohd. Zafizi graduan sebuah pusat pengajian tinggi tetapi masih menganggur mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Mengikut pertuduhan, Mohd. Zafizi yang memiliki lima butir mercun bola ditahan di pintu J stadium itu pada pukul 9.30 malam. ….

Seingat saya kalau balik kampung ada sebilangan penduduk kampung menggunakan mercun bola, yang memang diakui mengeluarkan bunyi yang kuat dan mampu mencederakan pengidap sakit jantung untuk menghalau lembu liar (liar dalam erti kata ada tuan tapi tuannya tak ikat betul-betul, main lepas jer sampai masuk ke dalam laman rumah orang ), dengar jer bunyi mercun tu terus lembu berkeliaran. Bukan takat lembu, orang pun kalau mercun tu meletup dekat dengan telinga mau boleh pekak sekejap. Tapi bukan selalu orang di kampung guna mercun tu, stok saya rasa dari negara jiran, pasal dah sah dalam negara ni tidak boleh jual sebarang bentuk mercun atau bunga api.

Saya tak tau apa motif graduan menganggur ini bawa mercun ke dalam stadium dan di manakah keseronokan yang diperolehi dengan dentuman mercun dalam stadium ni, saya juga rasa dah berpeluh dah presiden KAFA dan pengerusi kelab penyokong kelantan bagi nasihat supaya jangan di buat benda-benda yang boleh memudaratkan orang lain. Di mana silapnya?

Dan saya juga teringat baru dua hari lepas saya telah di’kantoi’ oleh anak lelaki berusia 6 tahun saya yang secara tiba-tiba terjumpa pengikat kepala yang saya pakai semasa menonton final Piala Malaysia 2009 tahun lepas,..” Abah tipu abang ek, abah pergi tengok bola tak ajak abang ya” katanya, bila saya tanya apa yang dia maksudkan begitu dia cakap dia jumpa benda tu kat dalam locker, sengaja saya simpan untuk kenangan besok. Terpaksalah saya cakap yang saya tidak pergi ke stadium tetapi bapak saudaranya yang bagi.

Sebenarnya pada hari tu saya terpaksa ‘tipu’ dia dan cakap yang saya ada kelas dan pergi belajar, walhal memang pergi tengok bola pun. hehehe.

Memang saya suka untuk membawa anak ke dalam stadium supaya dia dapat menikmati kemeriahan perlawanan bola, tapi kalau dalam kes final hari tu, saya rasa bersyukur tidak bawa anak saya, maunya budak tu trauma sepanjang hayat tengok aksi hebat penonton dan dentuman bunyi yang macam langit dah nak runtuh.

Saya amat menantikan saat di mana saya boleh membawa keluarga untuk bersama-sama menonton perlawanan bolasepak kerana pada asasnya ia adalah aktiviti yang sihat, namun apabila adanya dikalangan anggota masyarakat yang lagi tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras mengenai perkara ini saya rasa cita-cita saya tidak akan tercapai, paling kuat pun tengok depan TV aje lah.

Walau apa-apapun, rentikanlah buat aktiviti bukan sahaja tidak berfaedah malahan boleh membawa mudarat kepada orang lain, dan saya pasti mereka yang terlibat dalam bawa mercun ke dalam stadium ni ramai, cuma yang tertangkapnya budak dua orang tu, kalaulah ada kes tiba-tiba ada di kalangan penonton yang terkena serangan  jantung akibat terkejut dengan dentuman mercun, sorang pun yang dok sibuk bakar mercun tu tak nak tampil mengaku bertanggungjawab…..warrior ke tu?

…Semoga kelate dapat lagi ke final tahun ni….

 
 
 

Comments so far...(8)

  1. #1

    eceh…muka jambu tapi perangai hantu….apa nak jadi la budak2 zaman sekarang ni…tak dak akal kot….
    Kancilbiru had an interesting article on ..Bila Fahrin Ahmad Menangis

    • #2

      errr…jambu ke? jambu batu ke jambu air ni hehehe

  2. #3

    muka macam radhi OAG daaa..
    Park Air had an interesting article on ..AKU PUN NAK BELA ARNAB

  3. #5

    besa la.. bila tiada kesedaran sivik… ade otak buh kat lutut he..23x

    nk tegur mulalah memeberontak.. cuba kne kat batang hidung sendiri…. baru tahu kan
    framestone had an interesting article on ..Bengang

    • #6

      itulah pasal bro…..susah mau ajar orang yang pandai ni

  4. #7

    muka xganas pun
    edy had an interesting article on ..Pencarian FOLLOWERS bertuah…

    • #8

      haha…tu lah biasanya muka biasa tapi perangai huhuu

Write a comment